BTC USD 99,500.9 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fasha Sandha Sanggup ‘Terbang’ Ke Bali Demi Luna Maya - “Dia Selalu Cakap Entah Bila Nak Kahwin Tapi…”

kakigossip

Fun Poster
Messages
673
Joined
Apr 21, 2011
Messages
673
Reaction score
23
Points
15
astrogempak_fasha_luna_kahwin.png


Fasha Sandha Sanggup ‘Terbang’ Ke Bali Demi Luna Maya - “Dia Selalu Cakap Entah Bila Nak Kahwin Tapi…”

Demi sahabat baik, pelakon Fasha Sandha sanggup terbang ke Bali, Indonesia untuk meraikan majlis bahagia aktres terkenal Indonesia iaitu Luna Maya dengan pasangannya, Maxime Bouttier. Luah rasa syukur

Sudah berkawan sejak lebih 20 tahun, Fasha meluahkan rasa syukur apabila Luna akhirnya bertemu jodoh dan berkahwin seperti yang diimpikan.

“Sejak 2001, tak selalu jumpa sebab dah lama tak pergi Jakarta dan dia pun tak datang KL. Tapi selalu berhubung. Gembira dia ingat kita untuk majlis bahagianya."

“Dia selalu cakap entah bila dia nak kahwin, tapi Alhamdulillah jodoh rahsia Allah,” kongsinya. Anak-anak nak ikut

Gembira dapat hadir ke majlis perkahwinan Luna, Fasha memberitahu anak-anak mahu mengikutinya ke Indonesia namun masa tidak bersesuaian.

“Paling penting, saya bangga dapat jadi sebahagian daripada hari bahagianya. Semua majlis dia jemput, nikah, sanding dan semua. Tapi masa hanya mengizinkan ke makan malam pukul 6.30 petang."

“Ini pun jenuh pujuk anak-anak semua merengek nak ikut, mana boleh. Sekolah tak boleh ponteng,” katanya. Doa cahaya mata

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini turut mengajak semua orang mendoakan agar Luna dikurniakan cahaya mata dengan cepat.

“Join pengikut tolong doakan cepat-cepat Luna dapat baby. Dia cakap itu impian dia lepas ini, langsung nak cepat hamil. Amin,” katanya.

Dengan sekali lafaz, Luna Maya akhirnya bergelar isteri kepada Maxime Bouttier pada pukul 5 petang waktu tempatan pada Rabu.

Pasangan selebriti itu melangsungkan perkahwinan dalam acara tertutup di Ubud, Bali, Indonesia.

==============================

Amboi Fasha, sanggup fly Bali utk Luna. Kawan punya pasal, semua benda boleh kan. Admire lah persahabatan dorang ni, jelas tak gambar fake2 kat IG je. Anak-anak pun pandai demand nak join trip. 🤭

 
Back
Top
Log in Register