BTC USD 40,350.5 Gold USD 1,800.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FBI temui 'jawapan' dalam tabligh

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,701
Reaction score
2,603
Points
201

FBI temui 'jawapan' dalam tabligh​

 Faizal Ismail.
Faizal Ismail.
Kuala Lumpur: Bekas penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail atau FBI mengakui seolah-olah mendapat 'jawapan daripada Allah' selepas keluar bersama jemaah tabligh selama tiga hari, baru-baru ini.

Faizal berkata, selama ini kedudukannya sebagai hamba Allah terlalu jauh daripada-Nya.

"Saya terlampau mengejar duniawi. Saya meninggalkan apa yang sepatutnya sebagai hamba Allah. Sekarang, saya tebus masa saya untuk lebih kepada Allah dan akhirat," kata penyampai radio dan pengacara popular itu.

Faizal membuat perkongsian itu menerusi panggilan video bersama stesen radio Zayan FM, baru-baru ini.

Dalam perkongsian itu, Faizal turut berkongsi mengenai pembabitan awalnya dalam aktiviti dakwah itu.

Faizal berkata, sebelum itu dia sukar untuk tidur dan ia berlaku selama berbulan-bulan.

"Saya jadi resah, gelisah dan kata orang, kemurungan. Takkan saya nak berada dalam keadaan kemurungan. Saya tak percaya sebab saya seorang yang ceria," katanya.

Sejak itu, Faizal mula mencari jalan penyelesaian untuk permasalahan itu menerusi agama.

"Kemurungan bukanlah satu masalah yang main-main kerana benda itu wujud. Tapi, saya tak nak cari penyelesaian mengikut cara orang putih, sebaliknya rujuk cara agama," katanya.

Faizal kemudian bertemu dengan mereka yang memiliki pengetahuan dalam ilmu agama untuk mencari jawapan kepada persoalan yang bermain dalam fikirannya.

"Saya rasa teruk sangat seperti saya ada masalah kesihatan dan sebagainya. Bila saya rujuk kepada orang-orang alim, mereka beritahu saya bahawa ini adalah ujian Allah.

"Dia nak bagi sesuatu kepada saya. Dia bacakan ayat-ayat Al-Quran, hadis Nabi, bagaimana Allah melahirkan rahmat kepada kita melalui ujian, musibah dan sebagainya dan dia bekalkan saya dengan amalan-amalan. Akhirnya, saya bertemu dengan jawapannya apabila seorang ustaz mempelawa saya menyertai jemaah tabligh," katanya.

Faizal berkata, pandangan orang mengenai dia sebagai selebriti yang hidup secara sederhana adalah sangat bahaya.

"Kita rasa kita sudah okay, tapi sebenarnya itu yang bahaya. Kita tak tahu kedudukan kita yang sebenar-benarnya di sisi Allah. Di sisi manusia, mungkin orang nampak kita okay.

"Tapi, bila Allah tunjukkan kedudukan kita, Masya-Allah, kita takut. Saya rasa jauh lagi nak kejar. Berpuluh-puluh tahun hidup di dunia banyak luangkan masa untuk benda dunia semata-mata," katanya.

Menurutnya, walaupun dia merasakan dirinya sudah dapat seimbangkan antara dunia dan ibadah, itu sebenarnya tidak berlaku.

"Kita cakap, kita seimbangkan ibadah dan kerja. Sebenarnya, kalau nak ikutkan memang tak seimbang langsung.

"Kita kata kita solat dan beramal, tapi berapa minit kita ingat? Dalam masa kita bekerja, kita cari harta, habiskan masa bersama kawan-kawan berjam-jam. Lapan, 10, 12 jam masa bekerja. Dari mana yang seimbangnya? Tanya diri kita sendiri," katanya.

Dalam segmen Salam Bro yang dikendalikan dua penyampai Mawi dan Anas itu, Faizal juga berkongsi mengenai kemanisan yang dirasakannya selepas menyertai jemaah tabligh.

"Paling utama adalah usaha atas iman. Bila kita lahir di dunia sebagai orang Islam, kita rasa kita sudah selamat. Kita rasa kita sudah ada iman.

"Tapi, bila kita makin lama, membesar, terperangkap dalam dunia yang sementara ini, kita dihidangkan dengan mata kita, kita nampak kemewahan, rumah besar, kereta mewah, itulah yang kita nak kejar.

"Namun, bila Allah sudah beri kefahaman, setiap apa yang dilafazkan, walaupun dalam bentuk lagu yang kita dengar pun mesejnya akan jadi sangat bermakna," katanya.

Selain Faizal, beberapa selebriti tanah air yang lain juga turut menyertai jemaah tabligh dan berdakwah antaranya pengacara dan pelakon, Nabil Ahmad.

