BTC USD 60,412.8 Gold USD 1,736.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Fasa 1 Vaksin 26 Feb, Fasa Ke 2 Bermula 19 April, 2 Dos Syarat Rentas Negeri

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 70 67.3%
  • Tidak Setuju

    Votes: 18 17.3%
  • Neutral

    Votes: 16 15.4%

  • Total voters
    104

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
293,915
Reaction score
12,465
Points
2,376
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,860
Reaction score
2,143
Points
201
Yg jenis ni halal ke?
Tanya je.. :D
1614432181406.jpeg

Kalau tak halal, bole bg kat kapir
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,354
Reaction score
1,098
Points
156
Bukan ke dulu bising2 suruh YB semua ialah golongan awal kena ambil vaksin?
Supaya kalau apa2 jadi, YB dulu yang kiok.
Sekarang bila YB dapat awal vaksin, kecoh lain pulak.
Mesti sebab netizen tengok hanya minor side effects je kat MP yang dah ambil vaksin, kan.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,860
Reaction score
2,143
Points
201
Bukan ke dulu bising2 suruh YB semua ialah golongan awal kena ambil vaksin?
Supaya kalau apa2 jadi, YB dulu yang kiok.
Sekarang bila YB dapat awal vaksin, kecoh lain pulak.
Mesti sebab netizen tengok hanya minor side effects je kat MP yang dah ambil vaksin, kan.

ada golongan frontliner doc yg prefer pfizer vax compare to sinovac
Mereka kata efficacy bagus
Sy tau sbb sy pun ada dlm group tu huhu
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,354
Reaction score
1,098
Points
156
ada golongan frontliner doc yg prefer pfizer vax compare to sinovac
Mereka kata efficacy bagus
Sy tau sbb sy pun ada dlm group tu huhu
Sinovac ni as option kan tuan?
Maksudnya kalau kita alahan pada pfizer kita akan dirujuk kepada sinovac.
Macam Paracetamol, bagus untuk redakan kesakitan tapi bukan semua serasi .
 

wan_rizal70

Fun Poster
Joined
Oct 15, 2020
Messages
743
Reaction score
230
Points
23
Bukan ke dulu bising2 suruh YB semua ialah golongan awal kena ambil vaksin?
Supaya kalau apa2 jadi, YB dulu yang kiok.
Sekarang bila YB dapat awal vaksin, kecoh lain pulak.
Mesti sebab netizen tengok hanya minor side effects je kat MP yang dah ambil vaksin, kan.

Pm tu cancer survivor kan. Dia pun takde kesan sampingan apa2. Method anti vaks tak menjadi. Dalam carigold ni pun ada yang saja nak bagi persepsi buruk pada team kesihatan. Dapat upah kot diorang ni..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,399
Reaction score
12,437
Points
1,906

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,399
Reaction score
12,437
Points
1,906
Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
#AWANInews #AWANI745 #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Vaksin Sinovac sama berkesan
Bernama
Februari 27, 2021 20:57 MYT
Vaksin Sinovac sama berkesan

Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech. - Gambar fail/REUTERS

KUALA LUMPUR: Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital Cheras, Dr Malar Santhi Santherasegapan berkata ujian klinikal yang dijalankan di Brazil dan Turki mendapati tahap keberkesanan vaksin Sinovac masing-masing negara adalah 50.4 peratus dan 91.2 peratus.


Beliau berkata ada kalangan dalam masyarakat yang salah faham apabila menganggap bahawa 50.4 peratus sukarelawan di Brazil yang mengambil vaksin itu sihat manakala lagi 49.6 peratus yang mengambil vaksin mendapat kesan sampingan yang memudaratkan.


"Tetapi (sebenarnya) tahap keberkesanan yang dimaksudkan pada penerima yang 50.4 peratus itu (ialah mereka) telah berjaya membina imuniti terhadap COVID-19 dan 100 peratus daripada mereka tidak langsung mendapat jangkitan atau memerlukan rawatan rapi dan tiada yang meninggal dunia," katanya dalam progam khas terbitan Bernama TV yang disiarkan di Facebook bertajuk "Malaysia Terima Vaksin COVID-19" hari ini.


Menurutnya peratusan itu adalah tahap keberkesanan untuk membina imuniti dan bukannya baki daripada peratusan itu yang mendapat kesan sampingan daripada vaksin.


