BTC USD 56,837.1 Gold USD 1,770.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dloanman

CG Top Poster Club
Messages
30,596
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,596
Reaction score
2,296
Points
206
FARHAN-TINJU.png

Muhammad Farkhan Haron menjulang tali pinggang Juara Antara Benua Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF), dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor 2019, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini pada 29 Disember 2019. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Disember 30, 2019 8:07 am

JOHOR BAHRU, 30 DIS: Petinju profesional negara Muhammad Farkhan Haron melakar sejarah, apabila menjulang tali pinggang Juara Antara Benua Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF), dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, malam tadi.

Muhammad Farkhan menewaskan petinju Tanzania, Pascal Abel Ndomba menerusi pukulan ‘teknikal knock out’ pada pusingan ketujuh, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalahnya selepas 11 perlawanan.

Pukulan padu Muhammad Farkhan itu turut menyebabkan Ndomba rebah, sekali gus menarik diri daripada meneruskan perlawanan.
Pertarungan sengit itu menyaksikan petinju berasal dari Johor itu, terus mempertahankan gelarannya bagi Juara Asia Kelas Cruiserweight Persatuan Tinju Dunia dan Kelas Light Heavyweight Majlis Tinju Dunia.

Muhammad Farkhan ketika ditemui selepas pertarungan itu berkata, beliau tidak menyangka pertarungannya akan berakhir awal, memandangkan Ndomba agak agresif dan memberikan saingan sengit.

“Pada pusingan pertama dan kedua, Ndomba agresif…kemudian pusingan keempat dan kelima saya cuba untuk beri tentangan.
“Tetapi pada pusingan ketujuh saya tidak pasti tumbukan mana yang mengena, kerana sebagai petinju kita akan tumbuk apa yang boleh, terlalu pantas…Alhamdulillah saya masih ‘tidak dikalahkan’ dan ‘tidak disentuh’,” katanya.

Beliau pada masa sama menjelaskan, walaupun Ndomba tiba lewat bagi sesi timbangan semalam, ia bukanlah alasan pemain itu tidak dapat memberikan persaingan yang terbaik.
“Kita ada di sini, kami berdua mempunyai persediaan yang baik dan latihan. Jadi pada saya, menang adalah menang dan kalah tetap kalah,” katanya.

-BERNAMA
 

CG Sponsors




Top
Log in Register