BTC USD 57,203.7 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Fasa 1 Vaksin 26 Feb, Fasa Ke 2 Bermula 19 April, 2 Dos Syarat Rentas Negeri

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 77 65.8%
  • Tidak Setuju

    Votes: 22 18.8%
  • Neutral

    Votes: 18 15.4%

  • Total voters
    117
Sponsored Post

myrayyan

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2010
Messages
13,440
Reaction score
61
Points
130
Banyak org igt kerajaan tipu statistik side effect etc tapi dari saya sebagai pelapor pertama, kebanyakan side effect adalah rinngan/standard...jarang2 ada demam yg suhu tinggi, yg kena observe kat wad sb heart rate meningkat....tempat sy dah lebih 900+ dah lengkap 2nd dose x silap (sb statistik xde dgn saya), this week dgn next week utk batch baru dah buka utk frontliner yg tak kritikal dgn 2nd line. Objectif x silap 100% immunization for total nearly 5k staf. Tapi pengecualiaan diberikan kepada ibu mengandung, penyakit2 kritikal etc. Org high BP masa daftar pn x bole cucuk. Batch ni dah pkai Sinovac sekali dgn Pfizer. Dulu Pfizer sj
sy dalam kategori high BP..xper tgk nasihat doc nanti mcm mana.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,712
Reaction score
12,572
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Vaksin Sinovac Selamat Untuk Warga Emas

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memutuskan pemberian vaksin jenis Sinovac kepada kumpulan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Penggunaannya selamat.

 

pedang_setiawan

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2010
Messages
997
Reaction score
264
Points
41
sy dalam kategori high BP..xper tgk nasihat doc nanti mcm mana.
Saya hari tu bp tinggi jugak tapi cucuk je sb mungkin sb br blk kerja mlm dan x cukup tido. 150/100 jugak..3 4 x buat x turun jugak. Maleh nk mai hari lain dgn menunggu sb nk blk tdo sb kena masuk kerja balik pkl 2 ptg tu. Oncall start 10 mlm, habis kerja 8.10 pgi, temujanji vaksin pkl 8.30 pg. Dalam 9 lebih lps 30 minit rehat lps cucuk vaksin, balik, sarapan tdo. Pkl 2 ptg, masuk balik kerja...blk pkl 10 mlm. Utk makluman, saya dan rakan sekerja frontliner yg melakukan ujian biokimia darah termasuk darah pesakit SARI dan Covid 19 positif tidak pernah mendapat apa2 elaun covid kerana pentadbiran mengatakan kerja tersebut hanya tugas rutin.:)
 
Last edited:

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,712
Reaction score
12,572
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Vaksin Sinovac Diberi Kepada Warga Emas

Vaksin Sinovac akan diberi kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dalam fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijadual bermula 19 April ini.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) setelah mengambil kira data terkini serta perkembangan amalan penggunaan di negara lain mendapati vaksin keluaran China itu adalah selamat, berkesan dan stabil untuk golongan warga emas.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,550
Reaction score
262
Points
51

Belum bincang wajibkan vaksin untuk ke luar negara


GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP


Putrajaya: Tindakan untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 sebelum ke luar negara tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan negara terbabit.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini, pemberian vaksin di negara ini masih secara sukarela.

"Pengambilan vaksin bukan sesuatu diwajibkan tetapi diberi pilihan kepada rakyat. Namun, untuk kesihatan mereka, kita memohon kepada rakyat untuk ambillah vaksin.

"Untuk ke luar negara, kita tidak bincangkan lagi mengenai perkara ini kerana ia tertakluk kepada negara terbabit.

"Kita dapat perkhabaran bahawa untuk musim haji kali ini, jika dibenarakan menunaikan haji, saya difahamkan kemungkinan besar Kerajaan Arab Saudi akan mewajibkan pengambilan vaksin," katanya dalam sidang media selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, mana-mana pihak diminta mendapatkan maklumat sebenar daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengetahui sebarang perkara berkaitan dengan vaksin.

Mengulas mengenai berita palsu berkaitan vaksin AstraZeneca, beliau berkata, ia turut membabitkan vaksin jenis lain, terus disebarkan di seluruh negara.

"Semalam saya dapat satu rakaman audio yang marahkan kerajaan kerana dia mendakwa Perintah Kawalan pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Kelantan.

"Sedangkan hari ini, baru saja saya mengumumkan Kelantan kekal sebagai negeri PKP Bersyarat, bukan PKP. Jelas bahawa penyebaran berita jahat seperti ini terus dilakukan yang boleh menyebabkan berlaku panik di Kelantan," katanya.


== harian metro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,712
Reaction score
12,572
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,712
Reaction score
12,572
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Datuk Seri Reezal Merican Antara Penerima Vaksin

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selamat menerima dos pertama vaksin COVID-19 di Kompleks Sukan DBKL, Taman Desa Tasek, hari ini.

Laporan lintas langsung bersama wartawan Hasnida Hanim Ahmad Kamil.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,712
Reaction score
12,572
Points
2,376
VAKSIN COVID-19 | 409,784 Individu Sudah Lengkap Dua Dos

409,784 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin setakat semalam.

Ini menjadikan keseluruhan lebih sejuta orang sudah menerima suntikan vaksin.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register