BTC USD 35,317.2 Gold USD 1,877.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Financial Fair Play, 11 Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,619
Reaction score
12,780
Points
2,376
INFO 🍁 | Financial Fair Play, 11 Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu

1. Apa itu Financial Fair Play

FFP adalah satu mekanisme kawalan ke atas perbelanjaan kelab-kelab yang dicetuskan oleh UEFA pada 2011. Ianya untuk memastikan akaun kelab-kelab di Eropah kekal sihat daripada hutang melampau. Ia juga untuk membantu kelab supaya lebih cekap dalam menguruskan perbelanjaan dan tidak mengikut emosi.

2. Bila ia diperkenalkan?

Kertas cadangan FFP disahkan pada 2010. Perlaksanaannya mulai berkuat kuasa pada awal musim 2011/12 ataupun pada Jun 2011.

3. Kenapa ia diwujudkan?

Sebelum itu, UEFA mengumumkan hadiah terkumpul bernilai €900 juta untuk UCL dan €225 juta untuk UEL untuk musim 2011/12. Ini membuatkan banyak kelab yang berbelanja besar untuk menyertai kejohanan tersebut. Impak turut dirasai oleh kelab kecil.

Hal ini kerana inflasi pada harga pemain dan juga permintaan gaji yang meningkat mendadak. Hutang semua kelab yang bertanding dalam kejohanan Eropah meningkat kepada €1.6 billion. Ia dikhuatiri akan menjadi €8 billion dalam beberapa tahun lagi jika tidak dikawal. Ada kelab yang membelanjakan untuk membayar gaji pemain lebih daripada 70% daripada pendapatan tetap kelab mereka.

4. Pihak yang terlibat

Presiden UEFA ketika itu Michel Platini dan setiausaha UEFA, Gianni Infantino (Presiden FIFA hari ini) telah menyegerakan perlaksanaan Financial Fair Play. Pada fasa awal, ia dikuatkuasa untuk kelab-kelab yang bertanding di kejohanan UCL dan UEL. Pada Jun 2015, ia diguna pakai kepada mana-mana kelab yang bernaung di bawah UEFA.

Melalui FFP, UEFA akan menilai sama ada kelab-kelab yang bakal bertanding di Eropah ini bebas hutang dengan:

1. Kelab lain (biasanya hutang beli pemain)
2. Pemain (tunggakan gaji, bonus dan klausa lain)
3. Badan cukai ataupun badan sosial yang lain

Jadi, setiap kelab perlu membentangkan bil dan dokumentasi sokongan tentang bayaran yang mereka lakukan.

Pada 2013, UEFA mulai mengambil kira break-even point (pulang balik modal) untuk status kewangan kelab bermula musim 2014/15. Jadi, kelab harus menyeimbangkan perbelanjaan dan pendapatan serta mengawal hutang terkumpul. Bila mereka akan mendapat pulangan modal?

Sebagai langkah untuk menyokong lebih perlaburan kepada stadium, keperluan latihan, pembangunan bakat muda dan bola sepak wanita. UEFA mengecualikan perlaburan ataupun perbelanjaan untuk perkara tersebut daripada kiraan pulangan balik modal.

5. Peranan Club Financial Control Body (CFCB)

Ia adalah badan bebas dilantik oleh UEFA untuk mengaudit semua laporan kewangan kelab. Semua kelab perlu mengelakkan perbelanjaan melampau terutama sekali gaji pemain. Mereka dilarang membelanjakan 70% atau lebih daripada pendapatan kelab untuk gaji pemain seperti yang pernah berlaku kepada beberapa kelab sebelum ini.

Pada 2012, ketika audit dilakukan CFCB kepada kelab EPL, hanya Arsenal yang lulus. Manakala Manchester United, Chelsea, Liverpool, dan Manchester City semuanya gagal. Kelab-kelab tersebut kemudian diberikan teguran untuk mengurangkan beban hutang mereka untuk mengelakkan mereka daripada tidak layak beraksi dalam kejohanan Eropah.

