BTC USD 36,538.2 Gold USD 1,798.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fazley Yaakob temui jalan buntu, MITI mohon maaf

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,509
Reaction score
2,574
Points
201

Fazley Yaakob temui jalan buntu, MITI mohon maaf​

FotoJet-4-18.jpg

  • Oleh ZULQARNAIN ABU HASSAN
  • 14 Jun 2021, 10:30 pm
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob, menemui jalan buntu selepas berjaya menghubungi wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berhubung untuk mendapatkan surat pengesahan bekerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pagi Isnin.
“Nampaknya masih jalan buntu. Kerana beliau (wakil) juga tak boleh buat apa-apa. Ini sebagai rujukan kita semua, bahawa orang @mitimalaysia sendiri tertekan dengan keadaan yang berlaku.
“Saya pasti mereka juga sedang berusaha. Cuma saya harap mereka juga kekal sabar dengan segala permohonan bantuan atau panduan apabila masih belum mendapat maklum balas.
“Kalau mereka di MITI tertekan, kami juga turut sama kerana harus patuh pada arahan polis perlu surat untuk bergerak. Tak apa, saya akan cuba lagi cara lain. Maaf kepada tuan tadi yang jadi tertekan dengan saya kerana mohon panduan. Saya yakin ramai lagi ada masalah yang sama kan?” ujarnya.
Menerusi hantaran tangkap layar perbualan antara wakil MITI dan penyanyi Asmara Ini di Instagram miliknya (IG), Fazley turut mengakui dimarahi dalam usaha mendapatkan maklum balas berkenaan surat kelulusan operasi syarikat.
“Ramai yang mencadangkan saya untuk berhubung menerusi emel atau WhatsApp kepada pihak yang berkenaan. Saya rasa ini bukan masalah saya seorang, tapi ramai lagi mereka di luar sana.
“Mula-mula saya dimarahi juga dan mungkin beliau masih marah pada saya. Tak apa, saya tak dedahkan siapa saya tadi, sekadar wakil syarikat,” tulisnya.
Pengusaha restoran SukaSucre Bistro itu turut meluahkan bahawa ramai pekerja lain yang senasib mengalami kekangan kerana tidak mempunyai “permit rentas”.
“Banyak kekeliruan tentang apa yang sepatutnya dilaksanakan. Yang menjadi mangsa adalah pekerja-pekerja syarikat yang tidak boleh pergi ke tempat kerja kerana tiada surat tertentu.
“Bila diminta memberi panduan, lain pihak lain nasihatnya. Hari ini saya sendiri yang cuba hubungi mereka,” luahnya.
Dalam perkongsian terbaharu, MITI tampil memohon maaf diatas kekeliruan yang timbul dan memaklumkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk memproses dan meluluskan sektor makanan.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register