Santai FERI MUHIBBAH, FERI YANG MENGHUBUNGKAN SEMENANJUNG DAN BORNEO

CG Sponsors




sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,803
Reaction score
310
Points
91
Setiap kali musim perayaan mesti orang Borneo di Semananjung Malaysia nak balik, macam tu jugak sebaliknya. Setakat ni, cuma ada penerbangan sahaja kalau nak balik, dan musim perayaan selalunya harga tiket akan lebih mahal sebab ada permintaan yang tinggi. Tapi, dulu sebenarnya selain perkhidmatan kapal terbang kita juga ada perkhidmatan feri tau.

1611129651572.png


Feri Muhibbah, feri yang menghubungkan Semenanjung Malaysia-Borneo
Generasi kini mesti tak tahu tentang kewujudan perkhidmatan feri ni. Perkhidmatan feri ni berbentuk persiaran tetapi dalam masa yang sama boleh membawa penumpang dan juga kenderaan. Dan yang lebih uniknya ialah laluannya menghubungkan antara Semenanjung Malaysia dengan negeri Sabah dan Sarawak melalui jalan air. Inilah satu perkhidmatan feri yang pernah wujud sekitar tahun 1980-an yang dikenali sebagai Feri Malaysia.


Feri Malaysia telah didaftarkan secara rasmi di Pelabuhan Klang pada tahun 1986 yang mana feri tersebut telah dinamakan sebagai Cruise Muhibbah dan ianya juga merupakan sebuah kapal penumpang yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia pada ketika itu. Dibeli daripada Helsinki, Finland dengan harga RM50 juta. Dan inilah satu-satunya perkhidmatan feri yang dapat menghubungkan antara Semenanjung Malaysia dengan negeri Sabah dan Sarawak.

1611129678968.png

Idea ni datang hasil daripada inspirasi Tun Mahathir
Tun M telah mendapat inspirasi daripada kejayaan perkhidmatan feri di negeri Scandinavia iaitu antara Finland, Norway dan juga Denmark. Pada masa tu, dia mempunyai pandangan jauh iaitu untuk merapatkan lagi jurang antara tiga entiti pembentuk Gagasan Malaysia yang terpisah oleh Laut China Selatan yang beribu kilometer jauhnya.

Mengikut sejarahnya, idea daripada Tun M ni memberikan Jabatan Perdana Menteri untuk memilih sebuah syarikat perkapalan yang dinamakan Perbadanan Nasional Shipping Line Berhad (PNSL) bagi menjalankan perancangan rapi dan kaji selidik dilakukan sebelum ianya mula beroperasi. Setelah beberapa kajian dan segalanya telah diatur, maka sekitar tahun 1984, sebuah syarikat yang bernama Syarikat Feri Malaysia Sendirian Berhad telah ditubuhkan untuk menyelaras projek “Feri Malaysia” ini menjadi kenyataan.


Setelah Jemaah Menter Kabinet Malaysia meluluskan projek ini sekitar November 1984, maka sebuah feri telah dibeli dari Helsinki, Finland. Dua tahun kemudian barulah feri ini berjaya disiapkan dengan kerja-kerja pengubahsuaian serta menaik taraf dan dikatakan ini merupakan kerja-kerja kelas pertama yang pernah dibuat untuk sebuah feri persiaran. Pada tanggal 6hb Julai 1986 feri tersebut telah memulakan pelayaran daripada Finland ke Malaysia. Jauh tak jauh?

Feri yang cukup power ni mampu menampung 700 penumpang
Sebulan selepas feri tersebut berlayar, feri ini telah pun sampai di Pelabuhan Kuantan, Pahang pada 6hb Ogos 1986. Dan sejak daripada itu, segala macam bentuk usaha promosi telah dilakukan oleh Syarikat Feri Malaysia Sdn. Bhd. bagi memastikan ianya mendapat sambutan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Dengan nama rasminya yang dikenali sebagai “Cruise Muhibbah” merupakan sebuah feri persiaran yang pertama dan terbesar milik kerajaan Malaysia. Dengan beratnya 7,900 tan, mempunyai panjang 134 meter dan mampu untuk berlayar selaju 19 batu nautika. Selain mempunyai kemudahan untuk percutian mewah seperti feri persiaran yang lain di dunia, feri Cruise Muhibbah ini juga boleh membawa kira-kira 700 orang penumpang serta lebih 100 buah kenderaan dalam satu masa.


