BTC USD 62,529.3 Gold USD 4,341.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fazura dibebaskan

surfer957

Super Active Member
Messages
7,974
Joined
Mar 30, 2008
Messages
7,974
Reaction score
26
Points
70
hi_02.1.jpg


PAPA adalah antara orang yang paling gembira apabila mendapat tahu pelakon kegemaran Papa, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura akhirnya dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mencederakan seorang suri rumah di sebuah kelab malam, empat tahun lalu.

Tahniah Papa ucapkan kepada Fazura kerana akhirnya kemenangan berpihak juga kepadanya.

Apa yang buat Papa kagum dengan Fazura ialah dia percaya bahawa dia sentiasa berada di pihak yang benar lantas menjadikan dirinya langsung tidak gusar untuk berdepan dengan segala kesulitan.

Papa percaya semua yang berlaku ini ada hikmahnya dan apa yang Papa harapkan selepas ini agar Fazura lebih berhati-hati dalam apa sahaja yang ingin dilakukan.

Pastinya, Fazura sendiri enggan perkara yang sama berulang lagi sehingga dia terpaksa menanggung selama empat tahun turun naik mahkamah untuk mendapatkan pembelaan.

Untungnya Fazura kerana ketika dia susah, dia mendapat sokongan moral yang tidak berbelah bagi daripada keluarga dan rakan-rakannya.

Untuk Fazura, teruskan perjalanan anda dan jangan lagi menoleh ke belakang. Fokus kepada karier kerana anda seorang yang cukup berbakat.

Papa pun tidak sabar lagi mahu menunggu filem Pisau Cukur. Apatah lagi filem berkenaan turut dilakonkan oleh Maya Karin dan diarahkan pula oleh Bernard Chauly yang Papa kagum dengan hasil kerjanya.

Papa juga harap filem Selamat Pagi Cinta yang menggandingkan Fazura bersama Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani akan meletup apabila ditayangkan pada 20 November kelak.

You go girl!
 
fuii..montokk...:)paid
 
ko pandang lain ke tis? bulan poser ni... dah, pegi tarawikh...
 
kiranya dia ni tak bersalah la kan.. ok latu...
 
ok la 2
dah lepas
lain kali jgn cr pasal ngan org
hahahhahahaha:p :p :p
 
haha dh la cari pasal kt disko..apa nk jd ngan pajura neh..
 
fazura nih kalau berlakon mesti x best.. hahahha!!
 
papa mana lak yg tulis artikel tuh??
papa ayam ker?
 
manis minah nie.....:p:p mcm cokolat...
 
Back
Top
Log in Register