BTC USD 63,081.9 Gold USD 1,745.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Fasa 1 Vaksin 26 Feb, Fasa Ke 2 Bermula 19 April, 2 Dos Syarat Rentas Negeri

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 70 67.3%
  • Tidak Setuju

    Votes: 18 17.3%
  • Neutral

    Votes: 16 15.4%

  • Total voters
    104
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Kumpulan pertama vaksin Astrazeneca dijangka tiba suku kedua tahun ini

KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama penghantaran vaksin COVID-19 AstraZeneca ke Malaysia dijangka tiba pada suku kedua tahun ini, demikian menurut sebuah syarikat farmaseutikal.

Presiden AstraZeneca bagi Malaysia, Dr Sanjeev Panchal, berkata syarikat itu akan terus memenuhi komitmennya dalam menyediakan akses yang meluas dan saksama tanpa keuntungan.

"Kami menjalin kerjasama rapat dengan Kerajaan Malaysia untuk membantu membendung pandemik itu bagi membolehkan rakyat kembali hidup seperti biasa dan membuka laluan ke arah pemulihan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Vaksin COVID-19 AstraZeneca (AZD1222) diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat di Malaysia oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi imunisasi aktif individu berusia 18 tahun dan ke atas bagi mencegah COVID-19.

Dr Sanjeev berkata, kelulusan itu menandakan satu lagi pencapaian penting susulan perjanjian bersejarah dengan kerajaan Malaysia bagi membekalkan sejumlah 6.4 juta dos Vaksin COVID-19 AstraZeneca kepada jutaan rakyat di negara ini.

Beliau berkata, kelulusan itu diberikan berdasarkan penyerahan yang merangkumi keputusan analisis interim program Fasa 3 yang dikendalikan Universiti Oxford dan diterbitkan dalam The Lancet pada 8 Disember tahun lalu.

Katanya, kebenaran Malaysia adalah bagi dua regimen dos standard vaksin COVID-19 AstraZeneca yang menunjukkan ujian klinikal mampu bertoleransi dan berkesan dalam mencegah gejala COVID-19 tanpa kes teruk dan dimasukkan ke hospital melebihi tempoh 14 hari selepas dos kedua.

"Hari ini adalah hari yang kita nanti-nantikan. Pendaftaran bersyarat ini akan memberikan akses untuk jutaan rakyat Malaysia kepada vaksin AstraZeneca yang berkesan, bertoleransi dan mudah digunakan sebaik sahaja bekalan boleh didapati," katanya.

Dr Sanjeev berkata, ujian klinikal mendapati ia adalah seratus peratus melindungi daripada penyakit yang teruk, dimasukkan ke hospital serta kematian, lebih 22 hari selepas pengambilan dos pertama yang menyaksikan setiap dos vaksin mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 76 peratus terhadap gejala COVID-19 dalam tempoh 90 hari pertama selepas vaksinasi.

Beliau berkata, keberkesanan vaksin selepas pengambilan dos kedua lebih tinggi dalam tempoh lebih lama, mencapai 81.3 peratus dengan pengambilan dos selang 12 minggu atau lebih, dan penyelidikan turut menunjukkan bahawa ia mengurangkan jangkitan virus itu sebanyak 67 peratus.

"Vaksin itu boleh disimpan, diangkut dan ditangani dalam keadaan suhu sejuk yang biasa (dua hingga lapan darjah Celsius/36 hingga 46 darjah Fahrenheit) bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan. Ia juga senang digunakan dalam keadaan penjagaan kesihatan yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata, vaksin itu telah mendapat kebenaran untuk digunakan di negara-negara Kesatuan Eropah, United Kingdom, Argentina, Republik Dominika, El Salvador, Mexico, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Bahrain, Oman, Mesir, Algeria, Maghribi dan benua Asia seperti India, Taiwan, Filipina, Thailand dan Vietnam.– BERNAMA
 

fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
2,061
Reaction score
231
Points
43
KJ tawar diri ambil suntikan vaksin selain Pfizer

kjbrgbaik_1614399550.jpg



KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, mengakui wujud tanggapan sinis masyarakat bahawa orang kenamaan dan barisan hadapan kononnya mengambil vaksin yang baik iaitu Pfizer.


Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata, tanggapan sinis sedemikian wujud sejak beberapa hari lalu apabila bekalan vaksin pertama dari Amerika Syarikat (AS) itu tiba di Malaysia.