Malar Santhi seterusnya menegaskan tidak ada langsung data menyokong pendapat yang menyatakan bahawa Orang Kurang Upaya (OKU) berisiko tinggi mendapat kesan sampingan daripada mana-mana jenis vaksin COVID-19.

Sementara itu Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata ketibaan vaksin COVID-19 juga boleh menjana ekonomi negara apabila lebih ramai sudah boleh bekerja dengan selamat.
-- BERNAMA

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,399
Reaction score
12,437
Points
1,906
Suhazeli Abdullah
menambah foto dan video — bersama
Sakinah Sulong
dan 20 yang lain.

15j ·

Macam-macam la, serba tak kena.

Masa belum wujud vaksin, komplain kerajaan tak pandai urus pandemik. Depa juga duk momokan COVID-19 tu selsema biasa.

Masa ada vaksin, komplain vaksin tu bahaya, kerajaan nak bunuh rakyat. Depa cabar ahli politik cucuk dulu selain frontliners. Kononnya nak tengok semua mati.

Masa vaksin sampai, tuduh kerajaan pilih kasih, beri yang mahal kepada frontliners dan vip.

Masa dah ada depan vaksin pun komplain juga, kenapa kerajaan order dari China.

Sebenarnya nak cucuk ke tak nak ni?

Kalau tak nak, tak payah daftar, beri keutamaan bagi yang nak. Tapi jangan komplain pulak kalau haji umrah tidak diluluskan!

Semua nak pertikai.

Dalam plan imunisasi kebangsaan COVID-19 dah pun kerajaan beritahu. Cukup jelas dalam buku program tu. Baca ke tidak?

Kita tak boleh pandai-pandai buat perolehan dan pembelian vaksin (procument vaccine). Benda tu terhad dan kena give and take di peringkat jawatankuasa COVAX antarabangsa.

Antara salah satu sebab yang kerajaan tidak ingin mendedahkan perjanjian (Non Disclosure Agreement) pada hari itu, inilah puncanya. Sebab di kalangan kita cuba membanding-bandingkan harga vaksin COVID-19. Sedangkan harga itu dibeli oleh kerajaan bergantung kepada perbincangan yang diputuskan di peringkat Jawatankuasa perolehan vaksin antarabangsa (COVAX) .

Segelintir pihak persoal pula keberkesanan vaksin Sinovac hanya 50.4%. Kenapa tidak melihat kepada kajian keberkesanan di Turki? Ianya melebihi 91.2%. Aras ambang yang diberikan oleh mana-mana vaksin dunia dari dulu hingga sekarang adalah >50%. Ianya sudah memadai.

Kalau kita tak dapat semua jangan tinggal semua. Asas fiqh pun ada sebut begitu.

Syabas Yb KJ kerana telah memberi satu penegasan bahawa beliau akan mengambil vaksin selain dari Comirnaty. Ini membuktikan vaksin-vaksin lain juga sama taraf. Tiada pengkhususan untuk VIP atau sebagainya.
Cuma bergantung yang mana satu perolehan terawal antara vaksin yang lain itu. Jika Sinovac, maka Sinovac lah, jika Sputnik, maka Sputnik lah yang diambil oleh beliau mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Demi mencapai liputan imunisasi 80% pemberian vaksin dalam negara amat perlu, tanpa mengambil kira dari mana-mana jenama vaksin sekali pun. Yang penting ialah vaksin-vaksin tersebut telah pun diluluskan di peringkat antarabangsa dan NPRA.

Kenapa kita memikirkan lebih kepada teknikaliti sedangkan jumlah Morbiditi dan mortaliti (kematian) akibat dari COVID-19 itu yang sebenarnya perlu difikirkan? Begitu juga dengan kepentingan mengambil kaedah pencegahan yang dicadangkan oleh mana-mana jenama vaksin sekali pun. Manfaat melebihi mudarat.

Lindung Diri Lindung Semua.

Wallahuaklam

Suhazeli Abdullah
27.2.2021
Kuala Berang

1614478833838.png

66ED9987-A971-482C-AD86-64CBB7E7F355.jpeg


Suhazeli Abdullah
27.2.2021
Kuala Berang
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register