BTC USD 61,313.9 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Firefox Uji Bing Sebagai Enjin Carian Utama, Ganti Google

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Mozilla kini mengumumkan yang mana mereka sedang bereksperimen yang melibatkan 1% pengguna desktop – dimana enjin carian utama untuk pelayar web berkenaan diubah daripada Google kepada Bing. Mozilla akan melakukan eksperimen ini sehingga awal 2022, berkemungkinan tamat pada penghujung Januari 2022.

Ia tidak diketahui mengapakah ujian ini dilakukan. Berkemungkinan besar adalah Mozilla ingin bersedia dengan alternatif perjanjian dengan pihak Microsoft sekiranya Google tidak meneruskan perjanjian penawaran Google sebagai enjin carian utama di Firefox. Pada hari ini, Google membayar Mozilla ratusan juta ringgit dalam memastikan mereka kekal enjin carian utama. Namun, dari hari ke hari, angka pengguna Firefox berkurangan, sementara Chrome semakin popular dari hari ke hari.

Perjanjian sedia ada antara Google dan Mozilla dijangka akan tamat pada 2023 kelak.​

1631932635743.png
 
Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,587
Reaction score
970
Points
121
tamatlah riwayat firefox dalam 3 tahun lagi. Mungkin still ada, tapi revenue dah tarak. just for FOSS komuniti.

Google ada chrome. Microsoft ada Edge.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register