irsaffy
CG Top Poster Club
- Messages
- 42,961
- Joined
- May 13, 2007
- Messages
- 42,961
- Reaction score
- 268
- Points
- 131
Fouziah Gous tak selesa digelar 'hot babe'
Oleh Zubir Mohd Yunus
BARU setahun, Fouziah atau lebih selesa disapa Poja bergelar aktres sepenuh masa. Sebelum ini dia hanyalah seorang pramugari Penerbangan Malaysia (MAS). Namun, populariti yang diraihnya hari ini melimpah ruah sehingga berjaya menarik perhatian ramai produser drama dan filem dalam masa singkat, selain menjadi 'favourite' pihak media untuk menghiasi dada akhbar serta majalah.
Apa yang dimiliki Poja dalam kariernya hari ini pasti menjadi idaman setiap pelakon baru, namun bukan semua orang bernasib baik seperti dirinya. Popular, glamor dan gosip menjadi permainan dirinya hari ini, sekali gus keadaan itu Poja layak digelar ‘hot babe’! Publisiti dan glamor berterusan dikatakan pemangkin melonjakkan lagi namanya di persada seni dan secara tidak langsung memudahkan laluannya menuju puncak kejayaan.
“Niat saya selepas meninggalkan MAS kira-kira setahun lalu ialah ingin serius berlakon. Alhamdulillah, penampilan dan percubaan saya mendalami dunia lakonan diterima masyarakat dan media walaupun ada kalanya saya dilemparkan kata-kata negatif. Namun, saya sering melatih diri untuk tidak melatah kerana sudah menjadi lumrah, setiap kejayaan yang dicapai pada waktu singkat, pelbagai andaian tidak sihat sering dilontarkan.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana diberi kekuatan menelan semua kata-kata yang pahit itu. Lebih penting, terima kasih kepada rakan wartawan yang banyak memberi saya ruang. Tak dinafikan, peranan media terlalu banyak membantu karier saya. Jasa wartawan tak mungkin terbalas. Justeru, saya tidak mahu mengecewakan mereka dengan sajian cerita negatif yang dicipta diri sendiri.
“Bagi saya, gelaran ‘hot babe’ dan glamor keterlaluan, terus-terang saya katakan, saya tak selesa. Apa yang saya peroleh hari ini adalah rezeki pemberian Tuhan dan sebagai bonus, nasib menyebelahi saya. Kita perlu sentiasa bersyukur dan beringat, tidak semestinya kita berada di atas setiap hari, langit tidak selalu cerah. Bersedialah dengan segala kemungkinan, bekerja keras dan merendah diri adalah jalan terbaik,” kata Fouziah.
Apabila sudah dikenali dan diri menjadi perhatian setiap kali muncul di khalayak ramai, hidup Poja tidak pernah sunyi dengan gosip. Hubungan rapatnya dengan Iqram Dinzly sentiasa menjadi bualan ramai apabila pasangan berkenaan sering kelihatan bersama di kebanyakan majlis dan acara. Biarpun beberapa kali mereka menafikan tidak ada cinta dalam perhubungan itu, namun peminat sukar menerimanya.
Pernah putus cinta dengan juruterbang
Terbaru, Poja dilanda gosip lebih hebat apabila dia dikatakan pernah berkahwin sebelum ini dan kini berstatus janda! Difahamkan, ketika masih bergelar krew kabin MAS, Poja mengakui dia pernah putus cinta dengan juruterbang MAS selepas menjalin percintaan selama beberapa tahun, namun mereka belum sempat bernikah dan bercerai.
“Setakat gosip saya rapat dengan Iqram, saya tak ambil pusing kerana memang saya akui, kami memang rapat. Rapat tak semestinya kami bercinta, kami selesa sekadar berkawan baik. Ini bukan kenyataan cover line. Terpulanglah kepada penerimaan mereka di luar sana sama ada hendak mempercayainya atau tidak. Saya tak mampu tutup mulut orang untuk terus berkata-kata.
“Pun begitu, dakwaan saya pernah berkahwin dan kini berstatus janda, ini adalah satu gosip keterlaluan dengan niat untuk menjatuhkan nama dan maruah diri saya. Realitinya, saya tak pernah berkahwin dengan sesiapapun. Sekadar putus cinta, adalah! Saya tak berdaya menyekat orang di luar sana dari terus melemparkan fitnah. Saya percaya, setiap kejadian baik atau buruk, pasti ada pembalasan, jadi saya hanya berserah pada Tuhan,” jelas Poja tenang.
Bergaduh dengan aktres senior?
Sementara itu, terdengar desas-desus kononnya hubungan Poja dengan seorang aktres senior, dingin sejak kebelakangan ini kerana aktres berkenaan berasakan popularitinya tercabar dengan kemunculan Poja secara mendadak. Ada juga laporan yang mendakwa pernah berlaku insiden ‘menyakitkan hati’ ketika mereka sama-sama menjayakan satu penggambaran drama sedikit masa lalu. Apa komen Poja?
“Isu ini sesuatu yang sangat sensitif untuk diperkatakan secara terbuka. Secara peribadi, saya bukan seorang yang pendendam kerana apa yang pernah berlaku, biarlah terus berlalu begitu saja. Saya tak mahu ia terus menjadi isu besar yang boleh diperbualkan pihak media. Mengenai insiden ‘menyakitkan hati’ itu, mmm... malaslah, tak penting pun!
“Kebetulan kita masih berada dalam Ramadan, bulan penuh keinsafan. Sewajarnya kita bermuhasabah diri, buang yang keruh, ambil yang jernih,” katanya yang kuat menyimpan rahsia.
INFO: Fouziah Gous
NAMA PENUH: Nor Fouziah Mohd Gous
2. TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982
ASAL: Kuala Lumpur
DARAH CAMPURAN: Pakistan, Melayu (bapa) dan cina (emak)
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik (tunggal perempuan)
PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan dari Kolej Sistematik, Kuala Lumpur
KOMERSIAL TV: Adabi, Homesoy, Kentucky Fried Chicken (KFC), Fab dan Munchies
DRAMA: Kasihmu Di Bulan Ramadan (RTM), Puisi Untuk Anis (RTM), Kepulangan (RTM), Sutera Maya (TV3) dan Spa Q 2 (TV3)
FILEM: Malaikat Maut, Skrip 7707, Rasukan Ablasa dan Sifu & Tonggak
PROGRAM TV: Sampaikan Raya 2008 (TV3) dan Ketuk-Ketuk Raya (RTM)
DUTA: Adidas (M) Sdn Bhd
hot banget neh...