7. Berapa defisit perbelanjaan yang boleh dibuat?

Pada awal FFP, kelab diberikan kelonggaran untuk berbelanja lebih daripada €5 juta pendapatan mereka berdasarkan laporan audit pertama CFCB. Namun kelab masih boleh berbelanja lebih daripada itu, dengan syarat mereka perlu membentangkan bukti kukuh sumber kewangan mereka. Ini akan dinilai oleh UEFA.

8. Berapa jumlah yang boleh dihutang?

Hutang adalah sebahagian daripada perniagaan. Ini termasuk di dalam pengurusan bola sepak. Pada 2011, UEFA turut mengetatkan beban hutang kepada €45 juta untuk 2 musim untuk kelab yang bertanding di UCL dan UEL.

Namun UEFA menukar kepada €30 juta untuk 2 musim atau €15 juta semusim pada penggal 2015/16 sehingga 2017/18. Laporan The Guardian, Manchester City dilaporkan mengalami kerugian sebesar sekitar €122.3 juta pada 2012-2013 dan PSG sekitar €130 juta.

Mereka terpaksa berbelanja besar kerana mahu memastikan mereka tidak ada hutang dengan pihak lain. Manchester City dan PSG turut melabur besar dalam pembangunan bakat muda. Namun kedua-dua kelab tersebut memiliki sumber modal yang sangat besar dan seakan-akan tidak terbatas.

UEFA tetap memberikan peringatan dan teguran termasuk mengenakan kawalan kepada had pemain yang mereka boleh daftarkan dalam kejohanan Eropah. Hadiah wang pertandingan UCL mereka turut dipotong.

9. Apa akan jadi jika kelab tidak menepati FFP?

Mereka akan dikenakan tindakan seperti:

a) Amaran
b) Teguran
c) Denda
d) Dipotong mata
e) Hadiah/bonus dari kejohanan UEFA dibekukan atau ditarik balik
f) Larangan mendaftarkan pemain baru dalam kejohanan UEFA
g) Mengetatkan jumlah pemain yang boleh didaftarkan oleh kelab yang beraksi dalam kejohanan Eropah termasuk arahan untuk mengurangkan jumlah kakitangan dan bonus kepada pemain
h) Disingkirkan daripada kejohanan ketika ia sedang berlangsung ataupun pada masa yang akan datang
i) Kejuaraan ataupun anugerah ditarik balik

Beberapa kelab pernah dikenakan siasatan lebih mendalam oleh CFCB kerana ada aspek FFP yang mereka gagal penuhi spesifikasi. Antaranya Malaga, Sporting Lisbon, Fenerbahce dan Atletico Madrid. Banyak kelab yang sudah didenda dan dikenakan tindakan oleh UEFA di bawah peraturan FFP.

AS Roma, Inter Milan dan AS Monaco pernah dihukum hanya mendaftarkan 22 orang pemain dalam kejohanan Eropah musim 2015/16. Inter antara kelab yang pernah didenda sebesar U$D 22 juta.

10. Boleh tak pemilik kelab menyuntik dana?

Ianya memerlukan pengesahan daripada UEFA. Sebelum ini UEFA sudah melarang aktiviti suntikan dana peribadi oleh pemilik kelab seperti yang dilakukan Abramovich ketika awal beliau memiliki Chelsea. Ada pemilik menyuntik dana melalui nama penaja. Perkara ini juga memerlukan verifikasi oleh UEFA.

UEFA sebelum ini mengetatkan kiraan pendapatan kelab kepada satu sumber kewangan yang stabil dan berterusan seperti dari organisasi dan penaja. UEFA mahukan jurang persaingan itu lebih adil, dan pasukan yang mendapat merit daripada prestasi mereka dapat bersaing. Misalnya, sebuah kelab kecil layak ke UCL kerana prestasi cemerlang mereka.

Jika tiada FFP, wang bonus mereka dan hak penyiaran kelab kecil ini tadi akan terlalu jauh daripada yang lain, yang ada pemilik kaya raya. Ini yang UEFA cuba kawal. Semakin besar liga, semakin tinggi kuasa wang sesebuah pasukan kerana kemampuan liga itu menjana keuntungan.

Seterusnya, setiap pasukan perlu bijak mencari tajaan. Ini yang membezakan mereka dengan pasukan lain. Publisiti memainkan peranan yang penting. Selain itu, penjualan pemain juga menjadi antara penyumbang utama dana.

