logammaut
Legendary Member
- Joined
- Dec 12, 2009
- Messages
- 10,093
- Reaction score
- 603
- Points
- 171
Frontliners tak faham kenapa Exco, ADUN perlu vaksinasi awal#malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../frontliners-tak-faham.../
Frontliners tak faham kenapa Exco, ADUN perlu vaksinasi awal
28 February 2021
![]()
Petugas barisan hadapan sepatutnya menjadi penerima kumpulan awal vaksin Covid-19.
KUALA LUMPUR – Tindakan menteri-menteri, Exco dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor mendapat vaksinasi lebih awal mencetuskan tanda tanya dalam kalangan barisan hadapan.
Seorang pakar perunding nefrologi, Dr Rafidah Abdullah berkata, barisan hadapan memahami jika Perdana Menteri, Menteri Agama dan Menteri Besar setiap negeri mengambil vaksin sebagai simbolik.
Malah, barisan hadapan tidak ada halangan pun.
”Tapi dah kenapa pulak EXCO, ADUN, menteri2 lain, kuncu2 mereka nak vaksinasi awal? Maaf, kami tak faham,” ciapnya.
Meskipun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut, tetapi dipercayai ditujukan kepada Selangor yang melakukan program vaksinasi kepada pemimpin-pemimpin negeri.
Tindakan itu bukan sahaja menjadi persoalan golongan barisan hadapan tetapi juga dalam kalangan rakyat.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan seramai 571,802 petugas barisan hadapan telah berdaftar untuk menerima vaksin Covid-19 pada fasa pertama.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah tersebut termasuk petugas di sektor kesihatan dan bukan kesihatan.
Sebanyak 57.3 peratus daripada jumlah tersebut adalah anggota perubatan dan kesihatan, manakala 42.7 peratus lagi angoota bukan kesihatan.
Ia termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Rela, pegawai Penjara; Kastam; Jabatan Kesihatan; serta Bomba,” katanya dalam sidang media selepas ketibaan kumpulan pertama vaksin Covid-19 pada 21 Februari lalu.- MalaysiaGazette
![]()
Frontliners tak faham kenapa Exco, ADUN perlu vaksinasi awal
Seorang pakar perunding nefrologi, Dr Rafidah Abdullah berkata, barisan hadapan memahami jika Perdana Menteri, Menteri Agama dan Menteri Besar setiap negeri mengambil vaksin sebagai simbolik.malaysiagazette.com
Diorang tak sabar nak turun padang bantu rakyat yg susah. Berbaik sangka.