BTC USD 63,342.2 Gold USD 1,746.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Fasa 1 Vaksin 26 Feb, Fasa Ke 2 Bermula 19 April, 2 Dos Syarat Rentas Negeri

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 70 67.3%
  • Tidak Setuju

    Votes: 18 17.3%
  • Neutral

    Votes: 16 15.4%

  • Total voters
    104
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,083
Reaction score
12,469
Points
2,376
Btw, saya ada 4 atau 5 risiko comorbid. Mmg dlm golongan berisiko tinggi. Buat masa sekarang xde kesan sgt. Tggu tgk 24 hours dulu.

banyak jugak risiko tuan ni
tapi stakat ni ok lagi
moga2 ok la hendak nya
amin
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Sekarang dah lebih 5 jam cucuk vaksin Covid 19. Sakit sikit tmpt cucuk. Maybe sb teknik cucuk jururawat tu kot. Lps cucuk x sakit tp lps bgn tido ni ada rasa sikit. Atau mungkin tdo td, tertido atas bahu yg misi cucuk.:cautious: Semua ok. Takde apa. Br bgn tdo lps tdo td pkl 11 pagi. Mlm td kerja dari pukul 10 mlm berseorangan, tak tdo. Siap je on call 8.10 pg, terus lancar ke Pusat Pemberian Vaksin utk temujanji pkl 8.30 pg. 8.53 pg dah siap vaksin. kena tunggu 30 minit untuk pemantauan. 9.27 pg terus turbo utk blk rumah. Pukul 2 ptg td dah terpacak semula kat opis.


terbaik tn pedang_setiawan, nice update :)
keep on updating us..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
“Kenapa tidak boleh memilih vaksin? Saya berhak untuk memilih. Kenapa halang hak kami?”
#sinarplus #dominasigayahidup #vaksin #covid19

Kenapa Tak Boleh Pilih Jenis Vaksin? Ini Apa Yang Perlu Kita Tahu
1-3.png



March 3, 2021

Oleh Faizul Hakimi

SEPERTI diketahui umum, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pendaftaran untuk vaksin Covid-19 telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera dan beberapa kaedah lain.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata, selaras itu, orang ramai kini boleh mengemukakan permohonan masing-masing dan segera mendapatkan suntikan dos pertama seperti apa yang telah dijadualkan.


Namun, persoalan yang kini timbul dalam kalangan orang ramai adalah mengenai jenis vaksin yang diterima tidak boleh dipilih.
“Kenapa tidak boleh memilih vaksin? Saya berhak untuk memilih. Kenapa halang hak kami?” Begitulah kini tanggapan sesetengah pihak yang ingin mendapatkan kepastian.

Bagi menjawab segala persoalan orang ramai, Public Health Malaysia melalui laman Facebook rasmi mereka tampil berkongsi apa yang orang ramai perlu tahu mengenai jenis-jenis vaksin Covid-19 yang bakal mereka terima.
01-16.jpg

“Ya! Kami faham mengapa ada yang kata sedemikian. Kenapa tak boleh pilih vaksin? Sebab semua inginkan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
“Buat masa ini terdapat satu sahaja jenis vaksin di Malaysia. Namun ianya tidak cukup. Kita juga membeli vaksin dari syarikat lain agar program vaksinasi kita dapat berjalan dengan lancar dan pantas.
“Satu vaksin yang telah diluluskan dan ada 4 lagi vaksin yang sedang dikaji oleh NPRA untuk kelulusan. Oleh sebab itu, semua rakyat pada fasa permulaan ini akan dapat vaksin jenis yang sama,” jelas kenyataan Public Health Malaysia di Facebook.
Namun, bagaimana pula jika vaksin lain diluluskan oleh NPRA? Pastinya ramai yang mohon untuk dapatkan brand tertentu.



Logistik merupakan kekangan utama yang dihadapi jika pemilihan vaksin dibenarkan. Cuba bayangkan jika seorang dalam keluarga memilih vaksin jenis pfizer, seorang lagi memilih jenis vaksin sinovac dan yang lain memilih astrazeneca. Pastinya pening anggota frontliner kita.

Polis pening nak escort vaksin Pfizer dari Hospital A, vaksin Russia di Hospital B, vaksin China di Hospital C. Betul tak?
155369924_2876013769355143_1103456876271430793_o.jpg

Jururawat juga pening nak ambil stok vaksin. Sebagai contoh vaksin diambil pula hanya diperlukan satu dos sahaja untuk kampung pisang. Baki dos tidak digunakan sehingga luput dan jadi pembaziran.

Sementara itu stok vaksin yang sampai di lapangan terbang adalah tidak dijangka. Ianya mungkin seminggu sekali, dua minggu sekali. Berbeza-beza mengikut syarikat.
“Kita sangat memerlukan vaksin dan perlu diberikan kepada 70 peratus penduduk di Malaysia secepat mungkin.
“Sebab kita sudah ketinggalan dengan negara lain dan perlu membuka sektor ekonomi secepat mungkin,” tambah kenyataan itu lagi.
Untuk pengetahuan semua NPRA adalah agensi kawalan ubat paling ketat di dunia. Badan ini mengawal ketat semua produk perubatan termasuklah produk-produk supplement seperti timbang kilo dan kosmetik.
Jika akan datang, kelulusan diberikan kepada vaksin tertentu, percayalah, ianya selamat dan berkesan untuk pandemik ini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Menurut ketua Pusat Galen untuk Kesihatan dan Dasar Sosial, bekalan vaksin untuk orang awam tidak boleh diberikan kepada sektor swasta untuk dijual.

