FAM Setuju Cadang Gol Syahmi Safari Untuk Anugerah Puskas FIFA 2019

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,098
Reaction score
11,192
Points
2,376

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mencapai persetujuan untuk mencadangkan gol pemain muda kebangsaan, Muhammad Syahmi Safari ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 pada 5 Disember 2018 dicalonkan ke Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2019.

Keputusan untuk menghantar cadangan pencalonan itu dibuat selepas mesyuarat peringkat Sekretariat Agung FAM, hari ini yang turut disertai Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan saya sendiri selaku Setiausaha Agung FAM telah mencapai persetujuan untuk perkara tersebut.

Susulan daripada keputusan itu, FAM akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol dijaringkan Syahmi, 21, menerusi satu gerakan berpasukan pada minit ke-28 ketika perlawanan bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok itu dapat tersenarai sebagai salah satu calon anugerah berkenaan. FAM turut akan melampirkan salinan video gol tersebut untuk dinilai oleh FIFA.

Biarpun mengetahui bahawa senarai 10 calon gol tercantik untuk Anugerah Puskas FIFA 2019 itu nanti akan dicadangkan dan dipilih sendiri oleh FIFA dan jawatankuasa pemilihannya, FAM berpendapat surat cadangan pencalonan tetap perlu dihantar kepada FIFA sebagai tanda sokongan FAM dan bagi memastikan gol berkenaan mendapat perhatian FIFA.

Berdasarkan keunikan gol yang terhasil menerusi tujuh hantaran melibatkan tujuh pemain bermula daripada penjaga gol, Farizal Marlias sebelum disudahkan dengan sepakan kaki kanan menarik oleh Syahmi, FAM berharap ia akan berjaya tersenarai sebagai salah satu daripada 10 calon untuk Anugerah Puskas FIFA 2019.

Sebagai rekod, FAM sebelum ini pada 22 Februari 2016 turut menghantar surat cadangan pencalonan kepada FIFA untuk gol dihasilkan bekas pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dan akhirnya membawa kejayaan kepada jaringan menerusi sepakan percuma unik itu muncul pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016.


Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
 
Sponsored Post

stuck

Active+ Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
3,954
Reaction score
121
Points
33
mmg terbaik gerakan ni start dari keeper xde sentuhan dari lawan lgsg sampai gol
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,098
Reaction score
11,192
Points
2,376
mmg terbaik gerakan ni start dari keeper xde sentuhan dari lawan lgsg sampai gol
Gol nampak biasa
Cuma gerakan untuk hasilkan gol tu cantik
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,098
Reaction score
11,192
Points
2,376

'Rembatan Syahmi macam dalam video game' - Faiz Subri


BEKAS pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri percaya gol hebat yang dijaringkan bek kanan negara, Syahmi Safari mampu tersenarai dalam 10 jaringan terbaik dunia sepanjang tempoh 2018/2019 ini.

Menurut bekas pemain Pulau Pinang itu, gol yang dilakukan Syahmi ketika aksi separuh akhir kedua Piala AFF menentang Thailand pada Disember lalu sangat menarik dan mampu mencabar ratusan gol lain dari seluruh dunia.

Katanya, keunikan gol yang terhasil menerusi tujuh hantaran membabitkan tujuh pemain bermula daripada penjaga gol, Farizal Marlias sebelum disudahkan dengan sepakan kaki kanan menarik oleh Syahmi amat luar biasa seolah-olah ia dihasilkan melalui permainan video.

“Setiap pemain ada kelebihan tersendiri dan Syahmi juga ada keistimewaan, bahkan gol yang dijaringkan di Piala AFF itu nampak cantik dan tersusun macam orang main ‘video game’.

“Saya harap gol itu tercalon dalam 10 terbaik sebelum ia mula diundi oleh penyokong seluruh dunia, kalau ada rezeki boleh masuk ke tiga teratas,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan mencalonkan jaringan pemain muda Red Giants, Syahmi Safari ke anugerah berkenaan bagi tahun ini.

Jaringan terbabit dihasilkan pemain pertahanan itu dari luar kotak penalti pada minit ke-28 di Stadium Rajamangala, Bangkok yang menyaksikan skuad Harimau Malaya mara ke pentas akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan menerusi agregat 3-3.

“Apa yang saya boleh kongsikan, Syahmi perlu sentiasa berdoa dan jaga diri dengan baik kerana selepas ini seluruh mata pasti akan terarah kepadanya.

“Walaupun baru dicalonkan dan belum lagi memenangi anugerah itu, FAM secara tidak langsung mengiktiraf jaringannya itu sebagai antara yang terbaik daripada pemain tempatan,” katanya yang menjaringkan gol lencong luar biasa menerusi sepakan percuma ketika membantu Pulau Pinang membenam Pahang 4-1 di Stadium Bandaraya, pada 16 Februari 2016 lalu.

Pada Anugerah FIFA 2016 itu, Faiz mencipta sensasi apabila muncul pemain bola sepak Asia pertama yang merangkul gelaran Puskas di Zurich, Switzerland yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela (10.01 peratus) dan lain-lain (7.68 peratus).


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/430788/rembatan-syahmi-macam-dalam-video-game
 

C_Kenek

Super Active Member
Joined
Feb 23, 2008
Messages
5,123
Reaction score
58
Points
70
takde ke gol cam summersault berpusing tu biasa je
 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
13,047
Reaction score
419
Points
141
eh goal biasa apa nya angle tu bukan senang2 boleh masuk tu...cuma kalau untuk puskas maybe banyak lagi lah goal2 yang pelik2 masuk
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,871
Reaction score
1,046
Points
191
x yah lah... adoi.. x abis2 puskas... fokus layak piala asia la deyyy... gol pun bisyer2 jerk... gol messi 1st timer arituh lg lawa deyyy
 
Sponsored Post
Top
Log in Register