Faizdickie Kena kutuk badan gemuk

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,928
Reaction score
1,692
Points
151
Kena kutuk badan gemuk
WhatsApp_Image_2020-10-20_at_8.31.15_PM_1603240212.jpg
Selepas empat bulan menghilangkan diri, Faizdickie membuat kemunculan semula dengan imej baharu. - Foto IG Faizdickie
KUALA LUMPUR: Bekas pemenang Personaliti Media Sosial Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014, Faizdickie membuat keputusan merehatkan dirinya daripada Instagram (IG) akibat tidak tahan berdepan kutukan akibat berat badan mencecah hingga 105 kilogram (kg).

Selepas empat bulan menyepi, Faizdickie atau nama sebenarnya, Nasrul Faiz Abu Azal membuat kemunculan semula dengan imej baharu.

Faizdickie berkata, dia sebenarnya membuat keputusan untuk melakukan transformasi sepanjang tempoh kehilangannya itu.

"Pada mulanya, saya tidak mempunyai keinginan untuk menguruskan badan. Tetapi, hari demi hari pelbagai kutukan yang diterima hingga ada yang menyamakan saya dengan sejenis binatang.

"Walaupun bukan semua pengikut yang mengutuk, sebaliknya banyak juga komen positif yang diterima. Tetapi, komen negatif yang dilemparkan cukup berbekas di hati saya, lebih lagi apabila ada yang menggelarkan saya dengan panggilan tidak enak.

"Saya cukup tertekan hingga bertindak menjauhkan diri daripada masyarakat. Saya rasa tidak selamat dan hilang keyakinan diri. Saya tahu kesihatan mental terganggu, jadi saya membuat keputusan melakukan perubahan dalam hidup," katanya kepada BH Online.

WhatsApp_Image_2020-10-20_at_8.31.03_PM_1603240207.jpg
Faizdickie tertekan kena kutuk berbadan gemuk hingga bertindak menjauhkan diri daripada masyarakat. - Foto IG Faizdickie
Faizdickie berkata, masalah berat badan adalah salahnya sendiri kerana kelalaian menjalani rutin hidup yang sihat. Kutukan netizen menyebabkan berat badannya semakin bertambah.

Ini kerana, katanya, dia akan cenderung untuk makan berlebihan setiap kali tidak gembira dan tertekan.

"Ketika itu saya cukup tertekan dan makan banyak. Sebenarnya, kesilapan datang daripada saya sendiri yang mengabaikan soal kesihatan.

"Daripada berterusan hidup dalam tekanan, saya nekad melakukan perubahan. Keluarga dan teman rapat tidak berhenti memberikan sokongan.

"Alhamdulillah, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 26 kg dalam masa empat bulan. Saya kini sudah pun mendapat berat badan sesuai iaitu 79 kg.

"Saya lebih gembira dan keyakinan diri makin bertambah sejak turun berat badan," katanya.

Kemunculan semula Faizdickie yang cukup dikenali dengan karakter Kak Leha Bunting menerusi IG nyata disambut positif pengikutnya, malah ramai terkejut melihat transformasi baharu selepas empat bulan menghilangkan diri.
 
Sponsored Post

belam

Super Active Member
Joined
Jul 29, 2013
Messages
5,850
Reaction score
237
Points
73
tayah sensitif sgt klu org kata gemuk ke kurus ke..kita jantan...nama pon dickie...tp siapa engko?:unsure:
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,323
Reaction score
2,168
Points
206
den pun tak kenal siapa ni.
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,625
Reaction score
186
Points
43
Sape pulak mamat ni..tetiba je..lantak hg la nk gemuk ke kurus...
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,968
Reaction score
792
Points
121
sape ni... doktor? majistret? loyer?
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,804
Reaction score
2,071
Points
201
siapa mamat ni....?...apa kepentingan dia kpd agama?....kpd bangsa?....negara ada sumbangan?

amir raja lawak pun ada sumbngan hiburkan org.....hmmmmm....dia ni apa gunanya?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register