Sehubungan itu, beliau mengambil pendirian berbeza, dengan menawarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin, selain Pfizer bagi mengukuhkan keyakinan masyarakat terhadap setiap keberkesanan pelalian yang diluluskan.


"Saya sedar mengenai pandangan dan pendapat rakyat apabila Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kita, Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), Menteri Besar serta petugas barisan hadapan mula terima vaksin Pfizer.


"Mereka mula yakin Pfizer kerana tiada kesan sampingan direkodkan sehingga kini, tetapi rakyat kata, memanglah, sebab ambil barang baik.


"Justeru, saya buat keputusan untuk tidak ambil suntikan Pfizer kerana sudah terbukti selamat dan berkesan, sebaliknya biarlah ada dalam barisan Jemaah Menteri yang dapat vaksin lain.

"Maka, saya akan mendapatkan vaksin seterusnya yang diluluskan Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA), sama ada Sputnik, AstraZeneca atau Sinovac, saya akan ambil," katanya pada sidang media sempena penghantaran Sinovac, hari ini.

baca selanjutnya di https://www.bharian.com.my/berita/n...awar-diri-ambil-suntikan-vaksin-selain-pfizer

kredit : Berita Harian
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,073
Reaction score
12,468
Points
2,376
photo_2021-03-03_10-39-29.jpg

Menteri Penyelaras Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan @khairykj, jumlah itu dicapai sehingga 11.59 malam Selasa.

Sarawak mencatat jumlah tertinggi iaitu 9,737 diikuti Perak 5,714 dan Pahang 5,696.

#HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Baca lanjut di: http://bit.ly/AWANI20
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
1614743500488.png


Keselamatan vaksin terjamin, kesan sampingan minimum - Pakar


Diterbitkan 3 Mar 2021, 9:56 am

A+A-
Setelah lebih setahun berperang dengan wabak Covid-19, akhirnya vaksin yang menjadi sinar harapan dalam menangani pandemik itu akhirnya tiba di bumi Malaysia pada 21 Februari lepas.

Tanggal 24 Februari pula menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya.

Antara yang turut terawal menerima vaksinasi ialah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Di samping rakyat Malaysia yang gembira dengan Program tersebut, kebanyakan pemain industri juga turut menarik nafas lega kerana mereka yakin ianya dapat memulihkan ekonomi negara ini dan seterusnya mampu mengembalikan kehidupan seperti sediakala.

Malaysia memperoleh 66.7 juta dos vaksin Covid-19 melalui Fasiliti Covax daripada lima pengeluar. Vaksin berkenaan ialah Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBIO dan Sputnik V.

1e5fcc1f3a90db1e798781bea21f739a.jpg


Semua yang layak menerima vaksinasi digalakkan untuk mendaftar dan harapan ini turut disuarakan oleh Perdana Menteri sendiri kerana ia penting untuk memastikan Malaysia mencapai sasaran membentuk imuniti berkelompok.

Namun, berdasarkan data kajian 'Covid-19 World Symptom Survey' yang dikendali Facebook dan University of Maryland, Amerika Syarikat, kadar responden dari Malaysia yang sanggup divaksinasi adalah 74.39 peratus setakat 6 Feb lalu.

Kira-kira 20 peratus rakyat Malaysia pula dilihat masih ragu-ragu dan berpendirian atas pagar sama ada untuk menerima atau menolak suntikan vaksin Covid-19.

Ujian klinikal sebelum lulus
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang berkata kegusaran dalam kalangan masyarakat perlu ditangani segera dengan memberi maklumat secara berterusan supaya dapat memupuk pemahaman mengenai kepentingan vaksin Covid-19.

Menurut beliau, kerajaan sudah menyediakan pelbagai platform untuk mendidik dan memberi maklumat sahih kepada orang ramai tentang vaksin bagi menyakinkan mereka bahawa ia selamat dan tidak memudaratkan kesihatan mereka.

"Buku panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, portal-portal rasmi serta maklumat daripada kementerian dan agensi berkaitan merupakan platform terbaik untuk rujukan tentang vaksin," katanya ketika menjadi panel Program Webinar 'Mengapa, Kenapa dan Keperluan Vaksinasi Covid-19', baru-baru ini.

Beliau menambah, faktor lain yang menjadi kegusaran rakyat ketika ini ialah aspek keselamatan, kualiti dan keberkesanannya, selain status halal terhadap vaksin itu.