Sekitar 31 Ogos 1986, feri Cruise Muhibbah Malaysia ini telah melakar sejarahnya sendiri apabila perkhidmatannya telah dilancarkan oleh Sultan Ahmad Shah yang merupakan Sultan Negeri Pahang pada waktu itu di Pelabuhan Kuantan, Pahang. Perjalanan pertama feri ini adalah bermula dari Pelabuhan Kuantan ke Kuching (Sarawak) dan seterusnya ke Kota Kinabalu (Sabah) yang mana jangkamasa perjalanan adalah selama dua hari dengan melalui sektor perjalanan Kuantan – Kota Kinabalu.

Akhirnya terpaksa dihentikan akibat kebakaran
Pada 18 Oktober 1987, perkhidmatan feri Malaysia ini telah mengalami kebakaran pada ruang enjin utama iaitu pada jam 2.45 petang yang mana pada ketika itu ia hampir mendekati destinasi Kuantan. Lokasinya adalah kira-kira 5 KM dari Pulau Tioman, Pahang. Terdapat tiga ratus orang penumpang dan empat puluh buah kenderaan yang terdapat didalamnya pada ketika itu. Namun, kesemua penumpang telah berjaya diselamatkan oleh dua buah kapal muatan kargo dan membawa semua penumpang ke Pelabuhan Kuantan pada hari yang sama. Setelah kebakaran berjaya dipadamkan akhirnya Feri Malaysia terdampar di lautan Pahang buat seketika.

1611129799232.png


Menurut laporan kemalangan seperti yang dinyatakan oleh akhbar NST, antara punca berlakunya insiden tersebut adalah kerana kapal asal yang dibeli dari Finland ini sudah pun terlalu lama dan berusia 16 tahun. Akhirnya, selepas tahun 1989, perkhidmatan Feri Malaysia ini tidak lagi beroperasi kerana dikatakan kos operasinya yang terlalu tinggi berbanding keuntungan yang mereka perolehi.

Patutkah feri ni diwujudkan semula?

kredit: https://orangkata.my/sejarah/feri-muhibbah-feri-yang-menghubungkan-semenanjung-dan-borneo/


ps: kalu feri ni ada lg,mmg aku naik feri je la g sabah utk balik kg wife kat sana..xpela mkn masa sekalipun..gayat naik flight ni turbulance kuat huhu
 
Sponsored Post

hellspermaster

Active+ Member
Joined
Aug 23, 2013
Messages
2,958
Reaction score
83
Points
45
Buleh buat bisnes ni. Takyah pakai feri. Pakai bot2 kecik dah ler.
 

hellspermaster

Active+ Member
Joined
Aug 23, 2013
Messages
2,958
Reaction score
83
Points
45
pastu kene ombak semua mati katak
Kan...kalau mcm tu kita duk rumah je la. Kereta pon tayah pakai. Nnti eksiden mati katak jugak.

Skarang zaman ape bang. Besi pon dah buleh terbang la skarang. Ada masalah, kasi setel la labu. Xkan nak tunggu org lain suap semua.

Dasar pemalas.
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,050
Reaction score
1,264
Points
111
Kuantan ke KK 2 hari. Zaman tu takde smartphone takde laptop. Mati kebosanan le
 

Mrsham

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Jul 10, 2007
Messages
3,717
Reaction score
101
Points
43
Menarik ni dan boleh jadi cara bercuti baharu bagi rakyat Malaysia.. Sama juga dengan KTMB, alangkah baiknya kalau diadakan tourism coach dari JB/KL ke Kota Bahru.. santai2 naik keretapi dgn family sambil menikmati pemandangan menarik dalam negara.. mesti ramai yang minat
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206
setahun je jangka hayat kapal ni.
memang tak balik modal.

tapi best juga naik feri dari semenanjung ke borneo.
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,468
Reaction score
372
Points
46
bila teringat feri muhibbah ni, terus teringat artis - ferry anugerah makmur.. kat mana le dia skang..
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Kan...kalau mcm tu kita duk rumah je la. Kereta pon tayah pakai. Nnti eksiden mati katak jugak.

Skarang zaman ape bang. Besi pon dah buleh terbang la skarang. Ada masalah, kasi setel la labu. Xkan nak tunggu org lain suap semua.

Dasar pemalas.
kapal terbang pon terhempas.. duk umah jer la
 
Sponsored Post
Top
Log in Register