BTC USD 64,815.5 Gold USD 2,353.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Faizal Tahir reda, syukur anak ketujuh dilahirkan sindrom down

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,133
Points
661
Awards
1

Najiy Jefri

[email protected]
FAIZAL Tahir


FAIZAL Tahir



Kuala Lumpur: Penyanyi Faizal Tahir reda apabila anak ketujuhnya yang dilahirkan Disember tahun lalu menghidap sindrom down.

Faizal berkata, dia menganggap kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Maryam Tahirah itu adalah anugerah berharga yang Allah hadirkan buat dia dan kelurga.

"Sebulan sebelum isteri bersalin, kami dapat tahu anak dalam kandungan disahkan menghidap sindrom down. Saya menerimanya dengan baik, Alhamdullilah. Reda, itu yang Allah bagi.

"Saya tak ada rasa macam 'down' dan tidak timbul rasa kecewa atau persoal kenapa anak saya dilahirkan sindrom down," katanya.

Faizal menerusi video yang dimuat naik di Instagram hari ini berkata, apabila dia bercerita mengenai perkara itu kepada keluarga dan rakan-rakan, semuanya memberi maklum balas positif sekali gus membuatkan dia tersentuh.


"Benda pertama yang keluar daripada mulut mereka ialah masya-Allah, subna-Allah, Allah kurniakan kepada kau anak syurga 'bro'. Masa itu hati saya dengar memang tersentuh.

"Ada juga yang mengatakan tak semua orang dapat, saya insan terpilih untuk diberikan anak yang 'istimewa'. Alhamdulillah benda ini sangat memberi semangat dan memberi kekuatan kepada saya dan isteri.

Faizal berkata, ketika doktor beritahu bayi itu sangat memerlukannya, tetapi apa yang terdetik di hatinya ialah sebenarnya dia yang sangat memerlukan anak itu untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik dan bersyukur selain perbaiki diri sebagai seorang hamba Allah.

Bercerita mengenai bagaimana dia dan isteri mengenal pasti punca anaknya itu menghidap sindrom down, Faizal berkata, sejak dalam kandungan bayi itu berdepan beberapa masalah seperti masalah jantung sehingga terpaksa dibedah selepas dilahirkan.

"Sewaktu Maryam dalam kandungan, doktor dapat kesan ada beberapa masalah dan komplikasi. Mula-mula itu jantung, kemudiannya disahkan sebagai 'tetralogy of fallot' (TOF). Campuran darah dan oksigen tak cantik.

"Itu masalah pertama yang doktor dapat kesan. Masa tu dah dapat tahu memang nak kena bedah jantung dia selepas lahir. Jadi kami pun dah kena siap sedia untuk itu, mental, fizikal dan kewangan.

"Beberapa bulan lepas itu, buat pemeriksaan lagi, doktor periksa lagi, dapat tahu ada masalah lain iaitu 'double bubble' (Duodenal atresia) dalam perutnya. Apabila doktor kesan benda ini dan dikatakan pula dengan masalah komplikasi jantung tadi, doktor nak beritahu agak berat sehinggalah laporan mengesahkan Maryam menghidap sindrom down," katanya.

Faizal mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihannim pada 2001 dan pasangan itu kini mempunyai tiga orang anak lelaki dan empat anak perempuan.
 
Back
Top
Log in Register