BTC USD 38,008.9 Gold USD 1,830.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook Tukar Nama Baru & Kemaskini Berita Alam "META"

20.10.2021 - Global, Syarikat gergasi media sosial Facebook Inc sedang merancang untuk membuat penjenamaan semula syarikat itu dengan nama baru minggu depan, lapor Verge pada Selasa, memetik satu sumber mengetahui perancangan tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg merancang untuk membincangkan perubahan nama dalam persidangan Connect yang dilakukan setiap tahun pada 28 Oktober depan, namun penjenamaan itu mungkin akan diumumkan lebih awal, lapor Verge.

Penjenamaan semula itu mungkin akan meletakkan aplikasi media sosial Facebook sebagai salah satu daripada pelbagai produk di bawah sebuah syarikat induk, yang turut memiliki aplikasi lain termasuk Instagram, WhatsApp, Oculus dan pelbagai aplikasi lain. Bagaimanapun, Facebook tidak memberi respons segera ketika dihubungi untuk memberi ulasan berkenaan keputusan tersebut.​

1634719363611.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah "Dunia Baharu" Ciptaan Mark Zuckerberg

Syarikat Facebook kini digelar sebagai Meta. Ketika mana ia diumumkan awal pagi tadi, ada segelintir yang keliru adakah media sosial Facebook itu ditukar nama "Meta". Kiranya tiada lagi ikon "F"?

06_211025_CompanyEC_16x9__30fps__1080-1.gif


Buat pengetahuan, aplikasi media sosial lain milik Meta seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger masih lagi digunakan. Namun, visi Zuckerberg kini mahu menawarkan pengalaman bersosial ke satu dimensi baharu atau apa yang dimaksudkannya adalah dunia meta (metaverse).

Jadi, apakah itu Metaverse? Bagaimana idea tersebut dilaksanakan nanti?

Sebenarnya anda sudah pun melihat konsep dunia sebegitu di layar perak. Contoh yang paling terbaru melalui filem Ready Player One. Dalam filem Ready Player One, manusia sudah menggunakan OASIS, iaitu sebuah simulasi realiti maya untuk lari daripada norma kehidupan sebenar.

Ready-Player-One.jpg


Oleh itu, inilah konsep yang cuba dilakukan Meta. Bayangkan anda cuma berada di dalam bilik tetapi pada masa yang sama boleh ke mana-mana lokasi secara maya dengan memakai set kepala (headset).

Metaverse akan menggabungkan Horizon Home, Horizon Worlds dan Horizon Workrooms.


Horizon-Meta.jpg


Secara ringkasnya, Horizon Home ibarat rumah kediaman anda dalam dunia ini. Apabila mula memakai Oculus Quest 2 Headset, benda ini yang akan mula muncul di depan mata.

Menurut Zuckerberg, mereka bakal memperkenalkan satu media sosial khusus untuknya dimana anda boleh menjemput rakan-rakan ke rumah kediaman tersebut untuk bersosial, menonton video mahupun membuka aplikasi lain bersama-sama. Buat masa sekarang, beberapa pilihan sudah diberikan. Akan tetapi pada masa hadapan, anda boleh membina rumah itu sendiri.

Seterusnya, Horizon Worlds. Di sini, pengguna Oculus boleh mempamerkan bakat kreativiti yang terpendam. Mungkin ala-ala permainan Minecraft. Dengan ini, anda boleh cuba membangunkan satu ruang baru, mencipta acara, sambutan Hari Lahir dan sebagainya.​


Akhir sekali, Horizon Workrooms. Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, manusia mula mencuba untuk bertukar cara bekerja, iaitu dari rumah. Jikalau kita berasakan bermesyuarat menerusi aplikasi Zoom atau Google Meet membosankan, Workrooms ini lain daripada lain.​


Pengguna dapat menggunakan satu ruang khusus untuk tujuan tersebut. Ini umpama satu pekerjaan hibrid. "Game Changer" kata Zuckerberg. Sama ada mesyuarat tersebut dilakukan secara fizikal, hologram atau pun boleh dibawa ke dunia meta. Namun, ini hanyalah secebis konsep Workrooms yang diperlihatkan.​

Horizon-Workrooms.jpg


Selain "Horizon", mereka juga akan memperkenalkan produk VR baharu yang dipanggil Project Cambria. Avatar yang dicipta pengguna turut memaparkan reaksi muka mereka dalam masa nyata.​


Projek ini cuba menggabungkan dunia maya dan sebenar. Ia turut menawarkan kamera beresolusi tinggi dengan warna penuh secara terus ke headset tersebut. Ini ibarat ura-ura yang mana Apple juga berminat dalam membangunkan headset seperti itu.

