BTC USD 60,057.1 Gold USD 1,732.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Fasa 1 Vaksin 26 Feb, Fasa Ke 2 Bermula 19 April, 2 Dos Syarat Rentas Negeri

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 70 67.3%
  • Tidak Setuju

    Votes: 18 17.3%
  • Neutral

    Votes: 16 15.4%

  • Total voters
    104
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,399
Reaction score
12,437
Points
1,906
Lebih 42,000 anggota tentera terima suntikan vaksin dalam Fasa 1

February 26, 2021 11:11 AM

Ismail-Sabri-Yaakob-vaksin-covid19-tentera-screenshot.jpg

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob terima vaksinasi Covid-19 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di KL hari ini.

PETALING JAYA: Sebanyak 42,120 anggota tentera akan menerima suntikan awal vaksin Covid-19 dalam fasa pertama, dengan 84,240 dos vaksin akan diberikan kepada mereka, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, program vaksinasi fasa pertama membabitkan angkatan tentera ini akan membabitkan anggota yang terlibat secara aktif mengesan dan merawat pesakit Covid-19, serta yang terlibat dalam penugasan program vaksinasi.

“Kumpulan sasar pertama juga akan melibatkan anggota ATM yang sedang dan akan bertugas di kawasan operasi, seperti Ops Penawar di sekatan jalan raya bersama anggota polis.

“Begitu juga dengan anggota bertugas di Ops Benteng, bagi mengawal sempadan negara serta mereka yang terlibat dalam operasi ke luar negara,” katanya dalam sidang media, selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Pemberian vaksin ini turut disasarkan kepada pegawai dan anggota tentera yang terbabit secara langsung dalam mengoperasikan aset pertahanan strategik, seperti pesawat pejuang, pesawat pengangkut, kapal selam, kapal, helikopter, pasukan khas dan aset khusus lain.

“Serta, mana-mana anggota terbabit mengendalikan aset yang tidak boleh dikendalikan mana-mana pegawai lain yang tidak dilatih khas. ATM menjadualkan pemberian vaksin ini bermula semalam, terutamanya bagi para petugas vaksinasi ATM.

“Jururawat yang terlibat untuk lakukan suntikan ini sudah di vaksin pada semalam.

“Turut sama menerima suntikan vaksin adalah 14 pegawai dan anggota yang akan terlibat dalam misi pemantau antarabangsa di Mindanao, Filipina. Di samping itu, 40 anggota kumpulan wanita kedua ATM akan menerima vaksin esok, sebagai sebahagian dari program perlindungan kesihatan sebelum bertugas di Lubnan,” katanya.


Ismail yang turut menerima suntikan vaksin berkenaan menggesa orang ramai untuk tidak lagi mempercayai berita-berita palsu membabitkan vaksin ini.

Vaksin ini untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19, katanya.

“Jangan bimbang, tidak ada perkara yang perlu dibimbangkan. Jangan dengar cerita yang tidak sahih. Saya hendak beritahu, saya juga tidak sedar suntikan sudah selesai, tengah borak-borak dengan jururawat tadi, dia beritahu saya sudah selesai. Maknanya tidak terasa sakit apa-apapun,” katanya.


 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,234
Reaction score
241
Points
43
'Dengan adanya vaksin... kita tak perlu lagi lockdown'

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP


Kuala Lumpur: Ketersediaan vaksin COVID-19 dalam negara disifatkan sebagai jalan terbaik dalam usaha merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi.

Felow Akademi Sains Malaysia Datuk Dr Madeline Berma berkata, dengan adanya vaksin itu juga memberi petanda bahawa kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi.

"Ketika kerajaan melaksanakan PKP sebelum ini, kita lihat pada ketika itu ekonomi menguncup lebih 17 peratus, ekonomi domestik dan external kita terjejas kerana pada ketika itu tiadanya vaksin… apa dilaksanakan ketika itu hanyalah dengan mengamalkan penjarakan fizikal, hentikan segala bentuk ekonomi, pergerakan dan sebagainya.

"Tetapi dengan adanya vaksin pada hari ini kalau dari segi ekonomi makanya, kita tidak perlu lagi lockdown (sekatan pergerakan) dan tiada alasan lagi untuk kerajaan melaksanakannya," kata beliau.

