BTC USD 27,879.3 Gold USD 1,979.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Format Kelayakan Baharu Dan Peluang Malaysia Ke Piala Dunia 2026

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,850
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,850
Reaction score
27,637
Points
2,836
Awards
2
1669829967688.png

Tidak keterlaluan jika selama ini kita menganggap penyertaan pasukan negara di pusingan kelayakan Piala Dunia hanya sebagai pelengkap pasukan yang bertanding.

Hakikatnya, tiada siapa pun di antara kita berani mengimpikan untuk menyaksikan pemain-pemain negara beraksi di pentas tertinggi bola sepak dunia itu.

Menurut catatan, paling hampir Malaysia layak ke Piala Dunia adalah ketika penganjurannya di Mexico pada 1986.

Dipendekkan cerita harapan pasukan negara untuk ke Mexico pada ketika itu terkubur di tangan Korea Selatan.

Peluang Malaysia ke Piala Dunia​


Namun perubahan format dan jumlah pasukan bertanding di Piala Dunia pada 2026 mungkin akan mengubah tanggapan Malaysia sebagai pasukan pelengkap selepas ini.



Ini kerana jumlah pasukan di Piala Dunia 2026 akan ditingkatkan kepada 48 pasukan. Benua Asia yang ditadbir oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pula akan diberikan lapan slot automatik, dan satu slot tambahan melalui perlawanan play-off.

Ini bermakna peluang pasukan negara untuk bertanding di Piala Dunia buat kali pertama semakin cerah sekiranya mampu tampil sebagai antara pasukan terbaik Asia di dalam tempoh 4 tahun akan datang.

Format baharu kelayakan​


Berdasarkan fotmat terkini yang diperkenalkan FIFA, 22 pasukan yang berada di dalam senarai ranking 26 sehingga 47 Asia akan bertanding di antara satu sama lain untuk (secara kalah mati) untuk menentukan 11 pasukan yang akan mara ke pusingan kedua kelayakan. Perlawanan tersebut akan diadakan menggunakan format timbal balik.

11 pasukan daripada pusingan pertama kemudiannya akan bersaing dengan 25 pasukan terbaik Asia, menjadikan pusingan kedua kelayakan terdiri daripada 36 pasukan.

36 pasukan ini akan dibahagikan kepada 9 kumpulan – 4 pasukan setiap pasukan – dan dua pasukan terbaik daripada setiap pasukan akan mara ke pusingan kelayakan seterusnya (pusingan kelayakan Piala Asia 2027). Di peringkat ini, hanya 18 pasukan yang akan terpilih (juara dan naib juara kumpulan).

18 pasukan ini tadi akan dibahagikan kepada 3 kumpulan – 6 pasukan setiap kumpulan – yang akan bertanding sesama sendiri. Juara dan naib juara setiap kumpulan (6 pasukan) akan mara ke Piala Dunia 2026 secara merit.

Baki slot 2+1​

Pasukan yang menduduki tempat ketiga dan keempat (6 pasukan kesemuanya) pusingan sebelumnya pula akan beraksi di pusingan kelayakan play-off.

Pusingan ini menyaksikan 6 pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Juara setiap kumpulan akan melengkapkan baki dua slot automatik yang akan mara ke Piala Dunia.

National-Teams-Image-1.png
Sumber: AFC​

Naib juara setiap kedua-dua kumpulan pula akan bertemu di antara satu sama lain, dan pemenang akan bermain di dalam perlawanan play-off continental (menentang satu lagi pasukan dari benua lain) untuk merebut slot ke Piala Dunia.

Ini bermakna Piala Dunia 2026 boleh menyaksikan sehingga 9 pasukan maksimum dari benua Asia untuk mengambil bahagian.

Anda boleh menonton video khas yang disediakan AFC untuk memahami lebih mendalam format pusingan baharu ke Piala Dunia 2026, dan Piala Asia 2027 melalui pautan yang disediakan di atas.

Jika pasukan negara mampu melakukan persiapan rapi dan bijak mencongak laluan berdasarkan kedudukan ranking, maka tidak mustahil pasukan negara mampu menjadi salah sebuah pasukan daripada 9 negara Asia yang akan mengambil bahagian di Piala Dunia 2026.

 

CG Sponsors




Top
Log in Register