Screenshot-2021-10-29-at-11.16.11-PM.jpg


Pada masa yang sama, Mark Zuckerberg turut mengumumkan Project Nazare. Beliau berkata mereka akan membangunkan satu kaca mata realiti terimbuh (AR) yang akan dimuatkan dengan paparan hologram, bateri, projektor, kamera, cip pemproses serta sensor peta dalam bentuk kompak.

Project-Nazare.jpg


Secara keseluruhan, Metaverse ini walaupun masih lagi terlalu awal untuk kita bayangkan tetapi ia adalah bayangan masa hadapan. Zuckerberg dalam pembentangannya berkata ia bakal mengubah cara kita berinteraksi antara satu sama lain nanti dimana bakal menggantikan telefon pintar.

Mungkin satu masa nanti apabila dunia maya ini berkembang, manusia akan menghabiskan masa di dalam dunia tersebut. Mungkin juga satu hari nanti masyarakat dapat melakukan jual beli, bekerja, membeli hartanah di dalam metaverse.

Perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan memandangkan Meta merupakan syarikat yang amat besar dan mempunyai dana yang sangat banyak dalam membangunkannya.

Namun begitu, adakah anda sudah bersedia menghadapinya? Rekod Facebook sebelum ini tidak berapa baik terutama isu privasi dan data pengguna. Walau apa pun, selamat datang ke era lebih moden umpama filem sains fiksyen.​
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Berita Sebelum

Syarikat Facebook Secara Rasmi Bertukar Nama Kepada 'Meta'

CEO Facebook Mark Zuckerberg harini telah mengumumkan syarikat sosial media terbesar dunia itu akan menggunakan nama baru iaitu Meta.

"Kami adalah syarikat teknologi yang menghubungkan manusia. Dengan ini, kami dapat meletakkan pengguna sebagai teras teknologi kami dan bersama-sama kita dapat membuka kunci kepada dunia tanpa sepadan" Kata Zuckerberg.

Menurut beliau lagi, pertukaran nama ini adalah disebabkan nama Facebook terlalu dikaitkan dengan satu produk. Dengan pertukaran nama ini maka syarikat gergasi tersebut dapat membuka cabang baru dalam dunia komunikasi.

"Nama Facebook juga tidak mencerminkan syarikat kami secara keseluruhannya dan apa yang kami mahu capai" Tambah beliau.

Menurutnya lagi, beliau sudah bercadang untuk menjenamakan semula syarikat itu sejak pembelian Instagram dan WhatsApp pada tahun 2012 dan 2014. Maka melalui pengumuman ini, Mark Zuckerberg secara rasminya menjadi CEO Meta, dan tertubuhnya syarikat induk kepada platform media sosial besar termasuklah Facebook, Instagram, WhatsApp, Oculus dan sebagainya.

Pengasingan jenama antara syarikat dan laman sosial adalah perlu untuk tidak mengelirukan orang ramai lagi.

Dalam acara Facebook Connect, Mark Zuckerberg memperkenalkan 'Metaverse' dimana pengguna dapat berinteraksi antara satu sama lain melalui avatar secara maya. Dalam acara tersebut Zuckerberg menceritakan bagaimana dunia Metaverse akan berfungsi melalui gabungan teknologi yang sudah mereka perkenalkan sebelum ini iaitu Facebook Horizon Workroom dan baru-baru ini Project Cambria

"Metaverse bakal mengubah cara kita berinteraksi" Ujar Zuckerberg. Beliau turut berkata dunia Metaverse ini juga akan menggantikan telefon pintar sebagai medium komunikasi kelak.

Ini juga secara tidak langsung memberi petanda awal cara kita berkomunikasi di masa hadapan seperti apa yang kita dapat saksikan dalam filem Ready Player One.​

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,353
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,353
Reaction score
17,676
Points
2,536
Awards
1
Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah "Dunia Baharu" Ciptaan Mark Zuckerberg

Syarikat Facebook kini digelar sebagai Meta. Ketika mana ia diumumkan awal pagi tadi, ada segelintir yang keliru adakah media sosial Facebook itu ditukar nama "Meta". Kiranya tiada lagi ikon "F"?

06_211025_CompanyEC_16x9__30fps__1080-1.gif


Buat pengetahuan, aplikasi media sosial lain milik Meta seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger masih lagi digunakan. Namun, visi Zuckerberg kini mahu menawarkan pengalaman bersosial ke satu dimensi baharu atau apa yang dimaksudkannya adalah dunia meta (metaverse).

Jadi, apakah itu Metaverse? Bagaimana idea tersebut dilaksanakan nanti?