"Namun, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) menjalankan ujian serta penyelidikan dengan rapi, sebelum memberi kelulusan, begitu juga dengan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengesahkan vaksin adalah halal.

"Keberkesanan setiap jenama vaksin adalah berbeza dan masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan bagi kegunaan dalam keadaan tertentu. Semuanya perlu didaftarkan di bawah NPRA terlebih dahulu.

"Tidak semudah itu NPRA menerima apa-apa vaksin masuk ke dalam negara, walaupun vaksin sudah diluluskan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom, namun apabila mahu masuk ke Malaysia, ia tidak semestinya akan diluluskan serta-merta tanpa menjalankan penyelidikan terlebih dahulu," tegasnya.

3a3ae996056cd281d9ca7ab81ab36bb2.jpg


Pakar Ortopedik, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Dr Muhamad Aizat Mohamed Saat pula berkata, bukan semua penerima vaksin akan menunjukkan kesan sampingan dan jika ada pun, ia adalah minimum.

"Mereka tidak perlu risau kerana selepas menerima vaksin, setiap penerima akan dipantau rapi menerusi aplikasi MySejahtera dan kerajaan turut menubuhkan satu jawatankuasa pakar khas yang bertanggungjawab meneliti kesan sampingan selepas divaksin.

"Namun demikian, jika mereka mempunyai sebarang alahan terhadap vaksin ataupun sedang dalam 'medication', mereka disarankan untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan vaksin," katanya.

Beliau menambah, kesan sampingan yang dialami ini adalah seperti tanda-tanda seseorang mendapat jangkitan selesema. Namun, ia akan menghilang dalam tempoh beberapa hari selepas disuntik dan ia hanyalah kesan sampingan yang bersifat ringan.

"Sebenarnya, kesan sampingan yang dialami ini adalah tanda bahawa tubuh badan anda sedang bertindak balas selepas menerima suntikan vaksin dan menunjukkan bahawa sistem imun anda berfungsi dengan baik," katanya.

Menurut Dr Muhammad Aizat, bagi penghidap penyakit tidak menular (NCD) seperti kencing manis dan darah tinggi, mereka juga tidak perlu risau terhadap kandungan vaksin yang mungkin menjejaskan kandungan gula dalam darah dan tekanan darah.

"Kandungan gula dan garam dalam vaksin itu sangatlah minimum dan ia adalah perlu dalam vaksin bagi mengekalkan kandungan dalam vaksin tersebut, ia tidak akan meningkatkan kandungan gula dan garam dalam tekanan darah mereka apabila divaksinasi," jelasnya.


Pantau rapi golongan berisiko tinggi
Pengerusi Pusat Dialisis Lestari, Koperasi Warga USM Kelantan Berhad, Prof. Madya Dr Mohamed Saat Ismail berkata memandangkan pesakit mereka adalah golongan berisiko tinggi, pihaknya akan memastikan mereka mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mendapatkan vaksin.

"Pemantauan rapi harus dilakukan sekiranya mereka dibenarkan untuk mendapatkan vaksin kerana pada masa yang sama mereka juga turut mengambil ubat-ubatan dan menjalankan rawatan dialisis, selain kesan-kesan sampingan selepas vaksin.

"Selain itu, kami juga turut akan memberi penerangan tentang kepentingan vaksin Covid-19 bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan berisiko itu," katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Homage (care service provider for elderly), PC Gan berkata, pihaknya bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan terutamanya kepada warga emas yang berada di rumah.

10c5b816acbaf782cd4adee9fc67e0ec.jpg


Menurut beliau, bukan semua warga emas yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi Covid-19 mempunyai gajet untuk membantu pemantauan rapi selepas mereka menerima vaksin.

Justeru, penjaga turut memainkan peranan penting dalam membantu memantau keadaan mereka seperti reaksi kepada vaksin berkenaan serta gejala selepas vaksinasi.

Beliau berkata, 'Home Nurse' serta penjaga perlu mengetahui langkah yang perlu diambil jika warga emas yang diberi 'lampu hijau' oleh doktor yang merawat mereka untuk mengambil vaksin, menunjukkan gejala selepas vaksinasi.

"Dalam aplikasi 'MySejahtera', seboleh-bolehnya wujudkan platform untuk 'home nurse' dan penjaga untuk mengemaskini maklumat warga emas yang telah divaksin bagi memudahkan KKM memperolehi data dan memberikan bantuan perubatan sekiranya menunjukkan gejala," katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa, tidak dapat dinafikan ada juga dalam kalangan warga emas yang risau terhadap kesan sampingan vaksin itu.

