BTC USD 28,036.7 Gold USD 1,996.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Exora terbakar dipercayai berpunca tayar bergeser laju dengan rumput kering

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,124
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,124
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
16hm54aa.transformed.jpg


Alor Setar: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora musnah akibat dijilat api berpunca daripada rumput kering yang terbakar akibat bahang panas selepas tayar depan kenderaan itu yang berpusing dengan laju dalam kejadian di depan Kompleks Mahkamah Alor Setar di Jalan Suka Menanti, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika pemilik MPV berkenaan, Zahiruddin Md Zakaria, 38, mahu mengubah kenderaan itu ke lokasi lain berikutan tiada katak untuk dibuat umpan memancing di kawasan berkenaan.

Zahiruddin berkata, sebelum kejadian, dia memberhentikan kenderaannya itu di tempat agak lembut kira-kira jam 2.30 petang untuk mencari katak.

Menurutnya, dia kemudian mahu mengalihkan kenderaan itu, namun tayar depan MPV berkenaan tersangkut di kawasan lembut.

"Saya cuba mengundurkan kenderaan tetapi tidak berjaya hingga terpaksa meminta bantuan beberapa orang yang berada berhampiran untuk menolaknya menyebabkan tayar depan berpusing dengan laju.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2065#sthash.WtiurZsc.dpuf
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register