Sebenarnya anda sudah pun melihat konsep dunia sebegitu di layar perak. Contoh yang paling terbaru melalui filem Ready Player One. Dalam filem Ready Player One, manusia sudah menggunakan OASIS, iaitu sebuah simulasi realiti maya untuk lari daripada norma kehidupan sebenar.

Ready-Player-One.jpg


Oleh itu, inilah konsep yang cuba dilakukan Meta. Bayangkan anda cuma berada di dalam bilik tetapi pada masa yang sama boleh ke mana-mana lokasi secara maya dengan memakai set kepala (headset).

Metaverse akan menggabungkan Horizon Home, Horizon Worlds dan Horizon Workrooms.


Horizon-Meta.jpg


Secara ringkasnya, Horizon Home ibarat rumah kediaman anda dalam dunia ini. Apabila mula memakai Oculus Quest 2 Headset, benda ini yang akan mula muncul di depan mata.

Menurut Zuckerberg, mereka bakal memperkenalkan satu media sosial khusus untuknya dimana anda boleh menjemput rakan-rakan ke rumah kediaman tersebut untuk bersosial, menonton video mahupun membuka aplikasi lain bersama-sama. Buat masa sekarang, beberapa pilihan sudah diberikan. Akan tetapi pada masa hadapan, anda boleh membina rumah itu sendiri.

Seterusnya, Horizon Worlds. Di sini, pengguna Oculus boleh mempamerkan bakat kreativiti yang terpendam. Mungkin ala-ala permainan Minecraft. Dengan ini, anda boleh cuba membangunkan satu ruang baru, mencipta acara, sambutan Hari Lahir dan sebagainya.​


Akhir sekali, Horizon Workrooms. Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, manusia mula mencuba untuk bertukar cara bekerja, iaitu dari rumah. Jikalau kita berasakan bermesyuarat menerusi aplikasi Zoom atau Google Meet membosankan, Workrooms ini lain daripada lain.​


Pengguna dapat menggunakan satu ruang khusus untuk tujuan tersebut. Ini umpama satu pekerjaan hibrid. "Game Changer" kata Zuckerberg. Sama ada mesyuarat tersebut dilakukan secara fizikal, hologram atau pun boleh dibawa ke dunia meta. Namun, ini hanyalah secebis konsep Workrooms yang diperlihatkan.​

Horizon-Workrooms.jpg


Selain "Horizon", mereka juga akan memperkenalkan produk VR baharu yang dipanggil Project Cambria. Avatar yang dicipta pengguna turut memaparkan reaksi muka mereka dalam masa nyata.​


Projek ini cuba menggabungkan dunia maya dan sebenar. Ia turut menawarkan kamera beresolusi tinggi dengan warna penuh secara terus ke headset tersebut. Ini ibarat ura-ura yang mana Apple juga berminat dalam membangunkan headset seperti itu.

Screenshot-2021-10-29-at-11.16.11-PM.jpg


Pada masa yang sama, Mark Zuckerberg turut mengumumkan Project Nazare. Beliau berkata mereka akan membangunkan satu kaca mata realiti terimbuh (AR) yang akan dimuatkan dengan paparan hologram, bateri, projektor, kamera, cip pemproses serta sensor peta dalam bentuk kompak.

Project-Nazare.jpg


Secara keseluruhan, Metaverse ini walaupun masih lagi terlalu awal untuk kita bayangkan tetapi ia adalah bayangan masa hadapan. Zuckerberg dalam pembentangannya berkata ia bakal mengubah cara kita berinteraksi antara satu sama lain nanti dimana bakal menggantikan telefon pintar.

Mungkin satu masa nanti apabila dunia maya ini berkembang, manusia akan menghabiskan masa di dalam dunia tersebut. Mungkin juga satu hari nanti masyarakat dapat melakukan jual beli, bekerja, membeli hartanah di dalam metaverse.

Perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan memandangkan Meta merupakan syarikat yang amat besar dan mempunyai dana yang sangat banyak dalam membangunkannya.

Namun begitu, adakah anda sudah bersedia menghadapinya? Rekod Facebook sebelum ini tidak berapa baik terutama isu privasi dan data pengguna. Walau apa pun, selamat datang ke era lebih moden umpama filem sains fiksyen.​

Manusia makin banyak habiskan masa dengan gajet lepas ni
 

maxpda

Super Active Member
gem
Messages
8,856
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,856
Reaction score
547
Points
121
Dah macam cerita ready player one dan surrogates..

Skrg ramai yang nak tau macam mana kita nak jana pendapatan dengan metaverse nih..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,353
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,353
Reaction score
17,676
Points
2,536
Awards
1
Dah macam cerita ready player one dan surrogates..

