BTC USD 46,656.8 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Fasa 1 Vaksin 26 Feb, Fasa Ke 2 Bermula 19 April, 2 Dos Syarat Rentas Negeri

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 77 65.3%
  • Tidak Setuju

    Votes: 23 19.5%
  • Neutral

    Votes: 18 15.3%

  • Total voters
    118

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,296
Reaction score
12,603
Points
2,376
Persatuan farmasi sedia jelaskan mengenai vaksin kepada Ahli Parlimen, ADUN


AMRAHI: Penjelasan itu bagi mengurangkan keresahan dan perasaan was-was kumpulan berkenaan terhadap vaksin tersebut. - Bernama​


Persatuan farmasi sedia jelaskan mengenai vaksin kepada Ahli Parlimen, ADUN


KUALA LUMPUR: Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) bersedia memberikan penjelasan kepada mana-mana Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Negara berkaitan vaksin COVID-19.

Presidennya, Amrahi Buang berkata ia bagi mengurangkan keresahan dan perasaan was-was kumpulan berkenaan terhadap vaksin tersebut.

Menurut beliau, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengumumkan golongan itu akan menjadi antara penerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).


"Namun selepas pengumuman ini dibuat, rata-rata sambutan daripada ahli Dewan Rakyat sama ada daripada golongan penyokong kerajaan dan golongan pembangkang masih lagi suam.

"Ini adalah sangat mendukacitakan rakyat. Sehingga kini, kenyataan rasmi daripada Ketua Pembangkang berkaitan saranan MPS masih lagi belum kedengaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, MPS turut mencadangkan agar Ahli Dewan Negara perlu diberikan suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama PICK kerana golongan itu mempunyai tugas dan tanggungjawab rasmi mengikut amalan dan sistem berparlimen di negara ini.

Beliau berkata langkah pemberian vaksin itu adalah sangat baik dan positif untuk menjayakan program imunisasi demi kepentingan rakyat dan negara.

MPS juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mewujudkan pendaftaran untuk memaklumkan status vaksinasi COVID-19 setiap Ahli Dewan Rakyat, ADUN dan Ahli Dewan Negara untuk pengetahuan rakyat.

-- BERNAMA


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,296
Reaction score
12,603
Points
2,376
Abang Johari disuntik vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Sarawak bermula


Abang Johari menerima suntikan Klinik Kesihatan Petra Jaya Kuching pada jam 3.05 petang, pada Jumaat. - Sumber foto UKAS​


Abang Johari disuntik vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Sarawak bermula


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer, BioNTech.

Ia sebagai simbolik kepada Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Sarawak dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Abang Johari menerima suntikan Klinik Kesihatan Petra Jaya Kuching pada jam 3.05 petang, pada Jumaat.


Ia kemudiannya disusuli Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing.

Mereka turut diberi taklimat penerimaan vaksin dan menandatangani borang persetujuan serta kebenaran vaksin.


 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,611
Reaction score
675
Points
171
Steady je pm & lain2 yg disuntik masih takde kesan sampingan...
Semua kuasa Allah...
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Hana Hadzrami

2j ·

Tak perlu nak pilih-pilih sangat vaksin Covid jenis apa sebab bukan boleh shopping ikut pilihan kita.

Negara kita sekarang sedang gawat dilanda Covid dengan beribu kes setiap hari. Bukan macam Australia dan New Zealand yang dah bebas Covid berbulan-bulan. Depa boleh la tunggu dan pilih-pilih vaksin yang depa suka. Keperluan depa tak urgent macam kita.

Satu dunia sedang berebut nak dapatkan vaksin Covid; Korea Utara sampai buat cubaan hack data Pfizer sebab nak ciplak vaksin. Syukurlah vaksin kita tak kena hijack di tengah jalan.

Walaupun vaksin berlainan jenama berbeza efikasi (dan harga) namun yang paling penting ialah 80% rakyat kita mesti mengambil vaksin. Target kita paling utama ialah nak menurunkan penyakit dan bentuk imuniti kelompok. Bukan nak jadi kebal super saiya.

Kalau guna vaksin Covid jenama power tapi hanya 50% rakyat saja yang divaksinkan, tak guna juga. Covid tetap tersenyum riang.

Dulu vaksin smallpox pertama yang dicipta pun tak sesempurna mana, tapi sebab majoriti penduduk dunia ambil maka lenyap juga smallpox dari muka bumi.

