Fitrah Manusia Perlukan Bimbingan dan asal usul kejadian manusia...

CG Sponsors




zilcha

Junior Member
Joined
Jan 9, 2010
Messages
55
Reaction score
1
Points
11
Segala puji bagi Allah s.w.t yang telah menciptakan manusia daripada roh dan jasad. Roh sebelum ditiupkan ke
dalam jasad belum lagi dinamakan manusia. Ia masih lagi dinamakan roh. Begitu juga halnya dengan jasad. Asal
kejadian roh ini adalah di dalam keadaan fitrah.
Firman Allah s.w.t:

“Dialah fitrah yang Allah s.w.t jadikan sesuai pada manusia,tidak dapat diubah-ubah lagi pada kejadian
Allah, itulah agama Allah yang betul tetapi ramai manusia tidak mengetahui” (Ar-Rum ayat 30).

Fitrah bermaksud naluri beragama tauhid kerana roh itu telah mengaku dan mengenal keesaan,
keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Firman Allah Taala

“Bukankah aku Tuhan kamu?” jawab sekalian roh: “Bahkan kami telah menyaksikan Engkaulah Tuhan
kami”. (Al-A’raf ayat 172)

Kemudian apabila roh ditiupkan ke alam jasad dan jasad menjadi penyatuan dengan roh maka
bermulalah titik permulaan dinamakan manusia. Jasad mempunyai dua kegelapan:
1. Kegelapan asal kejadian tanah, air, api dan angin
2. Kegelapan asal kejadian air yang hina

Daripada kedua-dua asal kejadian ini, terbentuklah satu jisim yang tersangat halus yang dinamakan
nafsu. Tabiat nafsu ialah sentiasa cenderung kepada asal kejadiannya dan sentiasa mendesak supaya
melakukan kejahatan dan dosa.
Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendesak supaya melakukan kejahatan”. (Surah Yusof ayat 53).

Fitrah atau naluri beragama Tauhid yang ada pada roh itu berkekalan sehingga jasad manusia
dilahirkan ke dunia ini. Kemudian apabila manusia dilahirkan ke dunia ini maka bermulalah nafsu
menguasai roh.

Sementara roh pula terpaksa mengikuti kehendak asal kejadian jasad. Maka pada ketika itu
manusia memerlukan kepada wahyu sebagai panduan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Tanpa wahyu seseorang itu akan dicorak mengikut acuan orang yang melahirkannya. Sekiranya seseorang itu
dilahirkan oleh ibu bapa yang A’si, Yahudi, Nasrani atau Wathani maka kanak-kanak itu akan menjadi A’si
(pelaku maksiat), Yahudi, Nasrani dan Wathani (penyembah berhala). Sabda Nabi s.a.w di dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

“Setiap seseorang itu dilahirkan ia di dalam keadaan fitrah ( naluri beragama Tauhid) maka kedua ibu
bapanya yang mencorakkannya menjadi Yahudi atau Nasrani”

Disebabkan adanya nafsu ini Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada para nabi dan rasul dan
disebabkan adanya nafsu ini Allah s.w.t membangkitkan juga para Auliya’ullah sehingga hari kiamat.
Tujuannya ialah untuk membimbing manusia supaya kembali kepada asal kejadian roh dan mendapat
keredhaan Allah s.w.t.

Wahyu terbahagi kepada dua bahagian:
1. Yang ditilawahkan atau dibaca: iaitu kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
dengan perantaraan Jibril a.s. Wahyu ini dinamakan Al-Quranul Karim.

2. Yang tidak ditilawahkan atau tidak dibaca: iaitu perkataan, percakapan Nabi Muhammad s.a.w
perbuatannya dan pengakuannya yang diambil oleh alim ulama’ daripada sahabat-sahabat Baginda.
Kemudian mereka menyusunnya di dalam kitab-kitab yang dikenali dengan Al-Hadis


Continue Reading Dalam PdF

:-?

p.s: panjang sangat tak larat nak paste :p
 
Top
Log in Register