BTC USD 40,233.0 Gold USD 1,796.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Free Fire Catat Rekod Tontonan Live Lebih 5.4 Juta

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,951
Reaction score
4,085
Points
236
Baru-baru ini Garena mengadakan Free Fire World Series 2021 Singapore (FFWS 2021 SG), acara global pertama bagi tahun 2021. Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari dari 28 hingga 30 Mei itu mencatat rekod tontonan secara langsung melebihi 5.4 juta. Ini merupakan rekod tontonan paling tinggi dalam sejarah e-sukan.

Untuk pengetahuan rekod tertinggi itu dicatat ketika pusingan pertama FFWS 2021 SG yang berlangsung di pelbagai platform kecuali platform China. Menurut Esports Charts, rekod ini berlipat kali ganda dari rekod tertinggi dunia (2 juta) untuk pertandingan e-sukan mudah alih pada Free Fire World Series 2019 Rio.

Kejohanan itu berakhir dengan kejuaraan untuk Team Phoenix Force dari Thailand yang membawa pulang hadiah tunai US$500,000. Selain itu, pasukan Geek Fam dari Malaysia menduduki tempat ke-9 dan turut membawa pulang hadiah tunai sebanyak US$70,000.

1622710643225.png

Semua perlawanan yang disiar secara langsung boleh di tonton semula di saluran YouTube Free Fire Malaysia.

Sumber asal https://escharts.com/tournaments/free-fire/free-fire-world-series-2019
 

CG Sponsors




Top
Log in Register