Tak usah memilih sangat apatah lagi dikala kita tiada kuasa memilih. Saat-saat genting ini, fikir nak lenyapkan Covid saja.

Ambillah vaksin Covid apa pun. Asalkan anda semua ambil.
.
.
Hana Hadzrami
Yang tak nak ambil vaksin, diam tak payah hasut. Takde sape berminat nak tahu pun keadaan anda. Nanti kita jumpa di wad Covid saja.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Hanya 4 dalam 1 juta akan alami kesan sampingan vaksin, kata KP kesihatan




February 26, 2021 8:41 PM


Noor-Hisham-Abdullah-Vaksin-Bernama-260221.jpg

Dr Noor Hisham dan perdana menteri Muhyiddin Yassin menerima suntikan vaksin mereka pada Rabu lalu. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Hanya empat dalam sejuta orang yang diberi vaksin Covid-19 akan mengalami kesan sampingan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah petang ini.
Namun hingga kini, Noor Hisham berkata beliau belum mendengar mereka yang telah divaksin mengadu mengenai kesan sampingan.

“Dan ini adalah perkembangan positif,” katanya dalam dialog malam ini ketika mengongsikan pengalamannya menerima suntikan inokulasi.
Tambah Noor Hisham, walaupun kes seperti itu adalah terpencil, kementerian telah menyediakan ruang khas untuk mereka yang mengalami alahan terhadap vaksin tersebut.


Katanya, individu terbabit akan dipantau selama 15 hingga 20 minit.
Beliau berharap lebih ramai lagi yang akan tampil untuk mendaftar vaksinasi melalui MySejahtera.”
Noor Hisham berkata, mereka yang menderita HIV akan diberi vaksin jika mereka tidak mempunyai “masalah kesihatan”.
Peraturan sama turut terpakai untuk pesakit barah, katanya.

Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Dr Chong Chee Keong berkata, lebih daripada 99% mereka yang mengalami kesan sampingan, akan bersifat ringan hingga sederhana.
“Tetapi jika sekiranya alahan yang teruk berlaku, semua pusat vaksinasi bersiap sedia untuk menanganinya.”

Sementara itu, penolong ketua pengarah kanan Bahagian Kawalan Penyakit kementerian Dr A Maheshwara Rao berkata, kira-kira 1,065 juta rakyat Malaysia telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin.
Katanya “semakin ramai” berbuat demikian, dengan sekitar 300,000 sehari mendaftar untuk divaksinasi.

Maheshwara turut mendedahkan bahawa 21 juta orang telah memasang aplikasi MySejahtera dengan sejumlah 30,000 hingga 40,000 muat turun setiap hari.
“Kami melihat ramai bukan warganegara Malaysia memuat turun aplikasi itu kini.”


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Boleh dikenakan tindakan jika gagal hadir vaksinasi, kata Noor Hisham

February 26, 2021 9:01 PM

vaccination-vaksin-ap-24022021.jpg

Kempen imunisasi kebangsaan bermula minggu ini dengan suntikan vaksin untuk pekerja barisan hadapan. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah tidak menolak kemungkinan tindakan diambil terhadap mereka yang gagal hadir untuk mendapat suntikan vaksinasi Covid-19.
Katanya, di negara lain, ada rakyatnya yang didenda kerana memotong barisan untuk disuntik vaksin. Namun katanya pihaknya lebih cenderung menggunakan kaedah memujuk.

Beliau menambah, kementerian mungkin mengguna pakai amalan di negara lain yang menyuntik vaksin untuk orang lain contohnya pekerja barisan hadapan seperti anggota polis atau tentera jika ada individu yang gagal hadir untuk menerima suntikan.
“Dengan cara itu, vaksin berkenaan tidak akan dibazirkan,” katanya dengan menambah pihaknya juga akan meneliti langkah lain bagi mengelak pembaziran.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata kerajaan yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengagihkan vaksin itu dan tiada firma swasta yang diberikan lesen untuk “menjual serta mengkomersialkan” vaksin berkenaan.

Beliau berkata, sekalipun hospital swasta melaksanakan vaksinasi, sumbernya tetap dari Putrajaya

“Kami tidak mahu mengkomersialkan vaksin kerana bimbang ada yang ‘memotong barisan’ atau kemungkinan vaksin palsu.”

