Formula One Official Community, Fixtures, Updates & History

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,478
Reaction score
8,823
Points
2,226


PEMANDU Mercedes AMG, Lewis Hamilton
F1: Hamilton enggan terburu-buru


SUZUKA: Lewis Hamilton berkata beliau tak perlu terburu-buru untuk memenangi gelaran keenam kejuaraan dunia selepas perebutan gelaran hanya tinggal antara dua pelumba Mercedes di Grand Prix (GP) Jepun, di sini, semalam.

Jelajah Formula Satu (F1) akan beralih ke Mexico dalam tempoh dua minggu lagi dengan Hamilton mendahului 64 mata ke atas Valteri Bottas yang mampu melengkapkan gelaran pemandu buat kali ketiga berturut-turut jika mengatasi rakan sepasukannya itu dengan 14 mata.

Kemungkinan persaingan bagi merebut gelaran ini dijangka berakhir di perlumbaan berikutnya di GP Amerika di Austin, Texas.

Kemenangan Bottas di sini manakala Hamilton di tangga ketiga mengesahkan kejuaraan keenam berturut-turut buat Mercedes sebagai pengeluar dan menjadikan pelumba Finland itu sebagai satu-satunya pemandu yang boleh memintas Hamilton dalam empat perlumbaan terakhir musim ini.

“Bagi saya, saya tidak perlu terburu-buru untuk melakukan segala-galanya,” kata Hamilton kepada media semalam sambil menambah dia bakal berdepan saingan sengit daripada rakan sepasukan dalam beberapa perlumbaan terakhir.

“Valtteri memandu dengan baik sepanjang tahun. Dia melakukan tugas dengan baik hari ini dan sudah pasti dia akan melakukan tugasnya dengan baik pada perlumbaan berikutnya. Jadi kami masih bertarung, perjuangan ini berterusan,” katanya.

Hamilton tidak menjangka saingan mudah di litar Mexico yang mungkin sesuai dengan Ferrari kerana memiliki kelebihan di laluan lurus.- AFP


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,478
Reaction score
8,823
Points
2,226

Why Mexico ➡ USA is "the best back-to-back of the season"

The 'McLaren beat-drop challenge' 🙂

The 2021 regulations 👨‍🔧

@Carlossainz55 discusses all this and more in his latest column ⬇

#F1
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,478
Reaction score
8,823
Points
2,226


Lewis Hamilton
Motivasi baharu Hamilton


SAO PAULO, Brazil: Lewis Hamilton dan Mercedes masih bermotivasi menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Brazil minggu ini apabila kembali beraksi sejak meraikan kejuaraan dunia berganda pelumba dan pengeluar kali keenam tahun ini.

Selepas seminggu meraikan kejayaan keenam Hamilton, pasukan perlu memberikan tumpuan terhadap baki dua perlumbaan kejuaraan musim 2019 iaitu di Sao Paulo dan penamat di Abu Dhabi pada 1 Disember.

Sesuatu yang tidak diduga, pasukan Silver Arrows akan berlumba di litar Interlagos yang hebat dan terkenal di mana Hamilton meraih gelaran pertama bersama McLaren pada 2008 dan bukan bersama pasukan di bawah kendalian Toto Wolff.

Ketika spekulasi mengenai dirinya dan pasukan pada masa depan kian meningkat, Pelumba dari Britain itu membuat keputusan untuk melepaskan satu perlumbaan buat pertama kali dalam tempoh enam tahun, dengan ramai pemerhati berpendapat dia kekurangan fokus.

Ada yang berpandangan Mercedes mungkin bersedia untuk meninggalkan F1 untuk berdepan cabaran lain termasuklah Formula E.

Wolff menolak sebarang idea membabitkan keputusan untuk meninggalkan sukan itu apabila berkata “Semua petunjuk menyatakan kami akan kekal, namun ia sesuatu yang tidak boleh diambil sambil lewa”, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai masa depan sukan itu dalam dunia permotoran.

“Di maha arah tuju pembangunan sukan permotoran dunia?” soalnya kepada ESPN.

“Dalam bentuk apa F1 masih relevan sebagai platform hiburan dan teknologi? Dan sebagai jenama, kereta pertamanya adalah kereta lumba, adakah kami mahu kekal dalam plaftorm ini untuk jangka masa panjang?” - AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,478
Reaction score
8,823
Points
2,226

Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Valtteri Bottas (kanan) bersama pemandu pemandu Renault, Daniel Ricciardo pada sidang akhbar di Sao Paulo, Brazil. - Foto REUTERS
Bottas ada pelan tewaskan Hamilton tahun depan


SAO PAOLO, Brazil: Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Valtteri Bottas berkata dia memiliki pelan rahsia untuk menewaskan ‘raja’ Formula Satu (F1), Lewis Hamilton musim depan.