Difahamkan, Faizal sebelum ini melanjutkan pengajian di United Kingdom dan turut membawa isteri dan anak-anaknya ke sana.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Faizal bagi mendapatkan perkembangan terkininya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggil telefon dan membalas mesej di aplikasi WhatsApp.
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,360
Reaction score
1,993
Points
201
Bgs la dh hijrah
 
jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
14,555
Reaction score
4,308
Points
201
Tapi, bila kita makin lama, membesar, terperangkap dalam dunia yang sementara ini, kita dihidangkan dengan mata kita, kita nampak kemewahan, rumah besar, kereta mewah, itulah yang kita nak kejar.

Sebab apa berlaku gini ? Sebab ilmu yg kita belajar adalah ilmu dunia..
 
stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,483
Reaction score
948
Points
121

boleh belajar ilmu dunia tuan.. tapi ilmu akhirat dilupa jangan.
 
jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
14,555
Reaction score
4,308
Points
201
boleh belajar ilmu dunia tuan.. tapi ilmu akhirat dilupa jangan.

Bila kita belajar ilmu dunia, kemudian kita nak belajar ilmu akhirat. Semua jdi berlawanan..

Maka pada masa tu kita akan sedar.. Ilmu yang mana lebih penting di pelajari terlebih dahulu..
 
stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,483
Reaction score
948
Points
121
Bila kita belajar ilmu dunia, kemudian kita nak belajar ilmu akhirat. Semua jdi berlawanan..

Maka pada masa tu kita akan sedar.. Ilmu yang mana lebih penting di pelajari terlebih dahulu..
betul . sebab tu KAFA tu diajar masa kita di sekolah rendah lagi.. bukan dh lepas u baru belajar ilmu akhirat.
 
jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
14,555
Reaction score
4,308
Points
201
betul . sebab tu KAFA tu diajar masa kita di sekolah rendah lagi.. bukan dh lepas u baru belajar ilmu akhirat.

Pendidikan islam pun ade dlm sekolah.. Aku belajar smpi spm..

Tapi x diajar cara kita faham ttg ilmu akhirat utk dipraktikkan dlm kehidupan didunia..

Apa yg kita belajar di sekolah hanya faham konsep..

Ada orang dia xleh beza antara syariat dan hakikat..

Maka timbul persoalan ttg tujuan kehidupan, rezeki, usaha,keberkatan, rohani..

Mereka² ni akan hanyut bersama ilmu dunia..

Tapi jgn salah faham, mereka solat seperti biasa, mereka puasa, mereka keluarkan zakat..

Tapi memahami tujuan kehidupan didunia adalah sementara ? Mereka faham konsep, akan mati kelak..

Tapi tujuan kehidupan itu mereka x faham, knpa hidup dimuka bumi Allah ?

Cth : Perlu ke beli rumah ? Perlu ke pekerjaan yang menjamin masa depan ? Perlu ke ada simpanan utk masa tua ?

Persoalan ni semua persoalan dunia, jika kita jawab secara ilmu akhirat. Kita akan dipandang jelik..

Boss boleh tanya sendiri soalan diatas.. Dan lihat sendiri apa jawapan boss itu kne dgn ilmu akhirat yang boss belajar ?

Itu aku cakap, bila kita belajar ilmu dunia.. Kita nak belajar ilmu akhirat.. Ianya berlawanan..

Tapi kalau kita belajar ilmu akhirat.. Kita tak takut ttg ilmu dunia.. Sbrng ilmu dunia yang duduk dlm diri kita semua kita salurkan kepada jalan akhirat..

Boss faham ke apa yg aku cuba sampaikan ?
 
Faham bos...totally agreed. Ajaran agama Islam sebagai Addin tu tak de. Ajaran Islam yang diajar di sekolah lebih kepada agama untuk beribadat dan bukan agama sebagai cara hidup secara total.
 
jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
14,555
Reaction score
4,308
Points
201
Faham bos...totally agreed. Ajaran agama Islam sebagai Addin tu tak de. Ajaran Islam yang diajar di sekolah lebih kepada agama untuk beribadat dan bukan agama sebagai cara hidup secara total.

Aku xde la belajar banyak sgt ilmu akhirat..
Tp bila aku belajar, aku jdi masalah dgn kehidupan dunia aku..

Aku nampak benda ni sebenarnya kesilapan aku sendiri dalam memahami ilmu..

Maka pada pendapat aku ilmu akhirat kena sebati dlm jiwa. Baru bila masuk ilmu dunia. Kita x takut..kita yakin dengan janji² Allah..

---

Tak percaya cuba tanya anak² sendiri.. Besar nk jdi apa ?

Kita x ajar, anak² kita besar jdi lah orang yang infak harta ke jalan Allah.. xde..

Apa yang kita ajar ? Bila Besar jdi Cikgu, Boleh mendidik, jadi tentera boleh mempertahankan negara, jadi doktor boleh menyelamatkan nyawa..

Benda tu betul.. Tapi anak² tak sampai maksud tujuan kehidupan..

Mereka akan fokus nilai dunia melebihi akhirat..

Aku sembang je kt sini, aku pun xde baik mana..

Boleh layan video imam malik vs imam syafie memberi pendapat dari sudut hakikat vs syariat..

Kedua² mereka benar.. Tapi skrng klo kita bawa ilmu akhirat dlu. Kita akan dipandang jelik..

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register