BTC USD 42,755.3 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Firefox Terima Wajah Baru, Tampil Lebih Kemas Dan Jelas

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,443
Reaction score
4,154
Points
236
Pelayar Mozilla Firefox akhirnya mendapat wajah baru setelah bertahun-tahun cubaan bersaing dengan pelayar pilihan ramai Google Chrome. Usaha Firefox semenjak awal tahun ini membuahkan hasil dengan antara muka kali ini dilihat lebih kemas, segar dan jelas. Menurut Firefox, mereka ingin jadikan pelayar ini seperti 'hilang' ketika pengguna melayari web dengan rekaan semula terbaru ini.

Perubahan utama yang difokuskan adalah kedudukan Tab kini dilihat lebih besar dan terapung di atas toolbar. Sebabnya adalah Firefox ingin menggalakkan pengguna menggerakkan dan susun semula tab untuk kemudahan aliran kerja. Tambah Firefox, perubahan ini turut memberi pengalaman lebih 'tenang' dengan mengurangkan gangguan seperti pop-ups semasa melayari web.

Dalam pada itu, ia juga didatangkan dengan alat privasi terbaru seperti cross-site cookie protection dan cap jari dalam talian. Selain itu, bahagian toolbar dan menu juga diperkemaskan untuk carian dan akses lebih mudah. Rekaan semula ini bukan untuk pelayar web komputer sahaja, malah ia juga diterima pada aplikasi mudah alih Android dan iOS. Jadi dapatkah rekaan semula ini menambat hati pengguna untuk beralih ke pelayar Mozilla Firefox?


Sumber asal https://www.engadget.com/mozilla-firefox-redesign-2021-203637892.html
 
Sponsored Post

JiwaTenang

Active Member
Joined
Sep 9, 2008
Messages
2,024
Reaction score
23
Points
30
Prefer guna firefox berbanding chrome..
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,314
Reaction score
6,051
Points
321
Lama tak guna firefox.

Dah selesa dgn chrome.
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,273
Reaction score
134
Points
83
firefox the best
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,443
Reaction score
4,154
Points
236
sesiapa yang guna Chrome boleh rasa selesa dengan Edge juga, sebab fungsi sama .. Edge dan Chrome boleh Sync sesama sendiri, termasuk password dan bookmark .. tapi personally saya lebih selesa dengan Chrome, sebab Android secara asas ada pelayar Chrome boleh Sync antara komputer dan smartphone ..

malas nak install Edge dalam smartphone, tak nak install pelayar lain sebab data saya banyak dah Sync dengan Google .. nanti kelam-kabut jadinya .. :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register