Ezam cadang Pas terajui pentadbiran Selangor

CG Sponsors




iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
Credits
0
SHAH ALAM 26 Nov. - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor mencadangkan pemimpin Pas mengambil alih pemerintahan Selangor bagi mengembalikan keseimbangan politik dan kedudukan tidak menentu bangsa Melayu.

Beliau berkata, cadangan tersebut dilihat lebih rasional ekoran beberapa kontroversi berlaku di negeri itu yang berpunca daripada keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang lapan bulan lalu di bawah pimpinan PKR.

Sambil memberikan contoh isu kuota Universiti Teknologi Mara (UiTM), kontroversi pelantikan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan ancaman demonstrasi bogel oleh Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), jelas menunjukkan bukti bahawa PKR gagal mentadbir negeri itu dengan baik.

"PKR gagal untuk mentadbir negeri ini. Oleh itu, tugas Menteri Besar seharusnya diserahkan kepada pemimpin parti komponen lain dalam pakatan pembangkang.

"Dalam hal ini, saya merasakan pemimpin Pas lebih layak memikul tanggungjawab itu dengan mengadakan pilihan raya negeri.

"Untuk itu, ia boleh diserahkan kepada rakyat Selangor untuk menentukannya dalam pilihan raya negeri dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih tidak stabil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohamad Ezam, kepimpinan Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu terus diragui sehingga timbul cadangan supaya jawatan beliau ketika ini digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.

Katanya, cadangan yang tersebar dalam laman blog ketika ini merupakan petanda mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada pentadbiran Abdul Khalid sehingga beliau perlu digantikan dengan orang lain.

"Dalam aspek lain, situasi ini seolah-olah menunjukkan pemimpin PKR hanya mementingkan kedudukan politik dan kuasa peribadi daripada memikirkan suasana tidak menentu dalam negeri yang ditadbir oleh mereka.

"Keadaan itu perlu dipulihkan segera dan peranan pemimpin Pas Selangor yang berpengalaman diperlukan untuk menjayakan misi ini walaupun parti itu mempunyai bilangan kerusi lebih kecil berbanding PKR dan DAP," katanya.
 
Sponsored Post

ammal07

Super Active Member
Joined
Apr 3, 2008
Messages
5,069
Reaction score
368
Points
81
Credits
0
biasa la tu, dulu pkr, skrng nak cari pengaruh dalam pas pulak,kalau pas tak layan nanti dia cari amno pulak...
 

felix

Active+ Member
Joined
Mar 9, 2006
Messages
3,170
Reaction score
7
Points
25
Credits
0
cian kt dia..xde org amik kesah hahahha...pdn muka dia
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
13,987
Reaction score
201
Points
133
Credits
0
Mungkin matlamat nya tak dapat di capai dalam UMNO, jadi cuba berjinak2 dengan PAS pulak!!! Atau saja nak lagakan Pas ngan PKR????
 

mido

Active+ Member
Joined
Feb 23, 2007
Messages
4,861
Reaction score
12
Points
25
Credits
0
parti keldaian nih mmg x bleh pakai...
rata2 x reti buat keja..
si khalid tgk mcm org x betol ja...
dok ikot telunjuk teresa dgn xavier jayakumar saja..
apa depa kata, hangguk... hangguk..
 

tapirbawaklori

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2007
Messages
8,149
Reaction score
207
Points
73
Credits
0
mmmmm....khalid ni memang fail skit la...cam blur jer...bagi org muda naik lak laaa...asik mengikut kata jer khalid ni.
 

ayie206

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
16,425
Reaction score
106
Points
123
Credits
0
aku cadang kan mamat jilat ni tadbir selangor.. :)):))
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
13,987
Reaction score
201
Points
133
Credits
0
Majoriti RAKYAT SELANGOR ada suruh tukar ke???? Aku dok balik Selangor tak dengar apa2 pun!!!!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register