Madeline berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Setahun Malaysia Prihatin (Ekonomi, Politik dan Perundangan)' di sini, malam tadi.

Beliau berkata, meskipun negara mempunyai vaksin, apa yang penting adalah rakyat harus kekal mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga diri bagi membantu mengekang penularan jangkitan Covid-19 secara optimum.

Sementara itu, berhubung keprihatinan kerajaan sepanjang setahun mentadbir negara, Penganalisis Politik dan Perundangan Profesor Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, langkah yang dilaksanakan kerajaan selama ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kesengsaraan rakyat khususnya ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

"Sebenarnya pada saya secara peribadi, tidak boleh untuk bandingkan kerajaan sekarang dengan kerajaan sebelum ini kerana dalam sejarah Malaysia, ini kali pertama sebuah kerajaan dibina pada masa sama mendapat cabaran paling hebat dengan isu Covid-19 sekali gus perlu urus tadbir negara dengan baik, kebajikan rakyat, ekonomi dan sebagainya.

"Ini perlukan fokus amat hebat dan perlukan bantuan dan sokongan semua pihak tidak kira pembangkang atau kerajaan, jabatan kerajaan atau swasta… kerajaan ini memang digelar kerajaan prihatin kerana banyak program dan agenda dilaksanakan kerajaan untuk rakyat," katanya.

Malaysia menerima kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech membabitkan 312,390 dos pada Ahad lalu.


== hmetro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
293,945
Reaction score
12,465
Points
2,376

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,234
Reaction score
241
Points
43
Malaysia rujuk ulama dunia mengenai fatwa ambil vaksin COVID-19

26bhhacovid_1614313384.jpg


KUALA LUMPUR: Malaysia mendapatkan pandangan dan penjelasan ulama terkemuka dunia tentang hukum pengambilan vaksin COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, beliau menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin, antaranya Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.

"Rata-rata mereka berfatwa bersandarkan kepada rujukan pakar (bidang kesihatan) bagi memastikan vaksin ini (vaksin COVID-19) selamat dan halal digunakan.

"Antara syarat fatwa juga ialah merujuk kepada ahli ikhtisas (bidang khusus)," katanya dalam Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk 'Vaksin: Cegah Sebelum Kalah' yang disiarkan secara langsung di TV 1 malam tadi.

Forum itu menampilkan sembilan ahli panel yang terdiri daripada mufti, pensyarah universiti, pendakwah dan pakar perubatan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim,
berkata ada tiga aspek penting bagi menentukan hukum halal dan haram sesuatu perkara, antaranya merujuk kepada pakar bagi bidang berkaitan sekiranya tidak terdapat dalil atau bukti dalam al-Quran dan hadis.

"Selain itu, hukum halal dan haram vaksin ini juga dikaji sama ada mempunyai sumber daripada haiwan yang tidak disembelih atau ada mengandungi bahan-bahan yang boleh mendatangkan mudarat.

"Sehubungan itu, kajian dan ahli kepakaran bidang kesihatan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan perkara-perkara yang memudaratkan ini," katanya.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pula berkata Nabi Muhammad SAW turut merujuk pakar perubatan pada zaman itu jika ada para sahabat yang sakit.

"Nabi Muhammad SAW akan merujuk pakar perubatan, Al-Harith ibn Kaladah, walaupun beliau bukan seorang Muslim," katanya.


== bharian
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,234
Reaction score
241
Points
43
Vaksin Pfizer boleh disimpan pada suhu biasa peti beku farmaseutikal - FDA

veksi2_1614303314.jpg


WASHINGTON: Vaksin COVID-19 keluaran Pfizer yang dibekukan, boleh disimpan pada suhu biasa peti beku farmaseutikal untuk tempoh menjangkau dua minggu, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS), semalam.

Ia sekali gus menyuntik kelonggaran berbanding sebelum ini yang memerlukan vaksin terbabit disimpan pada suhu ultra rendah antara -80 hingga -60 darjah Celsius.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penilaian Biologi FDA, Peter Marks, berkata langkah itu dapat membantu mempermudahkan proses pengangkutan dan penyimpanan vaksin berkenaan.

