BTC USD 67,719.3 Gold USD 2,317.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Final Piala FA: Kerajaan Negeri Johor umum cuti peristiwa pada 23 Julai Ahad

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,008
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,008
Reaction score
2,014
Points
266
Awards
1

Johor cuti esok​

Izz Laily Hussein
[email protected]
Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul juara ketika menentang KL City FC pada Perlawanan final Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul juara ketika menentang KL City FC pada Perlawanan final Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru : Kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa esok susulan kemenangan pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala FA, malam ini.


Perkara itu diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran Facebooknya, sebentar tadi.

"Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 23 Julai 2023 (esok) sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Piala FA 2023," tulisnya.

Onn Hafiz turut menjunjung kasih Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas segala perancangan serta usaha berterusan dalam membangunkan JDT menjadi kelab bola sepak yang disegani di Malaysia dan di rantau Asia.

"Buat semua peminat JDT, teruslah memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk setiap perlawanan yang akan datang," katanya.

JDT memperoleh kemenangan dengan dua gol disumbangkan Hong Wan dan Leandro Velazquez ketika menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) pada perlawanan akhir itu.

Kemenangan Skuad Harimau Selatan itu adalah piala kedua untuk 2023, selepas memenangi Piala Sumbangsih awal tahun ini, serta Piala FA ketiga buat JDT, selepas tahun 2016 dan tahun lalu.
Disiarkan pada: Julai 22, 2023 @ 11:46pm



 
Back
Top
Log in Register