Vaksinasi swasta tidak boleh ‘korbankan’ dos bagi orang awam, kata badan pemikir




March 3, 2021 1:02 PM


FMT-VACCINE-VAKSIN-COVID19-013.jpg

Bekalan vaksin untuk orang awam tidak boleh diberikan kepada sektor swasta untuk dijual, kata CEO Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib.

PETALING JAYA: Ketua badan pemikir tempatan menekankan bahawa sebarang rancangan untuk membenarkan hospital swasta membeli bekalan vaksin Covid-19 mereka sendiri dan mengagihkannya tidak boleh mengancam kelangsungan program imunisasi kerajaan.

Ketua pegawai eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata, langkah membenarkan hospital swasta mendapatkan dan mengagihkan vaksin membolehkan orang ramai mendapatkannya sebelum Februari 2022 sekaligus mengecualikan mereka daripada senarai penerima vaksin awam tanpa kos kepada rakyat atau menjejaskan bekalan vaksin.

“Ini juga akan meningkatkan liputan program vaksinasi kerajaan sedia ada dan memastikan dos-dos vaksin diberikan kepada mereka yang paling memerlukan,” kata beliau kepada FMT.
“Pilihan swasta untuk pengambilan vaksin Covid-19 harus disediakan secepat mungkin. Namun, ia tidak boleh mengorbankan atau bersaing dengan program awam.


“Bekalan vaksin untuk orang awam tidak boleh diberikan kepada sektor swasta untuk dijual.”

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin sebelum ini memberitahu portal berita kesihatan CodeBlue bahawa walaupun tidak ada peruntukan segera untuk hospital swasta untuk membeli dan menjalankan program vaksinasi mereka sendiri, tetapi cadangan tersebut akan dipertimbangkan oleh kerajaan “nanti”.

Dalam kenyataan semalam, Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berharap agar hospital swasta diberi peluang untuk mendapatkan vaksin daripada pelbagai sumber setelah mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Dengan menyatakan bahawa tempoh menjelang tarikh akhir Februari “sangat panjang dan tidak dapat diterima”, APHM berkata, hospital swasta dapat digerakkan dengan cepat untuk melengkapkan usaha kerajaan memastikan majoriti populasi divaksinasi dalam tempoh sesingkat mungkin untuk membantu mencapai imuniti kelompok.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Subramaniam Muniandy bersetuju dengan cadangan itu dan meminta kerajaan menelitinya kerana bagi beliau, kecepatan pemberian vaksin adalah “sangat penting”.

Beliau menganggarkan bahawa 270,000 orang akan menerima vaksin sehari sekiranya 9,000 fasiliti mampu memberi vaksin kepada 30 orang sehari.

Subramaniam menyatakan bahawa vaksinasi di fasiliti swasta akan membolehkan mereka yang mampu untuk membayar kosnya tanpa membebankan kerajaan.

Ini sangat berguna untuk mereka yang perlu membuat perjalanan, yang merancang untuk belajar di luar negara dan syarikat-syarikat yang mungkin mahu membiayai vaksinasi kakitangan mereka yang berurusan dengan orang ramai, tambah beliau.

“Ini juga akan membolehkan kerajaan menumpukan perhatian kepada kumpulan yang lebih besar untuk divaksinasi,” kata beliau dalam kenyataan.

“Sektor swasta bersedia untuk mengumpulkan perolehan (vaksin), dengan beberapa kerajaan negeri juga berminat, dan menurunkan kos kepada harga yang disarankan.

“Objektifnya yang utama adalah mencapai seramai mungkin (penerima vaksin) secepat mungkin agar ekonomi negara dapat pulih lebih cepat.”

Antara mereka yang mempunyai pandangan berbeza ialah Dr Khor Swee Kheng, pakar sistem dan dasar kesihatan, yang memberi amaran bahawa membuka pasaran swasta untuk vaksin akan meningkatkan ketidaksamaan.

“Setiap dos untuk orang kaya bererti kurang satu dos untuk doktor dan jururawat di barisan hadapan,” kata beliau di Twitter.

Khor juga berkata “kecepatan mencapai imuniti kelompok” tidak bergantung kepada bilangan pemberi vaksin atau jumlah kerjasama awam-swasta. Sebaliknya, ia lebih bergantung kepada bekalan vaksin dan keyakinan masyarakat terhadapnya.

Walaupun beliau menyokong pembukaan pasaran swasta untuk vaksin, Khor mencadangkan dua syarat untuk masa yang sesuai membuka pasaran tersebut.

Selain memastikan tiga atau lebih vaksin diluluskan oleh NPRA, beliau ingin melihat Malaysia melengkapkan fasa pertama dan kedua vaksinasi dahulu – untuk petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi – sebelum membenarkan fasiliti swasta mula mengagihkan vaksin.

“Menunggu hingga Ogos akan memastikan kita memberikan dos pertama kepada golongan yang rentan dan memastikan persaingan vaksin yang cukup supaya harga akan menjadi rendah apabila hospital swasta akhirnya dibenarkan menjualnya,” kata beliau.

“Tidak perlu terburu-buru untuk membuka pasaran swasta sekarang. Mari kita bantu memperkuatkan program vaksinasi kerajaan terlebih dahulu.”


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Noor Hisham Abdullah



4m ·

Perkembangan terkini setakat 3 March 2021 laporan harian pemberian dos pertama vaksin Covid-19 mengikut negeri.
Lindung diri, lindung semua

1614822507088.png

1614822515263.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register