"Suhu alternatif bagi pengangkutan dan penyimpanan itu akan membantu mengurangkan beban membeli peralatan simpanan dengan suhu ultra rendah di lapangan vaksinasi, selain membolehkan vaksin berkenaan dihantar ke lebih banyak tempat," katanya.

Susulan itu, FDA memaklumkan, pihaknya akan mengemas kini lampiran fakta kepada penyedia penjagaan kesihatan dari semasa ke semasa.

Peti beku farmaseutikal dalam pasaran ketika ini lazimnya beroperasi pada suhu sekitar -20 darjah Celsius.

Langkah kelonggaran itu menyusul selepas syarikat farmaseutikal berpangkalan di AS itu mengemukakan permohonan berdasarkan penyelidikannya terhadap aspek kestabilan vaksin berkenaan ketika berada bawah suhu lebih panas.

Vaksin itu dihasil menggunakan teknologi baharu dan sebaik saja nyahbeku, boleh disimpan pada suhu peti sejuk antara 2 hingga 8 darjah Celsius hingga lima hari.

Selain itu, ia boleh disimpan pada suhu bilik bagi tempoh tidak melebihi dua jam.


== bharian
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
293,945
Reaction score
12,465
Points
2,376
Teliti jalan terbaik panggil PATI suntik vaksin

Adakah peruntukan ke atas usaha kempen vaksinasi ke atas golongan imigran dan adakah mereka mempunya akses ke atas maklumat tersebut? - Gambar hiasan


Teliti jalan terbaik panggil PATI suntik vaksin


KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu meneliti jalan terbaik untuk membuat pendatang asing tanpa izin (PATI) atau pekerja tanpa dokumen sah, tampil ke hadapan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Penting juga perbincangan diadakan dengan pemimpin sesebuah komuniti imigran bagi mendapat maklum balas mengenai hal ini.

Pengarah North South Initiative Adrian Pereira, berkata banyak faktor yang menyebabkan mereka takut untuk keluar, antaranya adalah kemungkinan untuk disoal siasat.

Malah kata Adrian, sudah tiba masanya untuk menyatukan semua faktor ini di bawah dasar komprehensif bagi melancarkan migrasi buruh dalam jangka masa panjang.

“Jadi bagaimana mereka akan tampil ke hadapan, saya rasa ini adalah persoalan serius yang perlu kita ajukan. Walaupun kedutaan mungkin menjadi pengantara untuk fasiliti vaksinasi bagi pendatang tanpa izin, kita perlu menyusun beberapa butiran lagi kerana kedutaan boleh jadi faktor kekangan.

“Jadi sudah tiba masanya untuk menyatukan semua faktor ini di bawah dasar komprehensif untuk migrasi buruh dalam jangka masa panjang.

Tetapi untuk vaksinasi menyeluruh, mulakan dengan membawa pemimpin imigran ke hadapan. Mereka akan menerangkan kepada anda budaya komunikasi dan kecekapan yang tiada dalam sistem kesihatan kita,” cadang Adrian.

Dalam masa yang sama, Pakar Kesihatan Awam, UIAM & Pengarah Operasi Pasukan Petugas Selangor, Prof Dr Mohammad Farhan Rusli mempersoalkan sekiranya ada peruntukan ke atas usaha kempen ke atas golongan imigran dan adakah mereka mempunya akses ke atas maklumat tersebut.

“Adakah mereka ini mempunyai akses? Kita dapat mencari wang. Kita dapat mencari jalan penyelesaian agar mereka ini diberi vaksin. Tetapi sebelum itu kita perlu tahu adakah kita ada peruntukan untuk kumpulan berisiko tinggi ini untuk kita boleh merancang dan melancarkan kempen promosi kesihatan bagi memvaksinasi mereka.

“Bayangkan kita menjual idea yang tidak dapat disentuh atau diakses oleh mereka. Jadi saya rasa ini adalah sesuatu yang perlu kita atasi,” katanya.

Mereka berkata demikian dalam sesi Webinar G25 yang bertajuk COVID-19: Seeking Solutions for Foreign Workers yang dihoskan oleh Profesor Perubatan & Penyakit Berjangkit Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.