UEFA mahu setiap pasukan berteraskan sumber pendapatan yang sama dengan bonus hasil daripada pencapaian mereka di atas padang. Dan selepas cemerlang di atas padang, maka datanglah publisiti yang akan menarik penaja masuk.

11. Apa kaitan FFP dengan lesen untuk bermain di pertandingan UEFA?

Semua kelab memerlukan lesen ataupun geran daripada UEFA untuk membolehkan mereka layak bertanding di kejohanan UEFA. Antara yang menjadi regulasi kepada perlesenan ini adalah status FFP.

Rumusan

Ia adalah mekanisme yang sangat baik diperkenalkan oleh UEFA. Antara 2 perkara penting yang anda harus ingat.

Pertama, jumlah bil gaji semua pemain hendaklah di bawah paras 70% daripada pendapatan kelab. Gaji pemain ini tertakluk di bawah hutang keseluruhan. Kedua, hutang keseluruhan kelab hendaklah tidak melebihi 80% daripada pendapatan kelab.

Sebab itu Manchester United tidak terkena salah laku FFP walaupun hutang mereka lebih €536 juta. Pendapatan mereka tahun lalu adalah £535 juta.

Dalam bahasa mudahnya, anda harus membentangkan modal dan pendapatan anda sebelum berbelanja. Modal yang anda akan gunakan untuk musim hadapan itu biasanya akan diumumkan sebelum musim semasa berakhir. Ini untuk mengelakkan kelab berhutang dengan pihak lain dan juga menanggung kerugian berterusan hanya kerana mahu membina pasukan dengan pemain bintang.

Jangan dengan FFP, tiada isu kelab berbelanja dahulu sebelum duit itu masuk ataupun jumlah yang mencukupi sudah ada di dalam akaun atau duit dalam tangan. Nanti kecoh pula berkata menunggu duit tajaan masuk untuk lunaskan gaji pemain.

Seterusnya, kita perlukan satu badan yang benar-benar cekap dalam mengendalikan audit. Hutang adalah sebahagian daripada pengurusan bola sepak. Namun dengan FFP, kelab akan mem astikan mereka ada aset yang boleh menjamin masa depan kelab dengan hutang yang tidak terlalu tinggi.

Sebab itu ditegaskan isu perlaburan untuk stadium, akademi dan perancangan kewangan yang mapan supaya dijadikan praktikal standard.

Kredit Artikel : Semuanya Bola
✍🏻 : Axello Tacts

Zorro_Boro


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,619
Reaction score
12,780
Points
2,376

INFO 🍁 | Apa Itu FFP, Impak, Nasib Man City, Dan Beza Dengan ECP?

Manchester City telah dikenakan hukuman gantung selama dua tahun dan juga denda berjumlah 25 juta pound akibat salah laku Financial Fair Play (FFP). Ini bermakna Manchester City tidak akan beraksi di pertandingan UEFA Champions League atau UEFA Europa League untuk musim 2020/21, dan juga musim berikutnya 2021/22.

Apa yang akan dilakukan oleh Manchester City seterusnya?

Keputusan oleh UEFA ini adalah muktamad setelah menafikan segala cubaan membela diri oleh City. Ini bermakna City sekarang hanya boleh membawa kes kepada Mahkamah Timbang Tara (CAS). Sebelum ini hukuman terhadap Chelsea Football Club (oleh FIFA) berkenaan aktiviti di jendela perpindahan telah diringankan. Dalam kes berprofil tinggi sebegini, jawapan oleh CAS boleh diketahui sebelum hujung musim ini.

Siapakah yang mengenakan tindakan terhadap City?

Adjudicatory Chamber of the Club Financial Control Body (CFCB) adalah salah satu jawatankuasa disiplin dalam UEFA untuk memantau salah laku kelab berkenaan kewangan. Presidennya adalah Yves Leterne – bekas Perdana Menteri Belgium – mempunyai kuasa terakhir untuk sebarang keputusan. Beliau turut disertai oleh Jocobo Beltran, juga ahli politik Sepanyol. Anggota-anggota lain CFCB adalah Yves Wehrli, Konstantin Sonin, Egor Franck dan Petra Stanonic.

