Exhibition Di Brunei - MALAYSIAN PRODUCT EXPO 2010 (PART II)

CG Sponsors




laundretto

Fun Poster
Joined
Aug 25, 2009
Messages
101
Reaction score
0
Points
10
EXHIBITION DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Malaysian Product Expo 2010 ( PART II)​

Salam,

Disini saya ingin menjemput tuan-tuan/puan-puan terutamanya yang bergelar usahawan untuk sama-sama menyertai Malaysian Product Expo 2010 (PART II) yang akan diadakan di Negara Brunei Darussalam.

Eskpo ini bertujuan bagi memperkenalkan produk-produk keluaran Malaysia di Negara Brunei Darussalam dan para pemamer dan peniaga adalah 100% terdiri dari rakyat Malaysia.

Ekspo kali kedua ini diadakan atas permintaan rakyat Brunei disebabkan oleh kejayaan Malaysian Product Expo Part I yang telah diadakan pada bulan Mei 2009 yang lalu.

Saya antara orang bertanggungjawab membawa usahawan-usahawan dari Malaysia ke Ekspo tersebut dan Alhamdulillah hasilnya memang memuaskan dan semua usahawan-usahawan yang saya bawa pada Ekspo Part I akan turut serta pada Ekspo Part II yang akan diadakan disebabkan hasil jualan yang sangat memberangsangkan disana.

Butir-Butir Ekspo adalah seperti berikut :-

Tema : Malaysian Product Expo 2010 (PART II)

Venue: Hassanal Bolkiah Indoor Stadium,Berakas,Brunei Darussalam

Tarikh: 2hb Mei 2010 hingga 9hb Mei 2010

Penganjur: Syarikat Perdana Sdn. Bhd.

Kategori Pemamer :
Pakaian, produk kesihatan dan kecantikan,
tekstil, makanan, minuman,peralatan elektrik
dan elektronik, barang-barang kemas,
Kosmetik, Hiasan, Perabot, Kraftangan dan
lain-lain.

Pengangkutan : Disediakan oleh penganjur (dari airport –
hotel – venue – airport sahaja)

Penginapan: Diaturkan oleh penganjur dengan kadar termurah.

Kepada tuan/puan yang berminat ataupun inginkan maklumat lanjut boleh PM atau hubungi saya di talian 012-2200526 / 012-6160987 / 03-41496702. Ataupun tinggalkan email anda pada thread ini untuk saya emailkan butir-butir lanjut tentang ekspo ini.

Kami juga sedang usahakan geran 50% dari pihak kerajaan (MITI), andai diluluskan ia merupakan bonus kepada trip ekspo ini.

InsyaAllah penyertaan anda pada Ekspo ini pasti membuahkan hasil yang positif kerana sehingga hari ini belum ada satu pun usahawan yang mengikuti Ekspo ini gagal dan tidak berpuas hati dengan pulangan yang diperolehi.

Terima Kasih.
 
Sponsored Post

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
Sambil gi melancong pun best gak nie... :)
 

laundretto

Fun Poster
Joined
Aug 25, 2009
Messages
101
Reaction score
0
Points
10
Betul tuan, banyak rakan2 usahawan kita dah berjaya dengan trip ni...rahsia kejayaan: currency exchange, B$1.00 bersamaan dengan RM2.40.

Contoh : ada rakan usahawan kita yang jual keropok ikan terengganu..3 bungkus B$10.00 bersamaan dengan RM24.00...modal cuma RM1.00 setiap bungkus..lepas 9 hari bisnes..end of day..campur tolak kos penghantaran, pengangkutan, penginapan, barang, sewa tapak ..gedebak gedebuk...dapatlah untung bersih dalam RM15k ke RM20k bawak balik Malaysia...Alhamdulillah.

boleh PM saya untuk kepastian.
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
wah best ni
 

laundretto

Fun Poster
Joined
Aug 25, 2009
Messages
101
Reaction score
0
Points
10
Memang Best...Semua yang dah join sebelum ni pun kata best...mula2 tak berapa konfiden..lepas dah join sekali...hari2 tanya ..bila lagi?..bila lagi?
 

laundretto

Fun Poster
Joined
Aug 25, 2009
Messages
101
Reaction score
0
Points
10
Kepada yang berminat...tinggal 10 tempat lagi...
 

laundretto

Fun Poster
Joined
Aug 25, 2009
Messages
101
Reaction score
0
Points
10
Alhamdulillah..sambutan menggalakkan...2 dah confirmed....yang lain masih belum decide..so, tinggal 8 lagi vacancy.
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
bang,bila tarikh tutup?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register