BTC USD 38,389.8 Gold USD 1,803.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Exco Selangor minta keluarga Zakaria kosongkan halaman dalam masa sebulan

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
SHAH ALAM 12 Nov. — Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini meminta keluarga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Md Deros mengosongkan tanah seluas 2,269 meter persegi yang melibatkan halaman banglo di Pandamaran, Klang dalam tempoh sebulan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah diarahkan untuk memberitahu keluarga Allahyarham supaya mengosongkan tanah itu, halaman kediaman mereka yang kini dipagar, dalam tempoh yang ditetapkan dan kompaun akan dikeluarkan kerana kesalahan menceroboh tanah kerajaan.

Jika gagal berbuat demikian, kerajaan negeri akan membawa kes ini ke mahkamah kerana didakwa menceroboh tanah kerajaan, katanya kepada pemberita di sini selepas mesyuarat EXCO yang tamat pada pukul 7 malam.

Katanya tapak banglo itu seluas 4,049 meter persegi sendiri tidak termasuk dalam arahan pengosongan tersebut tetapi denda RM19,373 telah dikenakan MPK terhadap Zakaria kerana pembinaan premis itu pada awal 2006 dilakukan tanpa kelulusan pelan bangunan pihak berkuasa tempatan.

Mengikut rekod, Jawatankuasa Tanah Daerah pada 14 Dis tahun lepas telah menolak permohonan pemilikan tanah halaman itu dan membuat keputusan jika ada sebarang rayuan ia hendaklah dikemukakan kepada EXCO kerajaan negeri.

Kalau setinggan laju saja depa nak robohkan (masa be end perintah) Sepatutnya Kerajaan Negeri robohkan saja rmah tu sebab dia bukan saja bina rumah tanpa kebenaran, ceroboh tanah kerajaan tapi yang paling penting dia ialah seorang EXCO yang tahu secara mendalam tentang undang2 dan peraturan bina ruma tapi saja nak tunjuk-keras kepala. Setakat denda RM19K lebih tu dia tarak heran...hasil jualan seminggu satay disatu lagi bangunan yang dibina secara haram pun boleh bayar

:mad:
 
Sponsored Post

ejus

Active+ Member
Joined
Jun 25, 2007
Messages
2,536
Reaction score
0
Points
20
kalau macam nie ada kuasa semua boleh buat la...
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
mm.. klu betul bersalah.. bagus la bg tempoh sebln..tp klu keluarga arwah still xde tempat lain lg.. jgn di roboh terus .. kesian la..
p/s: teringat video kes roboh umah setinggan kt sgor(masa sblm PRU).. sedih banget .. moga nasib rakyat terbela
 

ejus

Active+ Member
Joined
Jun 25, 2007
Messages
2,536
Reaction score
0
Points
20
ambil balik hak tu...kalau rumah setinggan cepat tul nak roboh kan..tapi kalau dah bab macam nie kena bagi tempoh la plak ...sedangkan nie dah masuk 2 thun dah...
 

hazwan

Super Active Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
5,107
Reaction score
11
Points
65
tuntut...jgn x tuntut!! hak rakyat perlu dibelai! :)cgrock
 

kall

Active Member
Joined
Sep 5, 2007
Messages
1,461
Reaction score
71
Points
30
kasi roboh jerr umah tuuh keturunan zakaria dan kaya daah
 

MoshedFX

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Nov 15, 2007
Messages
8,374
Reaction score
89
Points
70
uish2..dah meninggal pun org duk tuntut lagi..ngerii nyerr..isk2.. :(
 

ejus

Active+ Member
Joined
Jun 25, 2007
Messages
2,536
Reaction score
0
Points
20
hak tetap hak bro..jgn biarkan hak tergadai kpd org yg tamak
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register