BTC USD 60,213.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook Instagram Facebook & Instagram Aktifkan Panggilan Video Dengan Avatar, Tak Perlu Kalut Bersolek Lagi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
Meta hari ini mengumumkan yang mereka pengguna platform medsos Facebook dan Instagram kini ada cara baru untuk bersidang video. Sekiranya tak mahu tunjukkan wajah sebenar, kita ada pilihan untuk gunakan pengganti digital sewaktu panggilan video berjalan kerana Meta Avatar boleh menggantikan kita. Ia seperti anda Face Time di iOS dan menggunakan Animoji. Bezanya, solusi daripada Meta ini tidak terhad kepada iOS, malah boleh digunakan oleh pengguna Android juga.

Itu adalah salah satu daripada beberapa perkara baharu yang diumumkan Meta. Pembaharuan yang berikutnya adalah penggunaan Meta Avatar di lebih banyak kawasan medsos kendalian Meta. Anda kini boleh gunakan di Facebook Stories, Reels, Comment, Facebook Messenger, dan Instagram. Bagi mempromosikan penggunaan Meta Avatar, mewujudkan versi digital pengguna turut dipermudah. Kini, pengguna boleh mengambil gambar selfie dan sistem akan mencadangkan Avatar mana yang sesuai berdasarkan selfie itu. Tidak perlu lagi tersekat di halaman customisation berjam lamanya untuk menyunting Avatar.

Avatar pertama kali diperkenalkan di Facebook dalam tahun 2020 sebagai salah satu ciri dalam dunia Meta yang sedang dibangunkan Mark Zuckerberg ketika itu. Kemudian, dalam tahun 2022, ia diperkenalkan kepada WhatsApp pula.

Sumber asal Facebook
 
Back
Top
Log in Register