Oleh yang demikian, katanya, penjaga juga bertanggungjawab untuk mendidik mereka terhadap kesedaran pengambilan vaksin dengan menunjukkan testimonial dan maklum balas positif dari negara yang telah menerima vaksin.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan secara berperingkat terbahagi kepada tiga fasa, dan akan memberi manfaat kepada 80 peratus atau 26.5 juta rakyat Malaysia di mana vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma.

Fasa pertama (Februari-April 2021) melibatkan Kumpulan utama 1, petugas barisan hadapan, merangkumi pertugas kesihatan kerajaan dan swasta; dan Kumpulan utama 2, petugas barisan hadapan yang merangkumi perkhidmatan penting dan pertahanan. Kedua-dua kumpulan ini melibatkan anggaran 500,000 orang.

Fasa kedua (April hingga Ogos 2021) pula dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan utama 1 melibatkan baki kakitangan penjaga kesihatan serta perkhidmatan penting dan pertahanan; Kumpulan utama 2 terdiri daripada warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik seperti jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi dan orang kelainan upaya (OKU).
Kumpulan ini melibatkan sekitar 9.4 juta orang.

Fasa ketiga (Mei 2021 hingga Februari 2022) melibatkan penduduk berumur 18 tahun ke atas (warganegara dan bukan warganegara).

Keutamaan diberikan kepada zon merah, zon kuning dan kemudian zon hijau. Anggaran sasaran 13.7 juta orang/lebih.
- Bernama (Disunting oleh Melati Mohd Ariff)


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Lebih banyak hospital swasta akan dilibatkan dalam program imunisasi Covid-19, kata Khairy

March 3, 2021 10:43 AM

Khairy-Jamaluddin-MOSTI-Vaccine-050121-FMT-6.jpg

Ada hospital swasta sudah pun digunakan sebagai pusat vaksinasi untuk petugas kesihatan dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Khairy Jamaluddin, menteri penyelaras program tersebut.

PETALING JAYA: Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, memberi jaminan akan melibatkan lebih banyak hospital swasta dalam program tersebut, khususnya dalam fasa kedua dan ketiga.

“Hospital swasta seperti (Hospital) Pantai sudah digunakan sebagai pusat vaksinasi untuk petugas kesihatan dalam fasa pertama. Kami akan libatkan lebih banyak hospital swasta untuk fasa kedua dan ketiga seperti yang saya umumkan sebelum ini.

“75,000 hingga 150,000 suntikan (vaksin Covid-19) sehari adalah untuk fasa-fasa berikutnya,” kata beliau di Twitter.

Khairy menjawab kenyataan Jawatankuasa Vaksinasi Covid-19 Pakatan Harapan (PH) semalam yang menggesa kerajaan untuk mempertimbang kerjasama dengan sektor swasta dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan supaya negara boleh mencapai imuniti kelompok 80% lebih cepat.



Fasa pertama program tersebut kini sedang berlangsung, manakala fasa kedua akan berlangsung dari April hingga Ogos melibatkan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, selain orang kelainan upaya.

Fasa ketiga dijadualkan dari Mei hingga Februari 2022 untuk kumpulan berusia 18 tahun dan ke atas.

Sebelum ini, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi dilaporkan berkata, tidak ada peruntukan segera bagi hospital swasta untuk membeli dan menjalankan program vaksinasi mereka sendiri.
“Tiada juga bekalan untuk hospital swasta ketika ini. Tetapi, kami akan mempertimbangkannya nanti,” kata beliau.

 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,362
Reaction score
1,101
Points
156
Malar Santhi Santherasegapan

21j ·
Ramai rasa vaksin Pfizer lebih baik daripada Sinovac. Kenapa? Sbb itu adalah sebahagian dari penjajahan yg masih ada dlm minda kita.

Kalau Omputih mesti bagus. Kalau Omputih, mesti berkualiti. Kalau cakap Omputih berhabuk, mesti orang tu pandai.

Sape cakap grammar terabur, mesti bodoh. Sape cakap English pronunciation tak bagus, mesti bangang.

Percayalah, ini saki baki penjajahan Omputih terhadap kita.

