BTC USD 28,181.3 Gold USD 1,939.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fokus komitmen bagi pasaran Malaysia

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Lim bersama kakitangan dan pengedar Shaklee meraikan pembukaan pejabat baharu di The Pinnacle Sunway, baru-baru ini.


SHAKLEE Products (Malaysia) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia) terus memberikan komitmen terhadap pasaran di Malaysia dengan pembukaan ibu pejabat baharu di The Pinnacle Sunway.

Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim berkata, pembukaan ibu pejabat baharu tersebut adalah selari dengan perkembangan perniagaan di Malaysia yang berkembang pesat sejak beberapa tahun ini.

“Ia adalah tanda komitmen kami terhadap usaha mempertingkatkan dan memperluaskan perniagaan serta kehadiran kami di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, menjadi satu keperluan bagi Shaklee Malaysia untuk berpindah ke ibu pejabat lebih baik dan lebih besar dalam langkah memperkembangkan perniagaandi mana ia merupakan sebuah bangunan Bijak Gred A dengan indeks Bangunan Hijau yang disahkan memenuhi misi Shaklee untuk “menyediakan kehidupan yang lebih sihat bagi semua dan kehidupan yang lebih baik bagi sesiapa sahaja”.

Malah ia juga selari dengan prinsip tanggungjawab sosial korporat Shaklee yang mempromosikan gaya hidup hijau dan mesra alam.

Shaklee Malaysia juga mengadakan usaha penghijauan secara dalaman dengan memperkenalkan beg anyaman untuk menggantikan penggunaan beg plastik bagi para pengedar dan pelanggannya.

Sementara itu, baru-baru ini Shaklee Malaysia juga melancarkan laman sesawang baharu, www.shaklee.com.my, untuk orang ramai dan para pengedar serta pelanggannya, selain menawarkan ‘widget’ jualan sebagai sebahagian daripada alat bantuan perniagaan yang boleh digunakan oleh para pengedar untuk membolehkan pelanggan mereka membeli produk secara terus dari Shaklee Malaysia pada bila-bila masa.
 
Top
Log in Register