Firma kasut saman Paris Hilton

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
LONDON: Sebuah syarikat pembuat kasut menyaman Paris Hilton kerana meniru reka bentuk keluaran syarikat itu dan menggunakannya dalam produk kasut keluaran pelakon itu.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan minggu lalu, Gwyneth Shoes yang berpangkalan di New York, mengambil tindakan terhadap Hilton atas dakwaan melanggar hak milik intelektual syarikat itu.

Peguam Gwyneth Shoes menuntut Hilton menyerah kepadanya keuntungan daripada jualan semua kasut yang dikeluarkan menggunakan reka bentuk milik syarikat itu, lapor akhbar Britain Daily Express.

Gwyneth Shoes yang keluarannya direka oleh Gwen Frempong-Boadu, berkata kasut keluaran Hilton juga mempunyai pelapik kasut berbentuk hati seperti kasut keluaran syarikat berkenaan.

Syarikat berkenaan mendakwa ia sudah memfailkan paten pelapik berbentuk hati itu pada 2007, iaitu beberapa bulan sebelum Paris Hilton Footwear melancarkan keluaran dengan pelapik yang sama pada awal 2008.

Koleksi kasut Hilton dilancarkan pada Februari 2008 di Macy di Plaza South Coast di Mukim Orange, California.

Menurut laman webnya, Hilton sendiri memilih reka bentuk dan bahan bagi koleksi berkenaan dan beliau sendiri mereka pelapik berbentuk hati itu.

Hilton berkata: "Setiap kasut mempunyai pelapik berbentuk hati yang selesa dipakai. Anda boleh menari sepanjang malam memakai kasut ini. Pelapik itu juga berwarna merah jambu dan bagaimana anda melihatnya ia kelihatan sangat comel." - Agensi
 
Sponsored Post

izjat

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2009
Messages
4,354
Reaction score
12
Points
25
kadang2 ape yang kite buat same ngan orang lain...

:p
 

Firma

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2007
Messages
5,310
Reaction score
242
Points
73
kes ciplak la konon......
 

MaMaRiSsA

Active Member
Joined
May 23, 2009
Messages
1,953
Reaction score
4
Points
25
pakai selipo jepun yg di buat dalam mesia jek..
 

kni

Legendary Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
10,394
Reaction score
161
Points
138
macam-macam...
co tu nak tumpang market paris hilton tu.. bila dia kata PH tiru design, org ramai pun pergi ler cari kasut sykt tu sebab nak tgk betul ker sama... pastu mungkin org ramai akan beli plak....

hehehe.. ni straegi marketing...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register