Adakah ini kes pertama seumpamanya?

Tidak. Ini bukan kes pertama. Manchester City bukan kelab pertama yang dikenakan denda oleh UEFA kerana melanggar FFP. Sebelum ini AC Milan telah digantung selama setahun. Panathinaikos dan FC Sion turut pernah dikenakan hukuman gantung yang serupa. Secara keseluruhan 15 kelab dari serata eropah – CSKA Sofia FC, Galatasaray, Fenerbahçe, Besiktas, Inter Milan, AS Roma, FC Cluj, Olympique de Marseille dan PSG - Paris Saint-Germain – telah dikenakan tindakan atau sedang diikuti rapat oleh CFCB

Apakah dakwaan terhadap Manchester City?

Dakwaan berpunca daripada tajaan yang berasal daripada Etihad – syarikat penerbangan yang dimiliki oleh pemilik kelab. Nama Etihad berada di jersi kelab, pada stadium dan juga pusat akademi. Pada 2015/16, nilai tajaan daripada Etihad mencecah 75 juta Euro, walaupun nilai sebenar yang didedahkan secara rasmi tidak sampai 10 juta Euro.

Di dalam senario ini, City diuduh memalsukan nilai sebenar tajaan. Dalam kata lain, pemilik menggunakan syarikat miliknya untuk menyuntik dana supaya ia nampak legit. Di Eropah, anda tidak boleh sewenang-wenangnya menyuntik dana hasil kekayaan pemilik semata-mata. Ia dianggap sebagai pertandingan yang tidak adil di kalangan kelab yang bertanding untuk merebut kejuaraan.

Adakah Manchester City turut akan menerima padah di saingan domestik?

Boleh jadi. Ia terpulang kepada Premier League dan FA, atau arahan terkini daripada UEFA sebagai badan bola sepak Eropah. Tetapi untuk Premier League, kita tidak akan melihat Manchester City akan digantung. Sebagai pemegang taruh Premier League, City berkemungkinan akan dipotong mata dan juga denda berbentu wang.

Apa beza dengan PSG?

Benar, PSG turut mempunyai kes yang mirip seperti Manchester City. Tetapi UEFA sebelum ini berkata PSG tidak melanggar sebarang peraturan FFP. Di dalam kes sebegini, CAS tidak akan membenarkan kes yang telah ditutup untuk dibuka kembali. Tetapi jika ada bukti perlakuan terbaru, maka dakwaan baru akan dilakukan. Kami yakin PSG kini turut dipantau rapi oleh CFCB.

Apa beza FFP dan ECP?

Kedua-duanya mengenai sekatan kewangan. Bezanya rujuan. FFP digunakan untuk memantau salah laku kewangan kelab. Misalnya berbelanja lebih menggunakan sumber tidak sah. Ini akan mewujudkan pertandingan tidak adil. ECP pula bertujuan untuk mendidik perbelanjaan berhemah di kalangan pasukan bertanding. Di Liga Malaysia misalnya, ia adalah untuk memastikan pasukan dan persatuan tidak berbelanja melebihi kemampuan sehingga dibebani hutang melampau.

Pelaksanaan ECP juga mempunyai tujuan yang sama sebelum ini di La Liga. ECP mengkehendaki kelab-kelab mempunyai struktur organisasi dan kewangan yang boleh dipantau. Namun ECP tidak diguna pakai untuk kelab yang sudah boleh berdiri sendiri. Real Madrid C.F. dan FC Barcelona misalnya dibenarkan untuk memiliki struktur organisasi berbeza dengan kelab-kelab lain yang harus mengikut garis panduan ECP.

FFP pula tidak mempunyai garis panduan sedemikian, dan hanya bertujuan menguatkuasakan salah laku kewangan kelab. Liga Malaysia pula belum lagi mengamalkan FFP sepertimana pelaksanaan oleh UEFA – walaupun ECP turut memiliki ciri-ciri FFP mengenai peraturan sumber kewangan. Buat masa ini ECP lebih sesuai dengan pasukan-pasukan yang bersaing di Liga Malaysia.

Kredit Artikel : GrandstandKita
✍🏻 : Gary Lugard

Zorro_Boro
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register