Bottas yang terpaksa menghuni tangga kedua di belakang juara dunia enam kali, Hamilton tahun ini berkata, dia akan mengikut naluri dan memberi tumpuan terhadap kekuatan yang dipercayainya mampu mengatasi pemandu Britain itu, selepas ini.

“Saya mempunyai perancangan untuk mencari jalan berbeza bagaimana untuk mencapai matlamat saya,” kata pemandu Finland itu menjelang Grand Prix (GP) Brazil, hari ini.

“Saya lebih suka melakukan perbincangan di litar dan jika saya mampu mengekalkan prestasi saya dan menggunakan segala tenaga terhadap prestasi saya, bermakna ia adalah terbaik untuk saya.

“Jika saya boleh beraksi di tahap yang saya mahukan, kebiasaannya ia akan menyebabkan pelumba di garaj sebelah sedikit mara dan saya juga tahu ia boleh boleh membawa kepada kamu melakukan kesilapan.

“Saya mempunyai perancangan untuk tahun depan, tapi saya tidak akan berkongsi mengenainya, tapi kita akan mengetahuinya,” kata Bottas sambil menjelaskan mahu memberi tumpuan bersama jurutera perlumbaan dan berpuas hati dengan perkembangannya.

“Secara keseluruhan, ini adalah musim yang terbaik untuk dalam F1, tapi masih bukan musim yang saya sasarkan. Saya perlu lebih konsisten dan kurangkan kesilapan, tetapi masih ada perkara yang memberikan perasaan baik serta keyakinan pada masa depan.”

Bottas menjadi rakan sepasukan Hamilton selama tiga tahun di mana pemandu dari Inggeris itu bergelar juara dunia dan kejuaraan keenam dilengkapkan menerusi kemenangan di Texas dua minggu lalu berbaki dua lagi perlumbaan. -AFP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,478
Reaction score
8,823
Points
2,226

Pengerusi PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh (dua dari kiri); Wan Zulkiflee menjulang piala ketika majlis penyerahan Piala Kejuaraan perlumbaan F1 kali ke-6 di pekarangan Dewan Filharmonik, Menara Berkembar Petronas, KLCC. Turut hadir Hamilton (kiri) dan Bottas (kanan). - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
PETRONAS rai kejayaan bersama Hamilton, Bottas


KUALA LUMPUR: PETRONAS hari ini menyambut kejayaan Kejuaraan Pengeluar Dunia F1 FIA di Kuala Lumpur dengan penampilan istimewa dua pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas.

Mercedes AMG PETRONAS menjadi pasukan pertama dalam sejarah sukan permotoran memenangi kejuaraan berganda enam kali berturut-turut.

Silver Arrows merangkul kejuaraan pengeluar di Jepun ketika Bottas memenangi perlumbaan manakala Hamilton menjadi pemandu kedua paling berjaya di Grand Prix Amerika Syarikat (AS).

Di Menara Berkembar PETRONAS, pemandu mengucapkan terima kasih kepada kakitangan PETRONAS atas sumbangan mereka yang tidak ternilai untuk kejayaan Mercedes sejak sedekad lalu.

Hamilton berkata, ia menjadi perkara yang hebat apabila PETRONAS menjemput mereka ke ibu pejabat untuk meraikan kejuaraan bersama.

“PETRONAS adalah bahagian penting dalam pasukan dan kami tidak dapat melakukannya tanpa mereka. Kami mencapai sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini - enam kejuaraan berganda berturut-turut!.

“Kejayaan yang luar biasa ini adalah kerja keras dan dedikasi setiap ahli keluarga Mercedes-AMG PETRONAS.

“Terima kasih kepada semua pihak di PETRONAS atas sokongan berterusan sejak 10 tahun lalu. Kami akan terus berusaha untuk musim depan dan berharap dapat meningkatkan kualiti perlumbaan kami,” kata Hamilton.

Sejak pengenalan unit kuasa Hybrid pada 2014, PETRONAS menerusi Fluid Technology SolutionsTM menjana kuasa kepada Mercedes untuk membolehkan pasukan memenangi kejuaraan berganda enam kali berturut-turut.

Dalam 10 musim perkongsian teknologi, sebanyak 92 kemenangan Grand Prix diraih dalam 196 perlumbaan selain merangkul 102 petak utama dan menjulang 193 trofi.

Dalam perkembangan lain, Bottas berkata ia adalah musim terbaik dalam F1 dan berterima kasih kepada kerja keras dilakukan semua pihak, selain mengakui tidak sabar untuk menghadapi satu lagi cabaran pada tahun depan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, memenangi enam kejuaraan pengeluar adalah pencapaian luar biasa hasil perkongsian bersama sebagai rakan teknikal Mercedes AMG PETRONAS.