Kalau anda boleh berlapang dada, dan membuka minda, saya nak share ilmu sikit. View attachment 348188

Hakikatnya, kadar keberkesanan Pfizer 95%, manakala Sinovac 91%.

Keberkesanan Sinovac sekitar 50.4% di Brazil ketika kes baru di sana lebih kurang 20,000-30,000 sehari. Brazil juga diserang strain mutasi B.1.351 ketika kajian klinikal dijalankan.

Rumusan nya adalah, 85 daripada 4953 sukarelawan yang divaksin dijangkiti COVID19 dengan gejala ringan.

Dan 168 daripada 4870 sukarelawan yang tidak divaksin, dapat jangkitan COVID19 dengan gejala ringan sehingga kritikal.

Nampak tak? Kumpulan yang divaksin ternyata LEBIH terlindung daripada jangkitan COVID19, dan immunity dari vaksin mengurangkan risiko jangkitan COVID19 yang kritikal.

***Pfizer tak buat kajian klinikal Fasa ketiga ke lokasi yg sama, jadi tak dapat nak bandingkan kadar keberkesanan Pfizer dalam situasi wabak yang teruk sebegitu, dengan kehadiran strain mutated.

Saya dah bagi fakta.

Tuan tuan fikir lah sendiri. View attachment 348189

Saya doakan kalian diberi petunjuk untuk buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang sekeliling. View attachment 348190View attachment 348188View attachment 348190

Semoga urusan kita semua dipermudahkanNya. View attachment 348191View attachment 348192View attachment 348191View attachment 348192
#celotehdrmalar
#LindungiDiriLindungiSemua

View attachment 348186
View attachment 348187
Pada yang malas membaca, takkan mereka nak tengok graph statistics ni.
Mereka lebih suka memciduk dari fb dan insta.
Lepas tu berlagak terror macam belajar medic 7 tahun.
Dan keluar tohmahan rakyat marhean dapat vaksin cap ayam.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Rusyainie Ramli

26m ·

Alhamdulillah.
Selesai suntikan pertama vaksin COVID-19 jenis Comirnaty dari Pfizer BioNTech hari ini bersama dengan Mej (Dr)
Siti Nur Liyana
, Kapt (Dr) Tunku
Sherin Reina
dan sebahagian 813 RSAT KD SULTAN ISMAIL. Besok, baki staf saya akan mendapat suntikan mereka.

Setakat ni saya tetap Ninie selepas lebih sejam disuntik. Belum bertukar menjadi X-Men. Tapi tulah, saya berharap menjadi Jean Gray.

Saya adalah pesakit bronchial asthma yang dalam rawatan ubat dengan Pakar Perubatan 95 HAT Tuanku Mizan. Dan saya juga terlibat secara langsung dalam mengendalikan COVID-19. Sebab tulah saya mesti melindungi diri saya dari dijangkiti SARS-CoV-2.

Walaupun saya mempunyai alahan terhadap sejenis kumpulan ubat, saya tetap mengambil suntikan vaksin COVID-19 dan setelah cukup 30 minit dipantau, saya tak ada sebarang reaksi yang tak diingini.

Video saya disuntik tu tak menutup aurat sebab tu tak boleh dikongsi. Kang jadi berita sensasi pula kan. Hish.

1614748186148.png

1614748194308.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Sakinah Sulong

28m ·

Alhamdulillah,

My brother pun dah selamat terima vaksin.

Kerjanya sebagai sebahagian FL di hospital memasukkan beliau dalam Fasa Pertama pemberian vaksin.

Menarik baca celoteh beliau.

Saya cakap kat dia nampak hensem dalam gambar ni, mungkin sebab AEFI la tu kan
1f609.png


