BTC USD 37,734.7 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang kaut RM2 juta dalam 6 hari

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,579
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,579
Reaction score
467
Points
91

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang kaut RM2 juta dalam 6 hari

KUALA LUMPUR: Sutradara Mamat Khalid terus melakar kecemerlangan apabila buah tangan terbaharunya, filem 18 Puasa Di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh enam hari siaran di platform Astro First.

Jika sebelum ini watak Barboka menjadi bualan penonton, memasuki minggu kedua tayangan, ia menyaksikan watak baru yang diperkenalkan dalam francais tersebut, iaitu Tyson 2 lakonan Jaafar Onn turut menambat hati penonton menerusi dialognya "Mim Alif Kap Nun – Mati" di dalam salah satu babak di dalam filem tersebut.

"Ini juga adalah kemunculan semula oleh pelakon senior tersebut yang telah lama tidak muncul di dalam filem mahu pun drama," menurut Astro Shaw dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu di laman-laman media sosial, orang ramai berkongsi rasa terkesan dengan mesej yang disampaikan selepas menontonnya.

Antara perkongsian penonton selepas menonton filem 18 Puasa Di Kampong Pisang. - Foto Astro Shaw

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya dan Mamat bersyukur filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mendapat sambutan luar biasa.

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang telah menonton di Astro First. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan pelakon dan kru yang telah menjayakan 18 Puasa Di Kampong Pisang sehingga ia menjadi satu fenomena dan mempunyai simbolik tersendiri yang sinonim dengan bulan puasa.

"Selepas ini jika kita sebut nama Barkoba, saya yakin pasti ramai yang terus mengaitkan dengan orang tidak berpuasa dan bulan Ramadan, manakala ‘plastik hitam’ simbolik francais 18 Puasa Di Kampong Pisang.

"Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin dalam industri filem tempatan untuk terus bergerak ke depan meskipun dalam era normal baharu bagi tayangan filem," katanya.

18 Puasa Di Kampung Pisang adalah gabungan daripada dua ‘masterpiece’pengarah Mamat Khalid, iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa.

Ia mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden.

Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.

Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang?

Saksikan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang yang kini masih berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

== astro awani
 
Sponsored Post

izaf505

Active Member
Messages
2,021
Joined
Oct 25, 2011
Messages
2,021
Reaction score
63
Points
45
Nama2 y di tut kn masa Namron tya man tu ade ke y tau ape?
 
no trade

Super Active Member
Messages
9,413
Joined
May 16, 2008
Messages
9,413
Reaction score
417
Points
96
Serius best, pakcik barkoba ada lebih hahaha
 
underscore

Legendary Member
gem
Messages
12,102
Joined
Sep 20, 2008
Messages
12,102
Reaction score
4,471
Points
266
Awards
2
Tuan Mamat Khalid, adalah rakan di Facebook sejak 2008 yang rajin membalas, individu yang menghidupkan Tanjong Malim dengan adanya Sarang Art Hub dan memetakan dunia pefileman negara melalui sentuhan karya-karyanya.

1. Membina rantaian kejayaan

Ketika mana Avengers membina pelan kejayaan dengan bersabar menghasilkan filem-filem di bawah jenama ini dan menjadi box office, Tuan Mamat Khalid juga melakukan perkara yang sama dengan rantaian dunia Kampung Pisang dan Kak Limah.

2. Hiburan dengan pemikiran
"Jika hantu Jepun datang macam mana?" pantas dibalas oleh sahabatnya, "Engkau katalah kita sudah merdeka," dalam filem Hantuk Kak Limah seperti pukulan keras di kepala.
Sikap kita yang ditakut-takutkan dengan kekejaman fizikal terdahulu berakar dalam fikiran orang sudah merdeka.
Kita ketawa kerana humor, kita juga ketawa dan tersedar itulah cara kita berfikir.
Beliau tidak akan menggugurkan mesej menjadi Melayu dan warganegara yang baik adab, ada kemanusiaan, memelihara komuniti dan warganegara yang menjadi tiang seri negara.
Lucu yang disalut rencah fikir.
Membawa kehendak pengarah dan tidak mencicirkan pencarian penonton dalam filem yang ditonton.
3. Menggali dengan membaca
Mamat Khalid juga seorang pembaca dan kedai buku di KLCC itu pun tempat dia singgah menggali ilmu untuk kerja-kerjanya.
Filem beliau, Estet pernah dibukukan dalam siri Filem ke Buku.
4. Buat, jangan teragak-agak lagi
Kata-kata Tuan Mamat Khalid dalam rancangan Inspirasi relevan kepada karyawan (baca: penulis) baharu, "Buatlah, janganlah fikir banyak sangat (ambil masa lama). Sudah umur 60 tahun (sakit, terbaring, hilang kudrat) baru kata alangkah baiknya jika buat (filem pendek) dahulu. Kerja fikir lama-lama ini kerja pensyarah dan profesor. Kerja kamu, buat."
5. Sentiasa bekerja dengan berfikir
Pesan Tuan Mamat Khalid kepada karyawan termasuk penulis baharu yang bermula kosong dan tidak ada bakat.
"Inspirasi ada sebesar zarah dan seluas cakerawala, carilah di mana sahaja," tambah beliau
Tengah malam semalam adalah kedukacitaan atas pemergiannya.
Seumpama seorang penulis, beliau berkata, "Untuk saya terus hidup, saya mesti berkarya (dan kemudian ia menjadi klasik, merentasi zaman)."
Damailah Tuan di sana, keampunan daripada Allah kami mohon dan kedudukan yang baik kami harapkan.

..........
 
yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81

Meninggal dah.. innalillah
 
Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,589
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,589
Reaction score
2,854
Points
261
Awards
1
Baru sempat layan.

Kelakar juga.

Tapi banyak mute ek?

Korang leh agak tak apa dialognya?
 
Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,589
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,589
Reaction score
2,854
Points
261
Awards
1
................................
18.Puasa..Di.Kampong.Pisang 2021.mkv_snapshot_00.52.12.476.jpg
 
Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,589
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,589
Reaction score
2,854
Points
261
Awards
1
........................

18.Puasa..Di.Kampong.Pisang 2021.mkv_snapshot_00.52.15.432.jpg
18.Puasa..Di.Kampong.Pisang 2021.mkv_snapshot_00.52.21.244.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register