BTC USD 64,854.7 Gold USD 2,329.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Felda Tawar Jawatan Pengurus Rumah Tangga.....

highway

Active+ Member
Messages
4,417
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Felda Tawar Pengurus Rumah Tangga Ganti Amah Asing

KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Bernama) -- Kepada mereka yang memerlukan khidmat pembantu rumah namun enggan mengambil pembantu rumah warga asing, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mempunyai jalan penyelesaiannya.

Felda bersedia untuk menyediakan golongan pembantu rumah berkemahiran yang diistilah sebagai Pengurus Rumah Tangga dari kalangan lelaki dan wanita pada sebarang peringkat umur.

"Felda mengambil inisiatif ini sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing di mana kumpulan pertama terdiri daripada seramai 100 orang pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi akan diberi kursus.

"Mereka akan menjalani latihan kemahiran selama setahun mulai Januari depan yang akan dikendalikan oleh Yayasan Felda mengikut silabus berasaskan kemahiran," kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor semasa meraikan 106 bakal haji Felda dari wilayah Terengganu pada hari Ahad.

Menurut beliau, kursus seperti penjagaan kesihatan, memasak, penjagaan kanak-kanak akan ditawarkan secara percuma kepada anak-anak peneroka Felda yang berminat tanpa had umur.

"Kita yakin sambutannya menggalakkan. Ia usaha Felda untuk beri peluang pekerjaan kepada masyarakat Felda. Jawatan ini juga dihormati, dengan gajinya yang stabil, ada uniform dan berkemahiran," katanya.

Mohd Yusof berkata anggaran minimum untuk perkhidmatan mereka ialah adalah antara RM700 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada kemahiran Pengurus Rumah Tangga tersebut.

"Gaji mereka ini adalah murah berbanding caj untuk mengambil pembantu rumah asing beserta berbagai syarat.

"Felda boleh janjikan yang mereka ini lebih boleh diharap, mampu dan lebih menenangkan majikan kerana majikan akan dimaklumkan tentang latar belakang mereka," katanya.

Beliau berkata majikan juga boleh berbincang dengan Yayasan Felda yang bertindak sebagai ejen kepada kumpulan itu mengenai syarat-syarat kerja.

-- BERNAMA
 
Last edited:
Sponsored Post

kalo la pengurus tu umurnya antara 20-25...anak dara lak tu..abis laaaa...:D


agak2 ada iras2 mcm ni tak? :">
59798162007423813187100.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register