#LindungDiriLindungSemua


Ahmad Ayin Sulong

16j ·

Got my 1st dose!
Alhamdulillah, rezeki saya.
Saya doakan keluarga, saudara mara dan rakan serta yang membaca posting ini juga dipermudahkan dan dipercepatkan urusan untuk mendapat suntikan vaksin.
Dan yang paling utama, para frontliners, secondliners, backliners dan semua liner lain.
.
Jika ditanya....
.
"Betul ke vaksin ni berkesan mencegah Covid-19?"
.
Vaksin yang saya amik ni, sudah melepasi kajian klinikal fasa 3. Bermaksud sudah diuji kepada berpuluh ribu orang serata dunia.
Daripada kajian ini, "vaccine efficacy" adalah 95%.
.
Maksudnya kat sini ialah ialah individu yang diberi vaksin ini, mempunyai 95% keberangkalian untuk TIDAK DAPAT Covid-19 berbanding individu yang tidak dicucuk vaksin.
.
Macam mana boleh dapat peratus tu?
Inilah hasil daripada kajian. Bukannya diri sendiri minum atau makan apa-apa, lepas tu war-war keputusan yang tak signifikan tu.
.
"Alaaa....95% je. Bukan 100% pun!"
.
Bukankah ini namanya ikhtiar.
Daripada tak buat apa-apa?
Daripada berikhtiar dengan benda yang tiada sandaran kajian yang berkualiti tetapi sekadar testimoni? (yang boleh direka)
.
Selebihnya, kita berdoa dan berserah pada Sang Penguasa.
USAHA(
terbaik

beserta ilmu), DOA kemudian TAWAKKAL.
.
.
.
"Tak takut ke dengan side effect?"
.
Pemberian vaksin hari ni adalah sudah di fasa ke-4. Sudah melepasi fasa ke 3 klinikal.
Statistik mereka yang mendapat side effect & AEFI(adverse effect following immunization) sudah dikumpulkan dan dianalisa.
.
Peratusan mereka yang mendapatnya, sangat rendah.
Yang dapat itu ada, tapi sangat tak ramai.
Jika ditakdirkan saya termasuk dalam peratus yang mendapat AEFI, insyaAllah saya (dan kamu) boleh buat aduan.
Boleh dibuat melalui applikasi MySejahtera. Data ini diperlukan untuk meningkatkan kualiti kajian sekarang.
.
Sudahlah peratusan yang mendapat AEFI sangat rendah, tahap severity (keseriusan) AEFI yang dilaporkan pun ringan.
Boleh didirawat dan bersifat sementara.
Melebihi risiko dan bahaya Covid-19.
.
Kalau ada orang yang kata Covid-19 ni tak bahaya, bagi saya orang ni tak pentingkan nyawa orang yang berumur, berisiko, berimuniti rendah dan juga berpenyakit kronik.
Satu lagi, suka PKP lama-lama, suka orang hilang pekerjaan, suka sektor ekonomi terjejas.
.
.
"Tapi, kesan sampingan jangka masa panjang tak tahu lagi kan?"
.
Betul...memang kita tak tahu pun.
Bagaimana nak tahu kalau kita tak diberi vaksin ini?
.
Dah ambil vaksin ni, kita tengoklah di masa akan datang. Buat masa sekarang, mudaratnya tidaklah membahayakan melebihi manfaatnya.
.
Perkara-perkara yang boleh memudaratkan pun sudah dikaji.
Itulah namanya kajian.
.
Kalau kita terlalu fikir perkara yang belum pun berlaku dengan melampau sehingga membuatkan kita tidak boleh bertindak hari ini, bukankah itu namanya paranoid.
.
.
Tapi, bagaimana jika memang ada?
Anggaplah dan niatkan kita sudah melakukan satu kebaikan dan pengorbanan demi manfaat orang ramai.
Demi generasi akan datang.
.
Yang jenis duk ulang, "Takpelah..korang cucuk dulu. Nanti kalau jadi apa-apa, korang kena dulu. Kalau semua okay, baru aku amik"
.
Yang jenis ni pulak, namanya pentingkan diri ke tak?
1f605.png

Diri sendiri tak berani.
Nak senang sahaja, berkorban tak mahu.
Apa-apa biar orang lain yang susah, diri sendiri biar selamat.
.
Sedangkan bukankah kita patut berlumba-lumba berbuat kebaikan.
.
Hari ni ubat Paracetamol/Panadol yang kita duk telan bila pening, demam tu pun pernah melalui fasa kajian sebagaimana vaksin.
Orang dulu bersusah payah buat kajian, jadi sukarelawan dan lain-lain supaya generasi akan datang (kitalah) boleh ambil ubat ini tanpa ragu-ragu.
.
.
.
Kalau masih lagi ragu-ragu... solatlah istikharah. Ada buat ke?
.
Sekian.
#celoteh_DietitianAhmad
#LindungDiriLindungSemua
.
P/s : Terima kasih SN Norleza. Alhamdulillah beliau cucuk memang sakit, sebagaimana sakit bila kena cucuk jarum. Bukan sakit gigi.
1f923.png

Alaaa....sakit macam mak kutil tu je.

1614748573621.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register