BTC USD 42,855.0 Gold USD 1,759.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FoodPanda Hadir Dengan Khidmat Hantar Barangan & Dokumen, PandaGo

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
FoodPanda pada hari ini sedia menawarkan khidmat penghantaran makanan dan juga barangan runcit. Kini, mempelbagaikan lagi penawaran, FoodPanda turut memperkenalkan perkhidmatan penghantaran barangan dan juga dokumen, dinamakan PandaGo.

Tesco FoodPanda

PandaGo buat masa ini memfokuskan kepada pengguna perusahaan dan perniagaan sahaja. Ia membolehkan anda membuat permohonan penghantar, dan seterusnya turut memantau secara masa-nyata melalui laman khas yang disediakan. Tiada sebarang kontrak yang terlibat untuk PandaGo, dan pengguna akan perlu membayar berdasarkan kepada penggunaan sahaja.

Buat masa ini, PandaGo hanya menyokong penghantaran dalam sekitar 10km, dan untuk barangan tidak melebihi 5kg. Dengan penyertaan ini, PandaGo turut akan bersaing dengan beberapa penyedia perkhidmatan lain, termasuk GrabExpress dan juga LalaMove.
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register