Menurutnya, Interpol telah memaklumkan menteri kesihatan mengenai wujudnya vaksin palsu.


Selain itu, Noor Hisham berkata kerajaan juga tidak mempertimbangkan untuk mengkomersialkan vaksin berkenaan walaupun ada pihak menganggap itu dapat membantu Malaysia mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.

“Jika tidak mereka yang kaya akan menerima vaksin manakala yang miskin ketinggalan,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan mengenai keberkesanan berbeza antara vaksin digunakan.

Katanya, semua vaksin telah diluluskan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) sebelum diagihkan, dengan yang pertama antaranya keluaran Pfizer kerana syarikat itu telah bertindak awal untuk mendapat kelulusan.

“Amat mencabar dari segi logistik sekiranya orang ramai boleh memilih vaksin dikehendaki.

“Namun percayalah vaksin telahpun diluluskan. Ini bukan ujian klinikal. NPRA bertanggungjawab memastikan semua vaksin mematuhi keperluan keselamatan dan keberkesanan.”

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
#BHnasional Vaksin diuruskan Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian peringkat global itu akan dibawa ke KLIA menaiki pesawat MH319
https://bit.ly/2NGzfDG
#vaksin

Bekalan vaksin Sinovac tiba jam 9 pagi esok


Februari 26, 2021 @ 8:50pm

assaass_1614343801.jpg

Vaksin Sinovac dijangka tiba di KLIA jam 9 pagi esok. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Bekalan pertama vaksin Sinovac keluaran China dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, jam 9 pagi esok.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, vaksin diuruskan Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global itu akan dibawa ke KLIA menaiki pesawat MH319 yang dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo).

Ketibaan bekalan vaksin kedua negara itu bakal disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ia turut disertai Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.


"Vaksin ini tiba secara pukal dalam bentuk cecair sebanyak 200 liter dan diterbangkan dengan penerbangan penumpang-ke-kargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 300, yang boleh diproses menjadi lebih daripada 300,000 dos.
"Malaysia dijadualkan memperoleh 14 juta dos vaksin Sinovac secara berperingkat yang akan melindungi 22 peratus penduduk di Malaysia.

"Perolehan vaksin COVID-19 Sinovac adalah bukti hubungan baik antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China," jelas kenyataan itu hari ini.
Ahad lalu, Malaysia menerima bekalan vaksin COVID-19 pertama negara keluaran Pfizer-BioNTech, sekali gus membolehkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) digerakkan Rabu lalu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi rakyat pertama negara ini yang menerima suntikan berkenaan.

Program imunisasi terbesar dalam sejarah negara menyasar kira-kira 80 peratus populasi rakyat akan digerakkan melalui tiga fasa bermula bulan ini hingga Februari tahun depan.
Fasa pertama bermula Rabu lalu hingga April depan membabitkan kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan, manakala fasa dua bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi (April hingga Ogos) dan fasa tiga untuk penduduk berusia 18 tahun ke atas (Mei hingga Februari 2022).

Selain Sinovac dan 12.8 juta dos Pfizer-BioNTech, Malaysia juga dijangka memperoleh bekalan vaksin AstraZeneca-Oxford (6.4 juta dos), CanSinoBIO (3.5 juta dos), Sputnik V (6.4 juta dos) dan Fasiliti COVAX (6.4 juta dos), yang keseluruhannya mampu meliputi 82.8 peratus populasi rakyat Malaysia.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
#putrajaya "Alhamdulillah, suntikan ini tidak sakit dan saya yakin serta percaya kalau semua sokong kerajaan ini... kita akan menang lawan Covid-19. Tema Lindung Diri, Lindung Semua (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) amat tepat."
https://www.hmetro.com.my/.../tak-sakit-pun-suntik-vaksin...

Tak sakit pun suntik vaksin Covid-19 - Dr Zulkifli


DR ZULKIFLI ketika menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11, Putrajaya. FOTO IHSAN JAKIM

DR ZULKIFLI ketika menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11, Putrajaya. FOTO IHSAN JAKIM
BERNAMA

Putrajaya: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11 di sini, tadi.