 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
7,969
Reaction score
191
Points
83
setakat hari ni da berapa ramai dapat suntikkan pertama?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,399
Reaction score
12,437
Points
1,906
Rusyainie Ramli

3m ·

LONG COVID

Bila YB KJ memetik Long COVID dalam Twitter nya, saya nak menambah sikit apa yang dimaksudkan dengan frasa tu.
Nama panjang: Post-COVID-19 Syndrome
Nama pendek: Long COVID

Untuk kebanyakan orang yang dijangkiti dengan COVID-19, anggaran 85% biasanya dalam Kategori 1 iaitu tak bergejala, atau Kategori 2 di mana simptom yang dialaminya tak berapa teruk dan masih boleh dirawat di rumah.

10 - 15% pesakit akan progres ke Kategori 3, yang mana mereka mengalami jangkitan teruk pada paru-paru dan ke Kategori 4.

Lebih kurang 5% akan menjadi sangat teruk sehinggakan mereka perlu diintubasi dan diventilasi di Unit Rawatan Rapi.

1 dalam 100 pesakit COVID-19 di Malaysia meninggal dunia. Dek kerana 99% lagi tak menemui ajal, maka muncul lah suara-suara tak berperikemanusiaan yang mengatakan, ramai yang sembuh kan, mengapa kerajaan beria benar dengan Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan?

Sebenarnya telah mula banyak laporan yang mula diterbitkan berkenaan Long COVID di mana pesakit yang dijangkiti SARS-Cov-2 walaupun sepatutnya sudah sembuh, mereka masih mempunyai gejala yang mengganggu-gugat kualiti hidup mereka.

Biasanya pesakit selepas mendapat COVID-19, mereka sembuh dalam masa beberapa minggu. Malangnya, ada yang selepas 12 minggu pun tetap tak kembali ke tahap kesihatan seperti sebelumnya. Dan inilah yang dipanggil Long COVID.

Yang menariknya, tak kira lah pesakit tu dalam kategori apa pun ketika didiagnosis dengan COVID-19, mereka boleh mengalami Long COVID. Maknanya, pesakit mungkin Kategori 2, tapi simptom yang dialaminya berlarutan melebihi 3 bulan.

Gejala yang biasa dilaporkan ialah:
1. Penat yang keterlaluan
2. Sukar bernafas
3. Sakit atau ketat dada
4. Jantung berdebar
5. Sakit kepala, sendi, otot, telinga
6. Pening
7. Sukar menumpukan perhatian dan menjadi pelupa
8. Demam, batuk dan sakit tekak yang datang dan pergi
9. Sakit abdomen, loya, cirit-birit atau hilang selera makan

Dianggarkan 1 dalam 10 pesakit COVID-19 mengalami Long COVID. Bayangkan berapa ramai sebenarnya yang terpaksa berdepan dengan simptom yang tak kunjung reda.

Malah, ada artikel-artikel di jurnal perubatan yang berwasit melaporkan tentang komplikasi COVID-19 setelah pesakit-pesakit sembuh seperti:
1. Radang pada jantung
2. Fungsi peparu menjadi abnormal
3. Kegagalan buah pinggang akut
4. Ruam pada kulit atau keguguran rambut
5. Perubahan pada deria rasa atau bau, masalah tidur
6. Depresi, perubahan mood atau anxiety.

Long COVID adalah sesuatu yang masih baru yang memerlukan lebih banyak kajian dan data kukuh untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku kepada pesakit-pesakit ni.

Yang nyata, Long COVID ni bukan rekaan semata-mata. Pastinya ia bukan sesuatu yang disenangi oleh pesakit yang terpaksa menghadapinya setiap hari.

Untuk mereka yang sombong dan bongkak kononnya COVID-19 hanya lah batuk, demam dan selesema biasa yang sembuh sendirinya, fikirkan semula. Badan pun kata mereka mempunyai antibodi secara semulajadi, tak perlu pun menerima vaksin.

Persoalannya, mereka boleh gerenti ke mereka takkan mendapat Long COVID?

Dengan vaksin COVID-19 lah, kita mendapat perlindungan dari dijangkiti oleh SARS-CoV-2 yang memberi penyakit COVID-19. Dan pada masa yang sama kita mampu menghalang jangkitan kepada orang lain.

1614325920818.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register