- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 11,487
- Reaction score
- 2,008
- Points
- 201
PETALING JAYA – Pelakon Fatin Afeefa berang apabila mengetahui bekas suaminya, Adam Shahz membawa anak perempuan mereka menginap bersama seorang wanita yang juga merupakan bakal isterinya ketika bercuti baru-baru ini.
Pendedahan tersebut dikongsi pelakon Tentang Bulan itu menerusi rakaman sebuah panggilan video bersama anaknya, Ivy Herra Sophia yang berusia lima tahun dan dimuat naik dalam InstaStorynya malam tadi.
Menerusi InstaStory sama, Fatin juga memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp mempersoalkan bekas suaminya kerana membawa anak perempuan mereka tidur sebilik bersama wanita bukan muhrim (bakal isteri).
Dalam video tersebut, Ivy memberitahu bahawa dia berada di dalam sebuah bilik bersama bapanya, teman wanita Adam dikenali sebagai Candy dan seorang lagi individu yang dipanggil Abang Danial.
“Ivy tidur dengan daddy, aunty Candy dengan abang Danial,” kata anaknya menerusi satu panggilan video bersama Fatin.
Sementara itu, Fatin ketika dihubungi Kosmo! Online untuk mendapatkan pengesahan memberitahu video perbualan antara dia dengan anaknya telah cukup menceritakan segalanya.
“Dia (Adam) ada membalas WhatsApp saya tetapi tidak baiklah jika hendak berkongsi semua perbualan tersebut.
“Video anak saya sudah cukup menjelaskan semuanya,” kata Fatin.
Lebih mengejutkan, pelakon berusia 26 tahun itu turut mendedahkan selepas dia dan Adam berpisah pada 2017, lelaki itu langsung tidak pernah memberi nafkah kepada anak mereka.
Fatin bagaimanapun enggan memberikan komen ketika diminta penjelasan sama ada tindakan Adam membawa anak perempuannya cuti bersama adalah untuk menutup kesalahan dia tidur sebilik dengan wanita bukan muhrim.
“Entahlah. Saya tidak tahu,” katanya.
Menjengah semua InstaStory pelakon tersebut, Fatin didapati telah memadam perkongsian yang dimuat naik malam tadi dan menulis hantaran baharu dengan menjelaskan bahawa dia tidak sepatutnya berkongsi isu tersebut dalam media sosial.
“Saya sepatutnya simpan semuanya untuk diri sendiri seperti yang saya lakukan sejak empat tahun lalu. Tetapi disebabkan saya simpan semuanya dalam tempoh yang lama, saya sudah tidak tahan lebih-lebih lagi melibatkan anak.
“Saya padam tetapi tidak bermakna saya okey. Saya tidak pernah okey dengan perkara ini,” katanya.
Terdahulu Fatin dan Adam mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 namun berpisah pada 2017. -K!ONLINE