BTC USD 37,027.8 Gold USD 1,796.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Festival Pelik Hias Rangka Mayat Dengan Pakaian Cantik

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,895
Reaction score
273
Points
91
Festival Pelik Hias Rangka Mayat Dengan Pakaian Cantik

2-1.jpg


TERDAPAT satu festival pelik yang diadakan di Sulawesi, Indonesia pada saban tahun iaitu perayaan menggayakan rangka mayat dengan pakaian cantik dan bersih oleh ahli keluarga mereka yang masih hidup.

Perayaan Ma’nene yang diwarisi daripada kumpulan etnik Toraja ini menyaksikan mereka menggali kubur nenek moyang dan kemudiannya menghias rangka mayat yang telah meninggal dunia sejak puluhan tahun dengan pakaian sebagai salah satu tanda hormat buat si mati.

Festival yang turut dikenali sebagai perayaan membersihkan mayat itu mengandungi beberapa proses utama iaitu seperti memandi, menghias dan memakaikan pakaian sebelum ‘mayat hidup semula’ itu diusung ke seluruh kampung untuk tontonan orang ramai.

1-1.jpg

Ceremony of Cleaning Corpses during Ma'nene festival, South Sulawesi, Indonesia - Apr 2016

Walaupun situasi itu mungkin agak menyeramkan bagi sesetengah pihak namun ia sama sekali tidak menganggu waris-waris si mati, bila mana mereka menganggap festival itu merupakan satu perayaan yang perlu dijalankan pada setiap tahun.

Menurut seorang jurugambar, Herman Morrison yang sempat membidik foto-foto unik tersebut, perayaan itu adalah tanda hormat yang ditunjukkan golongan masih hidup kepada yang sudah tiada.

3-1.jpg


4-1.jpg

Ceremony of Cleaning Corpses during Ma'nene festival, South Sulawesi, Indonesia - Apr 2016

“Saya tinggal di Lombok dan menggembara ke Sulawesi semata-mata untuk mengambil gambar sepanjang festival Ma’nene ini berlangsung.

“Ritual ini diadakan pada setiap tahun sebagai tanda simbolik suku kaum Toraja untuk nenek moyang mereka.

“Usia mayat-mayat ini berbeza, ada yang mungkin sudah meninggal sejak 100 tahun lalu. Rangka mereka dibawa pulang ke rumah kemudiannya dibersihkan dan selepas perayaan berakhir, ‘tubuh’ mereka akan dibawa masuk semula ke dalam kubur.

“Ada di antara mayat lelaki digayakan dalam persalinan sut dengan tali leher. Ia adalah satu pemandangan yang cukup unik dapat saya saksikan setakat ini,” kata Herman. -newshub

lihat video :

https://youtu.be/MNKnJfl-Py4
 
Sponsored Post

akundaktau

Legendary Member
Joined
Mar 6, 2013
Messages
10,957
Reaction score
234
Points
138
ada yg mayat sampai 100 tahun? tapi rangka masi baik?
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,814
Reaction score
1,673
Points
596
Allahuakhbar kenapa nak siksa mayat tue
 

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,895
Reaction score
273
Points
91
klu dlm islam ini adalah satu pencerobohan keatas hak mayat tersebut
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,960
Reaction score
1,341
Points
201
kristian ketum ke ni
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
tak jadi tulang pun
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register