BTC USD 56,828.0 Gold USD 1,765.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook Tukar Nama Baru & Kemaskini Berita Alam "META"

20.10.2021 - Global, Syarikat gergasi media sosial Facebook Inc sedang merancang untuk membuat penjenamaan semula syarikat itu dengan nama baru minggu depan, lapor Verge pada Selasa, memetik satu sumber mengetahui perancangan tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg merancang untuk membincangkan perubahan nama dalam persidangan Connect yang dilakukan setiap tahun pada 28 Oktober depan, namun penjenamaan itu mungkin akan diumumkan lebih awal, lapor Verge.

Penjenamaan semula itu mungkin akan meletakkan aplikasi media sosial Facebook sebagai salah satu daripada pelbagai produk di bawah sebuah syarikat induk, yang turut memiliki aplikasi lain termasuk Instagram, WhatsApp, Oculus dan pelbagai aplikasi lain. Bagaimanapun, Facebook tidak memberi respons segera ketika dihubungi untuk memberi ulasan berkenaan keputusan tersebut.​

1634719363611.png
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376

Tukar nama syarikat je ni
Nama aplikasi masih kekal rasanya
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Facebook Akan Menjenama-semula Syarikat Seawal Minggu Hadapan

Facebook memulakan hayatnya dibawah naungan Mark Zuckerberg sebagai platform media sosial paling laris di dunia. Ia kemudiannya dilihat mengambil-alih platform perkongsian fotografi Instagram, dan kemudiannya platform permesejan WhatsApp dan syarikat pembangun peranti realiti maya Oculus.

Kesemua ini, pada pandangan CEO Facebook tersebut, membuatkan syarikatnya telah bergerak kearah yang mana beliau kini bukan sahaja menjaga sebuah platform sosial media, tetapi sebuah konglomerat teknologi yang boleh berkait-hubung dalam sebuah “metaverse”.

Oleh kerana ini, ia telah dilaporkan oleh pihak The Verge yang mengatakan bahawa Facebook sebagai sebuah syarikat teknologi penaung akan dijenamakan semula, mungkin seawal minggu hadapan. Menurut mereka, sebagai platform media sosial, Facebook akan berada dibawah payung syarikat naungan ini, bersama-sama dengan platform teknologi yang lain seperti Instagram, WhatsApp, Oculus dan sebagainya.

Ini bukanlah sesuatu yang baru. Alphabet, syarikat penaung Google juga melakukan perkara sama sekitar enam tahun yang lalu. Google pada ketika itu juga memiliki sejumlah besar syarikat-syarikat yang dilihat mempelopori pelbagai jenis teknologi dari segi robotik, internet, automotif dan sebagainya, dan pengenalan Alphabet ialah satu cara untuk mereka memastikan bahawa Google kekal dengan fokusnya untuk menawarkan perkhidmatan atas talian pengguna terbaik.

Facebook kini dilihat menghadapi dilema yang sama, cuma kali ini, mereka dilihat menghadapi cabaran daripada pelbagai pihak kerana kesukaran mereka untuk menangani pelbagai isu yang semakin meningkat pada platform tersebut. Isu dimana ketiga-tiga platform digital utama mereka juga terbengkalai selama tujuh ke lapan jam juga menjadi isu besar khususnya untuk syarikat seperti mereka yang digunakan oleh beratus juta orang di seluruh dunia untuk berkomunikasi dengan satu sama lain.

Nama syarikat naungan Facebook ini juga dilaporkan tidak diketahui walaupun oleh pucuk pimpinan tertinggi syarikat tersebut. Ia dijangka bahawa nama syarikat tersebut hanya akan diumumkan pada acara persidangan Facebook Connect yang akan berlangsung pada 28 Oktober ini.

Sumber asal https://www.theverge.com/2021/10/19/22735612/facebook-change-company-name-metaverse
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376
Tukar nama syarikat
Pengguna FB tetap sama je
 
kopirait

CG Top Poster Club
Messages
39,075
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,075
Reaction score
2,951
Points
206
Tukar shortform jadi FB je kot.
 
a b c d e f

Super Active Member
Messages
8,297
Joined
Oct 28, 2010
Messages
8,297
Reaction score
1,036
Points
151
Nama facebook dah tercemar. Zuckerberg nak tukar ke carigold
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376
Sponsored Post
Top
Log in Register