BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook: Murtad di Malaysia

orang Arab takut hukuman hudud dinegara mereka, mereka buat kejahatan dinegara orang.

Saya harap orang Islam Malaysia tak buat seperti setengah Arab.
 
apa ko ni..dah kita sendiri yang bawa agama kita..minum arak sangat dikeji dalam islam kan..ok la ko nampak melayu tu minum arak..pastu ko cakap teruk betul melayu tu..tapi agama dia tak teruk..dia solat tu..macam tu ke?

saya rasa saudara Zul ni dah confuse, salah anggap apa yg saya nak sampaikan...Islam xterbatas kepada nagara mahupun kaum/bangsa. Apa yg saya nak ckp, mmg benar pemikiran ramai org Melayu = Islam, kalau ada pape buruk org Melayu buat, akan buruklah martabat Islam itu sendiri, ini tidak sepatutnya menjadi kesnya..Sebab sekiranya kita berfikiran macam ni, kita mendahulukan bangsa seseorang itu daripada agamanya. Kita kena ubah mentaliti ini. Religion comes first, other comes after that. Kalau kita org melayu buat silap, jgn kita terus2 menghukum agama yg dianutinya sbb kemungkinan dia tidak menggambarkan apa yg diajar dalam agamanya. Bagi aku senang, tanya budak sekolah rendah pun bleh jawab, mungkin tadika Islam pun bleh jawab. Apa rukun Islam? Penuhi semua rukun ini, Islam la kita. Salah satu xpenuhi, sama2 la kita fikir sendiri. Saya bukan mengkafirkan org di sini, cume deep down, dalam hati setiap manusia, kita akan tahu di mana kita berada. Sekiranya ada kekurangan, cepat2 la bertaubat. Saya pun ada kekhilafan ada kelemahan sindiri yg insyaAllah saya cuba perbaiki. Bg saya, masalah utama org Melayu di Malaysia ni cume satu..Tidak byk usaha untuk memahami agamanya sendiri, cume byk memikirkan masalah2 agama org lain. Satu punca, sbb kebanyakan kita dah lahir2 dah Islam. Aku lebih respek org yg lahir bukan Islam, pastu memeluk Islam kerana dia tahu apa itu nilai agama. Ramai org Melayu take things for granted, ambil sambalewa isu2 agama ni. Main futsal aurat entah ke mana, merokok sana sini dsbgainya..Islam ni MUDAH..kita kene aplikasikan semuanya dalam kehidupan kita, bukan amek mana yg kita rasa sesuai dgn kehidupan kita..yg mana rasa yg xsesuai, kita buat2 tutup mata sebelah..Harap faham apa yg saya nak sampaikan..

ko yakin ke hukum hudud ni boleh selesaikan masalah dan memuaskan hati semua pihak?

Hudud bukan undang2 ciptaan manusia Zul...ini hukum Allah. Inilah hukum sebaik2nya. Kita di Malaysia tidak mengamalkan hudud sbb kita sudah memilih untuk gunakan demokrasi, sistem manusia yg indah pada kertas dan luarannya tetapi sgt sukar dan payah nak laksanakan..Tiada istilah demokrasi dalam Islam. Sistem yg dianjurkan Islam adalah hudud, ini hukum Allah. Jgn sesekali mempersoalkan hukum Allah..

Saya yakin Hukum Hudud ni boleh menyelesaikan masaalah dan memuaskan hati semua pihak.... Allah s.w.t dah janji, dan Allah s.w.t tak akan mungkir pada janji-janjiNya....::):):)

Saya bersetuju...Ramai yg tidak percaya hukum Allah kerana ramai yg memkirkan hukum ini sudah tidak relevan dgn zaman sekarang tetapi mereka sudah lupa siapa Pencipta kita siapa yg lebih Mengetahui..Allah Maha Mengetahui ciptaanNya dan wahyuNya untuk umat sepanjang zaman..Wallhualam.
 
Buddha pun kena kat group tu!
Jarang tengok atheist kutuk agama buddha.
0r9kC.png


Pikir balik......Sebenarnya siapa yang perlu dipersalahkan jika Islam selalu dikutuk dan dipandang serong oleh setengah masyarakat? Saya rasa Untuk mencari jawapanya kita kena lihat pada orang Islam itu sendiri iatu cara mereka membawa agama Islam.
Kenapa agama lain kurang kutukan?
Setuju, banyak org islam sendiri yang membuatkan agama mereka dipandang serong.

i385I.png


tp, tak boleh lapor ke kumpulan ni? banyak unsur penghinaan.
 
dalam group tu banyak yang fakers,konon2nya freethinker,atheist is a way of freedom la kononnya,mesti diorang percaya dengan teori darwin tu..hahaha
 
Last edited:
???

dalam group tu banyak yang fakers,konon2nya freethinker,atheist is a way of freedom la kononnya,mesti diorang percaya dengan teori darwin tu..hahaha

Kononnya??? apa yang "kononnya"? memang kebanyakan freethinker dan ateist percaya teori darwin pun.
 
Ustad aku pernah beritahu, sampai nak kiamat nanti, Islam yang akan memimpin dunia. Pada masa itu kafir laknat tiada tempat langsung di dunia.. So, berdoa sajalah.. kumpulan kecil macam ni hanya ingin memuaskan hati mereka yang gundah gulana akibat kebangkitan Islam.. sebenarnya, mereka adalah orang yang sama menggunakan ID yang berbeza..
 
Back
Top
Log in Register