BTC USD 56,959.1 Gold USD 1,772.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Filem Dendam Kesuma dapat sokongan TUDM

fatimahrohani

Freshie
Messages
3
Joined
Jul 5, 2019
Messages
3
Reaction score
0
Points
3
Untuk pengetahuan ramai filem Dendam Kesuma dapat shout out daripada squad TUDM. Video daripada FB ni adalah balasan lepas pelakon Dendam Kesuma, Haliza Khalili meminta sokongan daripada para tentera di Malaysia. Memang bukan senang nak dapat sokongan tentera macam tu je, sebabnye pelakon utama filem tu bekas tentera TUDM jugak. Memang sepakat betul askar - askar ni ye aku tengok.
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Messages
9,573
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,573
Reaction score
835
Points
126

4 kali tangguh tayangan​

AAOyYVJ.jpg
© Provided by Harian Metro ANTARA babak dimuatkan dalam Dendam Kesuma.

SEBAGAI umat Islam, kita perlu meletakkan kepercayaan penuh dan keyakinan terhadap Allah SWT, manakala solat adalah tiang agama.

Ibu dan bapa pula memainkan peranan dan tanggungjawab penting serta utama dalam memastikan keharmonian keluarga.

Itulah intipati yang ditampilkan menerusi filem Dendam Kesuma arahan Jefri Jefrizal terbitan produksi Richplus Media Sdn Bhd.

Jefri melangkah masuk dalam bidang seni apabila membintangi filem Wirasiswi yang diterbitkan pada 2008. Antara pelakon utamanya ialah Elza Irdalynna dan ramai lagi.

Filem terbabit dicalonkan dalam kategori Filem Digital Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21.

Menurutnya, Dendam Kesuma adalah filem arahan pertamanya dan penggambaran dibuat pada September 2019 di Kuala Kangsar Perak.

"Penggambaran mengambil masa selama 20 hari. Saya sendiri melakonkan watak Hadri, manakala anak-anak saya iaitu Nazreen Putra dan Marissa Ezureen melakonkan watak Ali dan Suri, yang juga anak kepada Hadri.

"Manakala watak Kesuma pula dilakonkan oleh isteri saya sendiri, Haliza Khalili iaitu seorang bekas Tentera Udara Malaysia yang pangkalan terakhirnya di Kuantan, Pahang.

"Sementara itu, pendatang baharu dalam dunia lakonan dikenali Bella Paloma diberi kepercayaan membawakan watak Meena iaitu isteri Hadri," katanya.

Memandangkan Dendam Kesuma bertemakan kekeluargaan, Jefri membuat keputusan mengambil isteri dan anak-anaknya sendiri yang berlakon bersama.

"Saya hanya berharap filem ini dapat memberi inspirasi kepada penonton. Ia bukan filem 'pop-corn' kerana mesej yang tersirat di dalamnya amat penting dalam kehidupan kita sebagai umat Islam.

"Pembikinannya mengambil masa lebih dari setahun dan kami cuba memberikan sebuah filem berkualiti kepada penonton tempatan yang semakin matang menilai kualiti sesuatu karya seni.

"Bagaimanapun, tayangan filem ini sudah empat kali tertangguh. Tapi, akhirnya ia akan menjadi filem Melayu pertama ke pawagam selepas kerajaan membenarkan panggung wayang beroperasi pada minggu lepas," katanya.

Dendam Kesuma mengisahkan Hadri, yang mengalami kemurungan dan tekanan perasaan semenjak berpindah balik ke rumah ibu mentuanya, Kesuma.

Perkahwinannya dengan Meena dikurniakan dua cahaya mata, Ali dan Suri. Namun, suasana di rumah agak tertekan dan suram akibat mengalami pelbagai gangguan yang sering dihadapi oleh keluarganya.

Meena pula sentiasa menasihati Hadri supaya mendekatkan diri dengan Allah. Bagaimanapun, nasihat Meena itu sentiasa tidak diendahkan.

Suri juga mengalami gangguan di mana dia sering didekati oleh seorang nenek yang tidak dikenalinya. Justeru, kelakuan aneh Suri itu sering menimbulkan tanda tanya buat Meena.

Apapun, filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 4 November, depan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
 

notepad

Super Active Member
Messages
9,573
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,573
Reaction score
835
Points
126

Kisah dendam yang membawa kesengsaraan dalam jiwa. Itulah dalaman isi hati seorang wanita yang terluka. Hadri mengalami kemurungan dan tekanan perasaan kerana gangguan misteri semenjak berpindah balik ke kampung isterinya. Hadri dan Meena mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Ali dan Suri. Suasana dirumah agak tertekan dan suram akibat daripada gangguan – gangguan yang sering dihadapi oleh keluarga ini. Meena sebagai isteri senantiasa menasihati Hadri supaya mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Walaubagaimanapun nasihat si isteri sentiasa tidak diendahkan. Bagaimanakah keluarga ini menyelesaikan masalah misteri mereka?

Saksikan filem DENDAM KESUMA dipawagam 13 Mei 2021
TAYANGAN DI PAWAGAM 4HB NOV SELEPAS TERTANGGUHNYA PADA BULAN MAY 2021
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register