“Kejayaan perkongsian dengan Mercedes AMG memaparkan sokongan berterusan untuk menyokong pasukan melalui penawaran Fluid Technology SolutionsTM.

“Mewakili PETRONAS saya ingin mengucapkan tahniah kepada Mercedes AMG PETRONAS atas kejayaan dan kami bersedia untuk memberi nilai tambah yang baru kepada pasukan sebagai rakan rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif,” katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,478
Reaction score
8,823
Points
2,226

Pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Valtteri Bottas ketika majlis bertemu peminat di Kedai Mesra Petronas, Jalan Kolam Air, Ampang. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Bottas azam cabar kejuaraan musim depan


KUALA LUMPUR: Pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Valtteri Bottas mengakui mahu mencabar kejuaraan Formula Satu (F1) musim depan.

Bagaimanapun pelumba Finland itu sedar ia bukan perkara muda kerana bakal mendapat saingan sengit daripada pemandu lain terutama juara dunia yang juga rakan sepasukan, Lewis Hamilton.

“Musim ini dikatakan musim terbaik buat saya namun saya sentiasa mencari yang terbaik. Buat masa ini saya hanya mahu meraikan kemenangan musim ini dan terima kasih kepada kerjasama berpasukan,” katanya pada Majlis Meraikan Kejuaraan F1 Kali Keenam di KLCC yang turut dihadiri Hamilton.

Ditanya sama ada dia memasang impian untuk meraih kedudukan pertama dalam perlumbaan F1 musim depan, Bottas berkata ia sentiasa menjadi impiannya.

“Itu antara perkara utama saya sasarkan tahun depan, saya perlu mencari jalan melakukannya. Untuk 2020 tiada perubahan besar dalam F1 dan sudah tentu Lewis adalah pelumba yang sukar untuk ditewaskan,” kata Bottas.

Bottas yang berada di Kuala Lumpur hari ini turut meluangkan masa dalam Majlis Bertemu Peminat di Stesen Minyak PETRONAS, Jalan Kolam Ayer Lama, Ampang.

Sebagai rekod, dalam perlumbaan penutup tirai di Grand Prix (GP) Abu Dhabi, Ahad lalu, Bottas yang terpaksa memulakan perlumbaan di petak terakhir selepas menggunakan enjin baharu menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat di depan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dan Alex Albon (Red Bull).

Hamilton pula membuktikan kejaguhannya apabila merangkul kemenangan ke-84 F1 dalalm kariernya dan ke-11 daripada 21 perlumbaan musim ini apabila menjuarai GP Abu Dhabi.

Secara keseluruhan, Bottas menamatkan saingan F1 musim ini di kedudukan kedua dengan kutipan 326 mata di belakang Hamilton.

Menerusi kalendar perlumbaan musim ini, Bottas menjuarai perlumbaan di Australia, Azerbaijan, Jepun dan Amerika Syarikat.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,478
Reaction score
8,823
Points
2,226


Lewis Hamilton bergambar bersama peminat di KLCC, hari ini. - Foto BERNAMA
Hamilton tak fikir rekod Schumacher


KUALA LUMPUR: Juara dunia enam kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton mengakui bahawa dia masih tidak berfikir untuk menyamai rekod tujuh gelaran dimiliki Michael Schumacher menjelang perlumbaan musim depan.

Jelas pelumba berusia 34 tahun itu, apa yang penting buatnya ketika ini adalah perlumbaan musim depan.

“Secara jujurnya saya tidak berfikir sejauh itu (menyamai rekod Schumacher) kerana dalam sukan kita tidak tahu apa akan berlaku.

“Mungkin tahun depan atau tidak (muncul juara buat kali ketujuh),” kata Hamilton, 34, kepada media di Majlis Meraikan Kejuaraan F1 Kali Keenam di KLCC hari ini.

Mengulas mengenai perlumbaan F1 musim depan, Hamilton menjangka ia hampir sama dengan situasi pada musim ini di mana Red Bull sedang mengejar.

“Begitu juga dengan pasukan lain cuba untuk mendapatkan kedudukan lebih baik. Lebih mudah untuk mengejar daripada mempertahankan kejuaraan,” katanya sambil mengakui gembira menyambut kejuaraan di KLCC.

“Pertama kali saya datang sini beberapa tahun dulu suasananya sangat luar biasa. Ini adalah bangunan ikonik. Ia melambangkan kerja keras, sama juga kami dalam pasukan,” katanya yang memenangi gelaran juara dunia pada 2008, 2014, 2015, 2017, 2018 dan 2019.

Untuk rekod, Hamilton merangkul gelaran juara dunia buat kali keenam apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua di belakang rakan sepasukan dari Mercedes, Valtteri Bottas pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS).


 
Sponsored Post
Top
Log in Register