Facebook Mungkin Tambah Sokongan Cam Wajah Pada Aplikasi Messenger

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,706
Reaction score
2,444
Points
236
Facebook Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan yang digunakan ramai diseluruh dunia. Dengan popularitinya, semestinya ada pengguna yang ingin mengunci aplikasi berkenaan daripada diakses sesiapa sahaja tanpa kebenaran.

Untuk tujuan berkenaan, Facebook kini dilihat menguji ciri untuk mengunci aplikasi Messenger, dan membolehkan pengguna mengaksesnya dengan sokongan imbasan pengecaman wajah.

Melalui apa yang ditemui pembangun, ia dilihat Facebook akan membolehkan pengguna mengunci aplikasi berkenaan serta-merta selepas keluar daripada aplikasi tersebut – atau memilih untuk menguncinya selepas 1 minit, 15 minit atau 1 jam tidak menggunakan Messenger.

Facebook dikatakan tidak akan menyimpan data imbasan wajah berkenaan, dan ia adalah berasaskan kepada peranti.

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat pembangunan awal, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.

 
Top
Log in Register