BTC USD 28,445.0 Gold USD 1,970.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Farhan Juara Da'i Musim Kedua

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
D_1.jpg

Da'i Farhan muncul sebagai juara pertandingan peringkat akhir program Da'i musim kedua yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada Jumaat malam.

Kemenangan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 24, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta hadiah sampingan lain.

Manakala dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da'i Ammar dan Da'i Izzhar terpaksa berpuas hati dengan hadiah saguhati berupa wang tunai RM5,000 setiap seorang dan hadiah sampingan.

Penilaian pada peringkat akhir itu dilakukan oleh tiga juri tetap iaitu Zainal Ariffin, Sharhan Safie dan Harryanto Rizal Rokman.

Manakala Datuk Siti Nor Bahyah muncul sebagai juri jemputan.

Farhan yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka dengan kemenangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai rezeki daripada Allah.
"Ilmu yang saya dapat sepanjang berada dalam program ini sudah cukup besar ertinya kepada saya apatah lagi kemenangan pada malam ini.

"Ini adalah rezeki daripada Allah dan berkat doa kedua ibu bapa, keluarga dan penyokong," ujarnya.

Pertandingan akhir itu dimulakan dengan alunan merdu para finalis mempersembahkan bacaan lagu Asmaul Husna.

Ia dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor.

Tiga finalis tersebut diuji dengan tiga segmen iaitu menyampaikan tazkirah selama empat minit menerusi soalan dilontarkan oleh selebriti jemputan seperti Beego, Fattah Amin, Amar dan Issey.

Manakala pada segmen kedua mereka perlu menjawab lima soalan daripada juri dan seterusnya tazkirah selama tiga minit secara spontan.

Acara pada malam itu turut diserikan dengan kehadiran juara Da'i musim pertama, Nor Abidah Rozain yang menyampaikan tazkirah istimewa dan persembahan nasyid daripada Azhari (Nowseeheart) dan kumpulan Algebra.

http://www.cari.gold/2014/10/farhan-juara-dai-musim-kedua.html
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,964
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,964
Reaction score
4,938
Points
261
Awards
1
Bukan Gila Talak! Dr. Erin Beri Nafkah Kepada Bekas Suami & Keluarga Ipar - "Walau Depa Hina Saya, Saya Tak Pandai Berdendam"
erin-talak-header.jpg

Bekas isteri pendakwah bebas Da'i Farhan, Dr. Erin menafikan dakwaan dirinya gila talak selepas memuatnaik status terbaharu berkenaan bekas suaminya itu baru-baru ini.

BACA: Dr. Erin Kecewa Bekas Suami Dijadikan Bahan Jenaka, Tersenarai Antara Lelaki Curang - "Farhan Tak Pernah Curang..."
Namun, sebaliknya kata Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi, dia masih menyantuni bekas suami-suaminya dan keluarga iparnya.

"Ada yang kata saya nak tarik perhatian baliklah, tunjuk baik nak get back lah, gila talak lah.

"Hello, nak habaq mai kat sini, saya ni bukan berbuat baik pada bekas suami saya si Farhan saja ya, pada kesemua bekas suami saya tetap saya layan baik dan santuni mereka.

"Dah cerai pun saya masih beri nafkah pada bekas suami saya bila dia perlu duit ni ha.

"Akak yang dituduh perempuan tak baik inilah duk tolong. Walau depa satu keluarga bukan main hina tapi saya tetap layan anak depa, adik depa, abang depa, baik-baik selepas bercerai sebab itu memang sifat saya," tulisnya di Instagram.

img-0010.jpg

Tidak pandai berdendam, Dr. Erin turut menunjukkan bukti perbualannya bersama bekas suami-suaminya yang meminta wang dan bantuan daripadanya.

"Saya tak pandai dendam dengan orang. Jadi, tak ada istilah duk tunjuk baik nak balik pada Farhan.

"Screenshot ini bukan yang saya beli handphone pada Farhan ya. Ini antara saya dan bekas suami saya sebelum Farhan.

"Jadi, tiada istilah saya baik ada makna. Saya memang berbuat baik pada semua walaupun dia musuh saya," jelasnya.

Dalam tangkap layar itu, Dr. Erin yang dipanggil 'sayang' telah memindahkan sejumlah wang kepada individu yang menggelarkan dirinya 'b'.

Malah, individu terbabit mahu meminjam sejumlah wang bernilai RM3,000 dari Dr. Erin atas tujuan pembiayaan keperluan.

Meninjau ruangan komen, ada yang berpendapat pendedahan Dr. Erin (yang menanggung nafkah kepada suami) adalah satu dalam seribu.

"Pertama kali tahu perempuan bagi nafkah," tulis seorang pengguna.

"Kena bezakan antara yang ambil kesempatan atas kita atau betul-betul perlu pertolongan," nasihat individu lain.

"Post ni untuk tunjukkan bekas suami-suami sis tu lelaki tak guna ker? Semua jenis sengkek tak ada duit. Sis pula bangga tunjuk aib bekas suami sis," tambah pengguna lain.

img-0015.jpg

img-0016.jpg

img-0017.jpg

Sebelum bercerai dengan Farhan pada April 2020, Dr. Erin pernah mendedahkan kepada Gempak dia pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum itu.

BACA: Perceraian Ini Sayang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod..." - Rumah Tangga Da'i Farhan Dan Dr. Erin Berakhir
Hasil perkahwinannya sebelum ini, Dr. Erin dikurniakan lapan orang cahaya mata.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register