BTC USD 100,953 Gold USD 2,662.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah

Perceraian selebriti: Media perlu jaga aib, adab dalam laporan - Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan pengamal media di negara ini agar menyampaikan sesuatu pelaporan berita dengan mengambil kira aspek kemasyarakatan termasuk menjaga aib, batas dan adab.

Teguran khutbah Jumaat berkenaan liputan isu penceraian selebriti perlu diberi perhatian, kata menteri komunikasi.

Fahmi berkata teguran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kepada media pada khutbah Jumaat Selangor semalam berkaitan liputan keterlaluan isu perceraian personaliti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin baru-baru ini perlu diberi perhatian.

“Nasihat ini terpakai bila-bila masa bukan hanya dalam isu seperti ini. Tidak menjadi masalah untuk media membuat pelaporan tetapi pada masa yang sama media perlu mendidik dan memupuk satu sikap dalam kalangan rakyat.

"Itulah sebab kita berharap secara umumnya media memainkan peranan menyampaikan pelaporan dengan mengambil kira aspek-aspek kemasyarakatan, sebagai contoh etika kewartawanan dalam melaporkan tentang kanak-kanak dalam sesuatu kes jenayah, kita tidak boleh dengan begitu sewenang-wenangnya memaparkan wajah mereka," katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Lembah Pantai di IWK Eco Park di Kuala Lumpur, malam tadi.

Fahmi berkata pada hari isu perceraian pasangan itu dilaporkan, dia dapati lima daripada tujuh hingga lapan surat khabar yang beliau langgan setiap hari, memaparkan berita sensasi itu pada muka hadapan.

Sehubungan itu, dia menasihati pengamal media agar melakukan pelaporan dengan lebih beretika demi Malaysia yang lebih baik kerana respons masyarakat terhadap sesuatu isu juga bergantung kepada pelaporan media.

Jais menerusi khutbah Jumaat bertajuk “Kukuhkan Ikatan Perkahwinan, Elakkan Penceraian” menegur media agar menghormati privasi pasangan selebriti berkenaan susulan penularan berita yang meluas tentang perceraian mereka.

Menurut khutbah itu, perceraian bukanlah sesuatu yang harus digembar-gemburkan kerana ia merupakan satu pengalaman yang sangat peribadi, pahit dan menyakitkan.

Oleh itu, media seharusnya berperanan dalam membina masyarakat yang positif dan sihat, bukan memburukkan keadaan.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Bagus dah teguran dalam Khutbah Jumaat tu
Cuma sudut pandangan media
Masa ni mereka berlumba-lumba kaut keuntungan dengan berita sensasi
Terpulang kepada masing² nak turut sama dalam berita sensasi atau biarkan lah mereka selesaikan sendiri
Fokus kepada perkara lebih penting dalam kehidupan
 
Sponsored Post

tengok bab fazura ngan fattah nie

masa kawan bercinta famous viral

masa kahwin pun famous

masa cerai pun famous juga

saya bukan sokong sapa sapa

bagi saya Fazura macam kakak saya Fazura lagi tua pada saya

Fattah amin ibarat adik saya

Dua dua saya suka

cuma dah tak ada sefahaman

doakan diorang terus bersinar dalam dunia artis selebriti nie

Walaupun perit nak cerai

tapi kalau tue jalan terbaik baik ambik dari kahwin dok merana diri

YAng kahwin tue

Jangan lupa duit raya anak duit raya bini

Jangan lupa nafkah zahir batin isteri
 
tengok bab fazura ngan fattah nie

masa kawan bercinta famous viral

masa kahwin pun famous

masa cerai pun famous juga

saya bukan sokong sapa sapa

bagi saya Fazura macam kakak saya Fazura lagi tua pada saya

Fattah amin ibarat adik saya

Dua dua saya suka

cuma dah tak ada sefahaman

doakan diorang terus bersinar dalam dunia artis selebriti nie

Walaupun perit nak cerai

tapi kalau tue jalan terbaik baik ambik dari kahwin dok merana diri

YAng kahwin tue

Jangan lupa duit raya anak duit raya bini

Jangan lupa nafkah zahir batin isteri

Hey guys

Look who's back
 
tengok bab fazura ngan fattah nie

masa kawan bercinta famous viral

masa kahwin pun famous

masa cerai pun famous juga

saya bukan sokong sapa sapa

bagi saya Fazura macam kakak saya Fazura lagi tua pada saya

Fattah amin ibarat adik saya

Dua dua saya suka

cuma dah tak ada sefahaman

doakan diorang terus bersinar dalam dunia artis selebriti nie

Walaupun perit nak cerai

tapi kalau tue jalan terbaik baik ambik dari kahwin dok merana diri

YAng kahwin tue

Jangan lupa duit raya anak duit raya bini

Jangan lupa nafkah zahir batin isteri
selamat kembali...pi mana..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register