F&N Memperkenalkan Kedai Atas-Talian Tersendiri

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
13,202
Reaction score
2,499
Points
236
F&N Memperkenalkan Kedai Atas-Talian Tersendiri – Memudahkan Pengguna Mendapatkan Produk F&N;

F&N merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan, terutamanya untuk minuman. Hari ini, Fraser &Neave (F&N) telah pun melancarkan kedai atas-talian mereka tersendiri, dinamakan F&N Life.

Melaluinya, pengguna boleh melakukan pesanan produk F&N dengan mudah, dan pada harga berpatutan. Seperti biasa, produk yang dipesan akan dihantar terus ke rumah pengguna. Sebelum ini F&N telah bekerjasama dengan beberapa platform jual-beli, dan kini mereka mengambil langkah untuk bergerak setapak lagi kehadapan.

Laman berkenaan menyertakan pelbagai produk dibawah jenama F&N, selain pada masa yang sama turut berkongsi beberapa artikel menarik – termasuk berkaitan resipi makanan dan minuman.

Bersempena dengan pelancaran F&N Life ini, mereka turut menawarkan diskaun 5% untuk semua pembelian dan menikmati penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia sepanjang Januari dan Februari 2020 ini. Pada masa yang sama, pengguna yang membuat pembayaran menggunakan dimpet digital Touch ’n Go turut akan menerima pulangan tunai sekali sebanyak RM5 untuk pembelian RM50 dan ke atas daripada 9 Januari hingga 29 Februari 2020 ini.



Sumber asal https://fnlife.com.my/
 
Sponsored Post

Gigahertz CS

Active Member
Joined
Sep 23, 2011
Messages
1,600
Reaction score
136
Points
48
mengamuk retailer f&n jual direct. mmg sekarang trend kilang jual direct ya?
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,618
Reaction score
1,484
Points
206
sekarang ni kena jual murah baru boleh sustain.
margin untung sikit takpe asalkan boleh hidup.

tadi pegi kedai diy dekat taman ni cina tu monyok je kedai suram.
yelah semenjak mr diy ada dekat merata ni bisnes dah slow.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register