Fenomena kena tindih semasa tidur

CG Sponsors




katelike

Fun Poster
Joined
May 27, 2011
Messages
799
Reaction score
1
Points
15
aku skong tt 100%.sebab setakat la ni.aku klau kna tindih mmg aku akan cba lawan smpai boleh gerak badan.mmg payah n take time.tpi boleh dilksanakan.so mmg aku skong 100%.lbh2 lg bila badan ltih gilaa.mmg sng nk jd
 
Sponsored Post

katelike

Fun Poster
Joined
May 27, 2011
Messages
799
Reaction score
1
Points
15
lagi satu yg syoknya bila time kena tindih ni aku cbit2 paha.tampar2 sekuat ati paha aku.tpi bila tjga.nothing.haha.just khayalan saja.tkdak bnda tndh2 aih.bohong ja.haha.kepercayaan melayu ja.haha
 

amarkv

Junior Member
Joined
Jan 21, 2012
Messages
80
Reaction score
4
Points
11
Sejak aku nampak bayangan lembaga hitam, nenek kebayan masa sleep paralysis tu, terus aku tak percaya hantu hantu ni sebab tu semua khayalan minda.
 

sabduke

Freshie
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32
Reaction score
0
Points
6
Sains tu memang wujud..begitu juga Jin dan makhluk halus.ini dinyatakan dalam Quran dan Hadis.kewujudan Jin bukan khurafat..yang khurafat ialah apabila kita bersandarkan dan mengharapkan Jin dalam kehidupan kita seperti mintak nombor ekor, ramalan tilik nasib dan sebagainya.Saya pernah ditindih dan begitu juga kwn2..memg ada pelbagai sebab yg logik; tido dalam keadaan kotor, terlalu penat dan stress mgkin menyebabkan rasa ditindih.Semasa di universiti, seorng kawan saya ditindih hampir tiap2 mlm dan menurutnya benda yang menindih itu besar, berwrna hitam,berbulu dan pernah membisikkan sesuatu di telinganya..Ini adalah bentuk gangguan jin dan sahabat saya itu selalu berdoa dan membaca ayat2 suci apabila terkena..Bukan semua benda dpat di jelaskan oleh sains..Sumber yang sebenar ialah Al-Quran..semoga kita dijauhkan dari gangguan yang tidak dpt di tanggung oleh kita..
 

papabaik

Active+ Member
Joined
Feb 21, 2012
Messages
4,434
Reaction score
152
Points
33
Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le, tahyul semua tu. Fenomena kena tindih kepercayaan dan kebenaran just to share. Aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni. Betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada, nampak benda-benda pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer). Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Aku pun jujur pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu. Ada la dalam 3-4 kali jugak, masa tu aku sedar boleh bukak mata separuh. Aku tau aku sedar tapi tak boleh gerak. Kadang-kadang geram, sebab tak boleh gerak pastu 5 minit baru boleh gerak. Aku dulu pun takut, memang ingat kena hempap dah. Lepas boleh gerak tu seram sejuk jer. Tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia, baru lah aku tau kebenaran dia. Ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis).

Okey, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement waktu nyenyak ni, bijik mata kita gerak-gerak) stage otak akan bagitau badan kita suruh rehat so, badan kita kira macam switch off kejap REM atonia (tader muscle tone)

Ok, otak kita pun ada switch off button dipanggil reticular activating system RAS. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni, so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on. Kiranya screensaver laaa or hibernate so, bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar fully awake state. Tapi kadang-kadang, electrical signal tidak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika. Before otak activate balik, memang menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang-kadang partial atau sebahagian jer. Tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain lumpuh etc..

Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dll..)

Sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. Sleep/rest deprivation (tidak cukup tidur la ni...penat sangat)

4. Stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal....heheh extreme sangat contoh aku ni)

6. Orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap dengan hantu. Korang lagi hantu sebenarnya......... tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba-tiba kena tindih dek laki korang jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki.. bacalah Alhamdulillah!!!!
Jangan le fikir hitam saje. Bkn ada hitam dan putih saja dalam dunia ini.
Ada kaler2 lain jugak macam biru, purple dsb.

Bagi aku, sleep paralysis ni adalah SATU SEBAB kita rasa kena tindih. Namun,
gangguan JIN juga boleh sebabkan rasa kena tindih. Lagi satu sebab yg terbukti
dalam science ialah kerana MEDAN MAGNET yg ganggu otak kita. Selalu jadi bila
kita tidur atas katil besi. Boleh cuba tukar katil kayu.. insyaAllah hilang fenomena kena tindih ni. Apa pun, ada banyak sebab mengapa kita rasa kena tindih.

Bab kena tindih ngan jin ni, mmg tak dapat disangkal. Sbb kawan satu dorm aku
masa kat sekolah asrama dulu penah kene.. dia jerit malam2, aku terjaga, nampak dia dah tengah duduk pegang lengan kiri dia. Aku tanya dia kenapa, bukak lampu,
tgn kiri dia berdarah... dia citer, dia rasa kena tindih tak leh gerak, tapi mata je boleh bukak.. ada lembaga duduk kat kaki dia... bila dia start baca Fatihah, lembaga tu
gigit lengan kiri dia dan dia dpt gerak kembali dan lembaga tu hilangkan diri sekelip mata. Malam tu kitorang tido tumpang dorm member lain. esok pagi.. ramai org pakat nak tengok bekas gigitan.. gile kentang.
 

zorobisa

Fun Poster
Joined
Jan 31, 2012
Messages
222
Reaction score
3
Points
15
Benda-benda alam ghaib ni eloklah dihuraikan bersumberkan dalil dari quran dan hadis. Hanya Allah yang maha mengetahui tentang alam ghaib, sebahagiannya ilmu disampaikan kepada rasulnya.

Jawapan bergantung kepada siapa yang soalan ditanya.
Tanya bomoh, jawapannya jin dan hantu.
Tanya doktor, jawapannya penjelasan saintifik tentang otak dan saraf.
Tanya ustaz, jawapannya berkaitan agama, kurang amalan dsb
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,817
Reaction score
2,308
Points
151

Please enter a message with more than 10 characters.
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,367
Reaction score
1,283
Points
231

Please enter a message with more than 10 characters.
itu dalam sains...

boleh tolong jelaskan penyakit ain dalam sains??
penyakit ain ada dalam hadith sohih rasulullah saw...
 

pijoe

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,367
Reaction score
1,283
Points
231
kadang kala sesuatu perkara tidak boleh di buat dalam logic akal manusia...
contohnya... santau...
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,817
Reaction score
2,308
Points
151
itu dalam sains...

boleh tolong jelaskan penyakit ain dalam sains??
penyakit ain ada dalam hadith sohih rasulullah saw...

Saya tak tahu ...saya takda ilmu pasal ain...insyaAllah kalau ada org lain yg ada ilmu psl "ain", boleh jelaskan....

Saya pun nk tahu jgk
 
Sponsored Post
Top
Log in Register