Filipina perkenal program tukar sampah dengan beras

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,692
Points
191

PENDUDUK Kampung Bayanan, di pinggir Manila, boleh mendapatkan satu kilo beras dengan menukar dua kilo sampah plastik yang diserahkan kepada kerajaan dengan kaedah pelupusan sempurna atau kitar semula.









MANILA: Sebuah perkampungan di Filipina memperkenalkan program menukar sampah untuk makanan bagi menyelesaikan masalah timbunan sisa plastik dengan menawarkan beras sebagai pertukaran kepada penduduknya.

Penduduk di Bayanan, pinggir ibu kota ini boleh mendapatkan sekilo beras dengan menukar dua kilogram (kg) sisa plastik untuk dilupuskan atau dikitar semula.

Berdasarkan hasil kajian, negara itu adalah antara penyumbang utama pencemaran plastik marin, ditambah undang-undang sedia ada gagal mengawal selia pembuangan sisa pepejal atau peraturan pembuatan pembungkusan.

Seorang penyokong program, Veronica Dolorico, 49, berkata, dia berjaya mengumpul 14 kg sampah untuk ditukarkan dengan tujuh kg beras, bantuan besar untuk dirinya dan keluarga.

“Saya merasakan keadaan sekeliling sangat kotor. Jika boleh, saya akan kutip semua plastik di sepanjang jalan ketika keluar,” katanya.

Menurut ketua kampung, Andor San Pedro, penduduk Bayanan berjaya mengumpul lebih 213 kg bungkusan, botol dan beg plastik pada Ogos lalu.

Katanya program pertukaran sampah untuk makanan mengajar orang ramai bagaimana cara yang betul melupuskan sampah mereka. - Reuters








sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/09/606212/filipina-perkenal-program-tukar-sampah-dengan-beras
 
Top
Log in Register