cek mek molek
CG Super Hardcore Club
- Messages
- 142,791
Paid Membership
Top Poster #8
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 142,791
- Reaction score
- 25,675
- Points
- 2,866
- Awards
- 1
Felda rugi RM1 bilion pada 2022, meningkat 2 kali ganda
Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2022 menasihatkan Felda merencana arah jelas ke arah operasi tanpa terus bergantung pada bantuan kewangan dari Putrajaya.06 Mar 2024, 12:01pm
Felda juga berhutang RM8.66 bilion pada 2022, menurun sedikit berbanding RM8.8 bilion tahun sebelumnya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Felda merekodkan kerugian RM1 bilion pada 2022, hampir dua kali ganda berbanding kerugian RM545 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai penyata kewangan agensi persekutuan bagi 2022.
Dalam laporan itu, ketua audit negara berkata Felda juga berhutang RM8.66 bilion dengan kerajaan persekutuan pada 2022, menurun sedikit berbanding RM8.8 bilion pada tahun sebelumnya.
Laporan itu menasihatkan Felda, merencana arah jelas ke aras operasi tanpa bantuan kewangan tambahan daripada Putrajaya.
Katanya, Felda “terlalu bergantung pada bantuan kewangan dari kerajaan persekutuan”, menerima geran berjumlah RM200 juta pada 2022 berbanding RM342 juta pada 2021.
“Pengurangan geran yang diterima Felda ini menjejaskan kelangsungan operasinya.”
BERITA LANJUT MENYUSUL