Mereka tiba di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar jam 3 petang dan melalui lima stesen yang dikhaskan untuk proses vaksinasi itu sebelum selesai menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech kira-kira 40 minit kemudian.
Ditemui di luar Pejabat Kesihatan Putrajaya, Zulkifli yang juga bekas pesakit Covid-19 berkata, proses suntikan vaksin itu dijalankan dengan tertib dan cermat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Alhamdulillah, suntikan ini tidak sakit dan saya yakin serta percaya kalau semua sokong kerajaan ini... kita akan menang lawan Covid-19. Tema Lindung Diri, Lindung Semua (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) amat tepat," katanya.

Zulkifli disahkan positif Covid-19 pada 5 Oktober tahun lalu dan dibenarkan keluar dari wad hospital pada 14 Oktober selepas pulih menjalani rawatan.

Ditanya apakah nasihat terhadap mereka yang enggan menerima suntikan vaksin, Zulkifli berkata vaksin itu mampu melindungi diri daripada wabak Covid-19 dan ia terbukti apabila ramai pemimpin Islam luar negara telah mengambil vaksin berkenaan.

"Kepada sahabat yang berpandangan vaksin ini tidak perlu... (mereka) perlu lihat isu ini dengan lebih mendalam dan berlapang dada kerana (jika tidak ambil) natijahnya adalah kepada keluarga dan masyarakat," kata Zulkifli.

Sementara itu, Kiandee menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi mendapatkan suntikan vaksin.
"Daftarlah di aplikasi MySejahtera dan tunggu giliran masing-masing kerana ia penting untuk bantu negara melawan Covid-19," katanya.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bertemakan Lindung Diri, Lindung Semua dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Feb dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan membabitkan 500,000 orang.

Fasa 2 pula dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas - warganegara dan bukan warganegara - dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2021 @ 6:31 PM

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,427
Reaction score
12,662
Points
1,906
Selain Wan Rosdy, seramai 114 individu yang menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech itu di Pahang.

'Kalau isteri cubit lagi sakit'
26 Februari 2021


1614346273739.png

Wan Rosdy menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada Jumaat.


KUANTAN - "Kalau isteri cubit, lagi sakit," seloroh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini pada Jumaat.

Menurutnya, beliau tidak rasa sakit sewaktu menerima suntikan itu dan bersyukur selesai menjalaninya.
"Kalau tanya sakit atau tidak ketika saya diberi suntikan tadi, saya jawab tidak langsung. Kalau isteri kita cubit lagi sakit.

"Bagi diri saya, tak berasa apa-apa (sakit). Jadi saya menyeru kepada rakyat Pahang supaya menerima suntikan vaksin yang diberi percuma oleh kerajaan ini.
"Saya juga dimaklumkan bahawa ada negara menyatakan bahawa sekiranya ada pelancong yang ingin ke negara mereka, mereka perlu telah disuntik vaksin Covid-19," katanya pada sidang media selepas program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri di sini pada Jumaat.

Selain Wan Rosdy, seramai 114 individu yang menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech itu.

Antaranya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah; ahli Exco Kerajaan Negeri, ex-officio serta wakil-wakil rakyat.

Turut menerima suntikan berkenaan ialah ketua-ketua jabatan termasuk penjawat awam serta kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata, selepas beliau menerima suntikan itu, ia menandakan permulaan kepada Program Imunisasi Covid-19 di peringkat negeri.
Bagi fasa pertama, katanya, ia melibatkan ‘frontliners’ atau barisan hadapan membabitkan seramai 32,175 orang.

"Fasa kedua pula melibatkan lebih 360,000 orang dalam kalangan mereka berisiko tinggi seperti warga emas 60 tahun dan ke atas serta golongan berpenyakit kronik. Suntikan vaksin akan bermula April ini.
"Di bawah fasa ketiga, ia melibatkan lebih 700,000 individu 18 tahun dan ke atas. Suntikan vaksin bagi mereka akan bermula Mei ini hinggalah Februari 2022.

"Dijangkakan kesemua kira-kira 1.12 juta rakyat Pahang atau sasaran 70 peratus daripada keseluruhan 1.67 juta penduduk negeri ini bakal divaksin sebagai usaha membendung penularan wabak pandemik Covid-19," katanya.

Tambah Wan Rosdy, sebanyak 69 pusat suntikan ditetapkan di seluruh negeri melibatkan hospital, klinik kesihatan, dewan dan bangunan jabatan atau agensi berkenaan membabitkan jumlah pemberi suntikan atau vaksinator ialah seramai 578 orang.

[/URL]
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register