notepad
Legendary Member
- Messages
- 15,664
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,664
- Reaction score
- 2,142
- Points
- 266
- Awards
- 1
Antara pengunjung yang mengikuti pengisian keagamaan yang berlansung serentak bersama Thai-Malay Food Festival di Madad, Sungai Petani Kedah.
SUNGAI PETANI - Menghidupkan atau mengimarahkan masjid antara matlamat utama penganjuran Thai-Malay Food Festival di Murtadha Dakwah Centre (Madad) yang menawarkan lebih 100 jenis makanan popular kepada pengunjung.
Pengarah Urusan Madad, Mohammad Yaakub Yusra berkata, festival yang berlangsung selama 10 hari bermula 16 November lalu itu bukanlah semata-mata mahu menjemput orang merasai pelbagai jenis makanan berkenaan sebaliknya memperkenalkan masjid sebagai pusat komuniti setempat.
Mohammad Yaakub meninjau penjualan makanan sempena Thai-Malay Food Festival di Madad sehingga 25 November ini.
Menurutnya, pelbagai kemudahan lain disediakan selain fungsi sebagai rumah ibadat, Madad telah mewujudkan ekosistem melalui penganjuran sukan memanah, berkuda, hotel kapsul, maahad tahfiz, pembinaan rumah kucing dan rumah kahwin serta lain-lain sekali gus menarik perhatian lebih ramai pengunjung memanfaatkan fasiliti tersebut.
"Antara makanan yang menjadi tumpuan termasuk arnab kangkang, kambing buluh, jagung keju, bubur lambuk dan keropok lekor selain peniaga Thailand menawarkan roti pisang, kerabu kaki ayam, tomyam, ayam susu, roti tisu coklat, mee celup, pulut mangga dan pelbagai jenis pemanis mulut termasuk minuman dari negara jiran itu," katanya.
Jelas Mohammad Yaakub, sambutan diterima cukup memberangsangkan sehingga kini mencecah 70,000 pengunjung selain menyasarkan lebih 120,000 sehingga hari terakhir 25 November nanti.
"Saya juga percaya kehadiran ramai bukan semata-mata nak makan tetapi turut mengikuti pengisian ilmiah yang menampilkan tokoh agama dan personaliti tersohor.
"Kita bawakan penceramah bebas, Sheikh Zainul Asri, Ustaz Ariffin Ayob, Mohd Fadhly Hasbullah (Ustaz Manis), Cik Wan Hilmy Wan Mohamed (Maulana Helmi), Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari, Pempengaruh, Cikgu Fadli Salleh, Motivator dan pendakwah bebas, Ustazah Huda Edayu serta ramai lagi yang memeriahkan pelbagai slot setiap hari," katanya.
Antara slot yang dijadualkan sepanjang festival termasuk Madad Berselawat, Kuliah Dhuha, Kuliah Maghrib, Parenting Talk, Rawatan Syifa, Majlis Taalim, Lepak Geng Utagha, Untold Story Akhir Zaman dan Kita Palestin.
Pelbagai jenis makanan popular ditawarkan kepada pengunjung selain program keagamaan diatur bagi memberi manfaat kepada pengunjung.
"Forum pada Khamis ini melibatkan saya, Imam Masjid Al-Busyra Mohd Firdaus Mat Akhir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar dan Exco Kerajaan Negeri Radhi Mat Din bermula 9 malam dijangka turut menjadi tumpuan.
"Pada Jumaat ada Forum Untold Story Akhir Zaman oleh penulis dan penceramah, Ustaz Ibnu Rijal bersama penyampai radio, Faizal Ismail,"katanya.
Pengisian pada hari terakhir (Sabtu) pula ialah kuliah perdana selain kehadiran Personaliti, Muhammad Nadir Al Nuri membicarakan tentang Palestin serta penyerahan sumbangan yang dikutip bagi membantu saudara Muslim di sana.
Dalam masa sama, beliau menambah, bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menunggang kuda, tidak tertakluk sepanjang festival berlansung namun dibuka bermula 3 hingga 6 petang setiap hari secara percuma.
Festival makan hidupkan masjid
SUNGAI PETANI - Menghidupkan atau mengimarahkan masjid antara matlamat utama penganjuran Thai-Malay Food Festival di Murtadha Dakwah Centre (Madad) yang menawarkan lebih 100 jenis...
www.sinarharian.com.my