Skrg ramai yang nak tau macam mana kita nak jana pendapatan dengan metaverse nih..

Sekarang ramai invest dekat kripto Meta kan
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Meta Perlihat Sarung Tangan Haptik, Membolehkan Objek Maya Di Sentuh Dalam Alam Meta

Apakah kekurangan paling ketara dunia realiti maya? Jawapan yang saya berikan ialah objek di dalam dunia maya ini tidak dapat dirasa sentuhannya. Tanpa penglibatan deria sentuhan, pengalaman menyelam ke dalam dunia realiti maya terasa tidak amatlah palsu. Bagi memastikan alam meta mereka kelak akan dapat diselami secara lebih realistik, Meta Reality Labs Research memperlihatkan sarung tangan haptik yang membolehkan objek maya disentuh.

Sarung tangan ini mempunyai ratusan beg udara kecil pada permukaannya. Dengan menggunakan pam pantas, cecair boleh dimasukkan dan dikeluarkan dari ratusan sel gelembung bagi memberikan sensasi kulit sedang menyentuh sesuatu. Terdapat 15 aktuator diletakkan pada permukaan sarung tangan ini bagi memberikan pengalaman sentuhan yang sehampir mungkin kepada dunia sebenar.

Pada asalnya penyelidik di Reality Labs menggunakan aktuator fizikal tetapi mereka menyedari penggunaan ratusan motor elektrik untuk “menyentuh” kulit pemakai bukan sahaja tidak praktikal dan berat tetapi juga menghasilkan masalah pemanasan. Sistem gelembung cecair ini ialah penyelesaian yang paling sesuai pada waktu ini.

Dengan Meta yakin bahawa alam meta Horizon akan menjadi pengganti internet di masa hadapan, pengalaman yang lebih realistik perlu dibangunkan sekarang supaya fiksyen dalam filem seperti Ready Player One akan menjadi realiti dunia sebenar.
1637149798276.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Qualcomm Mengatakan Teknologi Mereka Adalah Tiket Ke Alam Meta

Pelbagai syarikat teknologi pada kebelakangan ini bercakap mengenai alam meta, dan merancang untuk mendominasinya. Perkara ini adalah sejak daripada Facebook mengumumkan peralihan nama kepada Meta, sekaligus pelbagai syarikat lain turut menyatakan hasrat untuk menceburi arena yang sama. Hari ini, Qualcom turut tidak ketinggalan, dan mengatakan teknologi mereka adalah tiket ke alam meta.

Qualcomm sedia mempunyai penawaran cip untuk peranti realiti-maya dan realiti gabungan, dibawah penawaran dinamakan Snapdragon XR. Beberapa peranti dipasaran menggunakannya, termasuk Meta sendiri melalui Oculus Quest 2 yang dijana teknologi Snapdragon XR2. Selain itu, antara yang turut menggunakan platform Snapdragon XR adalah Microsoft, Lenovo, HTC dan juga Bytedance.

Dengan menjana pelbagai peranti realiti-maya dan realiti-terimbuh, boleh dikatakan pihak Qualcomm dalam jalan yang tepat untuk revolusi seterunya selepas peranti mudah-alih.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Nike & Roblox Bekerjasama Untuk Alam Meta - Nikeland

Selepas Facebook mengubah nama kepada Meta dan mengumumkan yang mereka mengambil langkah lebih serius dalam pembangunan alam maya, lebih ramai yang turut ingin mengikuti mereka dalam dunia Metaverse. Terkini, Nike pula telah mengumumkan Nikeland dengan kerjasama bersama-sama dengan Roblox.

Melalui Nikeland, semua peminat produk Nike dapat berhubung antara satu sama lain di seantero dunia, mencipta sesuatu, berkongsi dengan pengguna lain serta bertanding dalam alam maya ini.

Nikeland dibina berasaskan ibu pejabat Nike. Pengguna yang menyertai alam maya ini boleh bermain permainan mini seperti tag, the floor is lava atau dodgeball bersama rakan-rakan. Nike turut menawarkan alatan untuk pengguna mencipta permainan mini tersendiri.

Pengunjung alam maya Nike ini turut boleh menggunakan telefon pintar masing-masing untuk mengawal avatar masing-masing seperti bergerak ke sana dan ke sini, melompat dan berlari. Mereka yang terpilih dan layak turut akan menerima reben biru dan pingat emas jika menang sesuatu atau mencipta sesuatu yang kreatif.

Nike turut bekerjasama dengan Snapchat untuk “lensa” yang membenarkan pengguna menggunakan aplikasi ini untuk melihat Nikeland dalam dunia realiti terimbuh.​

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register