Movie Filem ‘Mahathir: The Journey’ tiada izin dari keluarga kami, kata Marina

Recommended Brokers

Ms Senorita

CG Journalist
Joined
Mar 31, 2014
Messages
796
Reaction score
274
Points
31
mahatihir.jpg

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir berkata pembikinan filem “Mahathir: The Journey” tidak mendapat keizinan daripada keluarganya.

Anak sulung Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Ali memberi reaksi sedemikian terhadap laporan media berkatan barisan pelakon dalam filem itu.

“Tiada keizinan daripada mana-mana pihak kami untuk ini,” catatnya di Twitter. Beliau juga menganggap kisah keluarganya sama ada sebagai filem, biopik, muzikal, atau kartun sebagai memalukan.

“Tetapi jika anda mahu teruskan, jangan paksa kami lihat (hasilnya),” tulis Marina dalam bahasa Inggeris.

Majlis pelancaran filem itu berlangsung di Hotel Sheraton, Petaling Jaya semalam dan menampilan pelakon utama, antaranya Azhar Amir sebagai Dr Mahathir, penyanyi Fauziah Latiff sebagai Dr Siti Hasmah, dan Ning Baizura sebagai Marina.

Turut diperkenal, artis yang memegang watak pemimpin politik iaitu Hilal Azman sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail), Lisdawati (Nurul Izzah Anwar), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Muhamad Harminder Singh (Gobind Singh Deo).

Mengikut media tempatan, filem arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan mengangkat perjuangan Dr Mahathir selepas beliau meletakkan jawatan perdana menteri pada 2003 hingga dilantik semula pada 2018. Penggambaran dijangka bermula bulan depan sekitar Malaysia dan Hiroshima, Jepun.

Sumber : malay mail
 
Kenapa filem Tun M diterbitkan? Ini penjelasan pengarah Dr Hatta Azad Khan

mahathir 2.jpg

PENGHASILAN Mahathir: The Journey yang merupakan filem biopik mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya perlu mendapat sokongan daripada semua pihak.

Ini kerana naskhah berkenaan, tidak berniat untuk memburukkan atau mendewakan Perdana Menteri.

Sebaliknya, tegas pengarah Mahathir: The Journey, Prof Dr Hatta Azad Khan, filem itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada negawaran yang telah banyak menyumbang pada kemajuan negara.

Dalam masa sama, sarjana filem terkemuka itu berkata, penghasilan naskhah berkenaan juga adalah sebagai rakaman rujukan buat generasi masa depan mengenai pemimpin Melayu hebat yang pernah dilahirkan oleh negara.

“Pada saya, kita buat benda yang bagus, yang baik. Secara peribadi, saya anggap semua orang perlu sokong kerana beliau (Dr Mahathir) merupakan seorang tokoh yang besar, kisah hidupnya elok dirakamkan dalam bentuk filem untuk (rujukan) generasi masa depan,” kata Dr Hatta kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Beliau yang dipilih untuk menerajui penerbitan Mahathir: The Journey sebagai sutradara berkata demikian sebagai mengulas reaksi anak sulung Perdana Menteri, Datin Paduka Marina bahawa idea penghasilan filem itu tidak mendapat restu keluarganya.

Marina menegaskan, keluarganya tidak suka mana-mana pihak menghasilkan filem biografi, muzikal, kartun atau sapa saja mengenai keluarganya kerana ia hanya akan memalukan.

Tidak hanya sekadar rakaman penghargaan dan sebagai rujukan generasi masa depan semata-mata, penerbitan Mahathir: The Journey juga disifatkan Dr Hatta adalah bertujuan untuk tontonan masyarakat antarabangsa.

Menurut beliau, sebagai negarawan ulung, Dr Mahathir merupakan antara pemimpin dunia yang disegani dan sudah sampai masanya sebuah filem mengenai beliau dihasilkan.

“Rasa hormat, kagum dan pengiktirafan dunia kepada Dr Mahathir tidak mampu kita nafikan. Bahkan, kita rakyat Malaysia juga amat berbangga dengan apa yang beliau sumbang dan lakukan pada negara.

“Justeru, saya secara peribadi berpendapat, ada wajarnya filem mengenai tokoh hebat seperti Dr Mahathir diterbitkan. Lagipun, muzikal mengenai beliau sudah dibuat, buku juga sudah ditulis sebelum ini.

“Kita akan memberitahu sisi lain mengenai Dr Mahathir dan kita tidak mengajak penonton untuk mendewakan beliau,” jelas Dr Hatta mengenai idea dan aspirasnya dalam mencorakkan Mahathir: The Journey yang akan mula menjalani penggambaran sekitar pertengahan Disember ini.

Untuk rekod, Dr Hatta merupakan antara pengarah filem prolifik dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang akademik serta industri seni dan persembahan negara.

Beliau merupakan pengarah sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu terbitan Othman Hafsham (syarikat produksi Cinematic Sdn Bhd) serta filem Mat Som yang diadaptasi dari komik popular Lat.

Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah Istana Budaya pada 2000 – 2005 serta Rektor di Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (Aswara) selain menjadi pensyarah di beberapa universiti.

Dr Hatta juga berkata, filem merupakan wadah terbaik untuk mengekalkan ingatan masyarakat mengenai seseorang tokoh seperti mana yang sering dilakukan oleh karyawan filem dunia.

Dalam masa sama, Dr Hatta memberitahu, Mahathir: The Journey sudah mula menjalani kerja-kerja pra-produksi sejak tujuh bulan lalu.

Skrip filem itu juga, kata beliau, sudah dirombak sebanyak 12 kali sebelum mendapat lampu hijau daripada pejabat Perdana Menteri.

“Sesudah mendapat lampu hijau daripada pejabat Perdana Menteri, kami memulakan kerja-kerja pra-produksi termasuk melakukan pemilihan pelakon. Insya-Allah jika tiada aral, kami menjangkakan file mini akan ditayangkan pada Julai tahun depan sempena ulang tahun kelahiran ke-95 Dr Mahathir,” jelas Dr Hatta mengenai filem yang menelan kos penerbitan sebanyak RM6 juta itu.

Mahathir: The Journey menampilkan pelakon Azhar Amir sebagai Dr Mahathir, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Ning Baizura (Marina Mahathir), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P. Ramee (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan Lisdawati (Nurul Izzah).

Sumber : astro awani

Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,135
Reaction score
1,526
Points
596
pergh filem Mahathir dah nak keluar

Allahu

Presiden PH dan Presiden BN
 
pendekarkumbar

Fun Poster
Joined
Nov 29, 2013
Messages
208
Reaction score
5
Points
15
letak la watak apa pun. filem sampah.xda faedah.perjuangan apa??? hancing
 
kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,045
Reaction score
2,422
Points
191
letak sekali watak limkitsiang.. mat sabu..

keluar scene lge ngan abe mat kutuk madey, misti bes..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register